Pembelajaran Bahasa Inggeris Secara Kreatif Dan Interaktif

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

APABILA Denise Cockerill mula bekerja sebagai seorang mentor di Program Penutur Jati (Native Speaker), beliau menonjolkan diri sebagai tenaga pengajar dengan penuh bersemangat.

Program tersebut diperkenalkan oleh kerajaan pada 2011 untuk meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Guru British, satu daripada kumpulan mentor atau pelatih terpilih, dikerah ke lima sekolah tempatan untuk bekerjasama dengan para guru berhubung kaedah pembelajaran yang lebih interaktif.

“Kami menari, menyanyi dan bermain. Tidak semestinya melibatkan kaedah baharu, tetapi sudah mencukupi dengan kaedah yang banyak kami gunakan di Barat," katanya.

Dilantik oleh SMR Group, sebuah syarikat yang pakar dalam teknologi pembelajaran dan pendidikan tinggi, semangat Cockerill untuk program tersebut turut ditonjolkan oleh rakannya, Olena Benedyktova dan Erik Blees.

Benedyktova juga merupakan seorang mentor dalam program itu manakala Blees adalah seorang pelatih dalam kursus Program Peningkatan Kemahiran Profesional Guru Bahasa Inggeris (Pro-ELT).

Kedua-dua program dilaksanakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru tempatan. Melalui Program Penutur Jati, kumpulan penutur jati berkunjung ke kelas bagi membantu guru mempelajari teknik kreatif bagi mengajar korikulum baharu.

Program ini bertujuan sebagai tambahan Kokurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan penggunaan fonik untuk mengajar membaca.

“Membaca dalam kokurikulum baharu adalah berdasarkan pada fonik, bukan sahaja menghafal. Fokus pembelajaran kini berubah kepada teknik mendengar dan bertutur,” kata Benedyktova.

“Satu komponen yang amat penting telah ditambah iaitu Seni Bahasa. Murid-murid akan lebih seronok di dalam kelas dan bermain dengan bahasa. Jika melibatkan penggunaan fonik, kami mempunyai kad. Kami mempunyai gambar di mana-mana dan kami menyampaikan cerita."

“Dengan Program Penutur Jati, kami tidak mecipta semula kaedah baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SMR Group, Syed Muzakir Al-Jofre. Melalui program Pro-ELT, guru dibawa keluar dari kelas sekali seminggu untuk menghadiri bengkel sepanjang hari.

Dalam kumpulan seramai antara 25 hingga 30 orang, seorang pelatih akan membantu mereka memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris dengan lebih lancar. Komponen dalam talian yang melibatkan forum perbincangan, tugasan menulis dan tugasan bertutur serta latihan komunikasi secara bersemuka.

“Matlamat utama kami adalah untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru menerusi program tersebut,” kata Blees. “Matlamat kedua adalah memperkenalkan teknik moden mengajar. Sebagai contoh, jika kita memberi tumpuan kepada kemahiran membaca dan perbenharaan kata berbanding membaca tentang fakta beruang kutub, kita akan menghasilkan guru yang membaca tentang kaedah mengajar.”

Walaupun semua mentor dan pelatih mempunyai pengalaman, dipilih dari bidang profesional masing-masing serta terlatih, mereka masih menghadapi cabaran dalam program ini.

Cockerill berkata ia agak sukar bagi segelintir guru mendalami program ini kerana mereka berasa tergugat dengan kehadiran guru luar dan sukar menerapkan teknik dan strategi baharu.

Menangani cabaran

Bagi mentor, tugas bekerjasama dengan guru tempatan merupakan perkara dan pengalaman baharu. Mereka bersemuka dengan golongan guru yang pada awalnya berasa bimbang tetapi kemudiannya memberi kerjasama dengan baik.

“Satu daripada isu terbesar adalah keyakinan terutamanya menerapkan perasaan yakin dalam kalangan guru. Tetapi saya sentiasa berbincang dengan mereka pada setiap bulan,” kata Cockerill.

“Seorang daripada guru yang mengikut program ini berasa sangat gementar dan malu, tetapi akhirnya dia mampu melakukan semua teknik yang diajar,” jelasnya.

Seperti semua mentor, Cockerill dan Benedyktova perlu melakukan lawatan rutin ke lima buah sekolah. Mereke bekerja dengan para guru yang memerlukan bantuan dan bertindak selaku sistem sokongan.

Menerusi pemantauan dan belajar secara berpasukan, mereka mendapat perhatian guru dan menggalakkan perbincangan secara terbuka.

“Saya rasa kadang-kala guru berasa enggan (terlibat) kerana mereka fikir bebanan kerja yang berlebihan untuk menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan seronok.

“Teknik yang saya ingin ajar kepada mereka adalah beberapa jenis permainan yang mempunyai kemahiran tersendiri yang boleh digunakan semula dari satu topik ke topik lain.

“Kami mencetak gambar-gambar yang diperlukan, kad perkataan dan kad pembelajaran selain mencipta baris ayat dan poster untuk buku teks,” kata Benedyktova.

“Keindahan progam ini dilihat secara individu iaitu kami boleh bekerja dengan seorang demi seorang dan berbincang dengan mereka,” kata Cockerill.

Dalam suasana pembelajaran yang penuh warna-warni, situasi yang mencetuskan kreativiti, golongan guru yang pada mulanya enggan terlibat menjadi lebih bertenaga dan sedia merasai pengalaman baharu. Malah murid-murid memberi maklum balas yang positif apabila bersemangat, berseronok ketika sesi pembelajaran.

“Itu adalah strategi yang saya kongsikan bersama guru iaitu apa sahaja yang mereka lakukan, perlu kelihatan seperti satu permainan. Dengan cara itu, murid akan memberi lebih perhatian dan mengingati pelajaran mereka,” kata Benedyktova.

Dalam Program Pro-ELT, Blees mndapati golongan guru yang terdedah kepada teknologi lebih mudah menyesuaikan diri berbanding guru mempunyai akses teknologi yang terhad.

“Wujud perbezaan antara guru di kawasan bandar yang lebih bersedia untuk belajar dan melakukan tugasan secara dalam talian berbanding guru di kawasan luar bandar yang masih ada tidak memiliki emel. Jadi anda boleh bayangkan sebab mereka enggan belajar kaedah mengajar yang baharu,” katanya.

Bagaimanapun majority guru seronik dengan tugasan yang diberikan kepada mereka, sekali gus mempamerkan minat mereka dengan bertanyakan banyak soalan selain menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Isu utama dalam program ini adalah keyakinan guru terhadapa keupayaan mereka sendiri, kata Pengurus Projek ELT SMR Group, Michael Hughes.

“Masalah guru sentiasa berkaitan dengan keyakinan diri. Tahap Bahasa Inggeris mereka tidak seteruk yang disangka. Mereka boleh lakukannya dengan mudah dan mereka hanya perlukan keyakinan,” katanya.

Menuai hasil

Kejayaan program ini dibuktikan apabila sebarang cabaran diatasi dengan baik oleh mentor dan pelatih. Cockerill dan Benedytova juga gembira apabila melihat perubahan pemikiran guru.

Guru yang sebelum ini tidak pasti mampu memikul tanggungjawab tersebut, kini sudah mampu mengemudi kelas dengan kaedah pengajaran yang baharu. Malah keputusan ujian yang tinggi dicatatkan menunjukkan keberkesanan Program Penutur Jati.

“Perbezaan yang ketara dapat dilihat pada pencapaian antara pelajar yang diajar menggunakan kaedah baharu oleh guru mereka berbanding pelajar yang tidak dengan cara itu walaupun di sekolah yang sama.

“Bagi kumpulan guru yang menggunakan kaedah kami secara konsisten, berbanding guru yang mengikut program ini, keputusan yang mereka perolehi lebih baik,” kata Benedyktova.

Cockerill turut melaporkan keputusan yang baik. “Apabila mereka mengambil ujian pada akhir tahun, kumpulan Tahun Satu yang mengikuti Program Saringan Literasi dan Numerasi (Linus)di sekolah mencatat keputusan yang lebih baik berbanding Tahun Tiga di sekolah yang lain.

“Keupayaan mereka untuk bertutur dan menyusun struktur ayat lebih baik berbanding kelas Tahun Tiga yang tidak pernah didedahkan dengan program itu sebelum ini,” katanya.

Keputusan ini menunjukkan pencapaian awal program sejak pelajar Linus dikenalpasti mengalami kelemahan dalam kemahiran literasi dan numerasi.

Selain mencapai keputusan ujian yang baik, pelajar juga meraih manfaat daripada hasil usaha mereka di luar kelas. Sebelum ini pelajar yang malu tidak akan bercakap walaupun sepatah perkataan, tetapi kini mereka telah berubah menjadi lebih baik.

“Apabila mereka melihat saya di kantin pada waktu tengah hari, mereka akan datang dan duduk bersama saya. Mereka akan bertanya, ‘Apa yang anda lakukan, Cikgu Denise (dalam Bahasa Inggeris)?” kata Cockerill.

“Kebiasaannya mereka akan mengelak daripada bergaul dengan guru. Saya fikir perubahan ini merupakan keputusan positif daripada strategi dan aktiviti yang kami gunakan di dalam kelas,” ujarnya.

Dalam kelas Pro-ELT,  di mana guru menjadi pelajar untuk meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris mereka, juga mencapai keputusan yang baik. Blees berasa gembira dengan kemajuan yang dicapai oleh kumpulan guru terlibat.

“Mereka mengambil ujian keberkesanan pra-Pro-ELT dan kami juga memberikan mereka beberapa ujian percubaan. Kami dapat melihat perkembangan yang baik, kerana menerusi ujian percubaan, mereka telah mencatatkan keputusan yang tinggi berbanding pencapaian setahun lalu,” kata Blees.

Pencapaian bersejarah menerusi program teknik dan kaedah inovatif selain dedikasi pelatih dan mentor, membuktikan mereka memberikan nafas baharu dalam proses pengajaran dan meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Berbanding hanya menunggu pelajar memasuki pasaran kerja dengan gaya bahasa yang lemah, program ini telah berjaya sebarang kesukaran yang dihadapi pelajar di peringkat akar umbi.

Dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang seronok untuk dibelajar dalam kalangan kanak-kanak dan meningkatkan kefasihan pertuturan dalam kalangan guru, program ini menawarkan satu penyelesaian dalam pengajaran Bahasa Inggeris di Negara ini.

“Program ini sangat bagus, kedua-dua program (Penutur Jati dan Pro-ELT) berfungsi dengan baik,” kata Hughes.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan