Bengkel KWSP Didik Rancang Persaraan

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASIH ramai yang tidak mengetahui betapa pentingnya merancang persaraan dengan bijak.

Menyedari hakikat itu, Kumpulan Media Star dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengadakan bengkel mengenai perancangan persaraan secara percuma di Menara Star baru-baru ini.

Sesi taklimat tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA), Datuk Steve Ong dan Ketua Perancangan Strategi Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Farizan Kamaluddin.

Kira-kira 150 peserta menghadiri taklimat tersebut.

Bengkel tersebut bukan sahaja memberi nasihat mengenai cara pengurusan kewangan tetapi mengingatkan peserta supaya melakukan persediaan rapi sebelum tempoh persaraan.

Rata-rata peserta yang hadir menyifatkan bengkel tersebut sebagai satu langkah bijak dalam mendidik orang ramai khususnya pekerja sektor swasta supaya mempunyai simpanan persaraan untuk membiayai sara hidup setelah pencen.


Tags / Kata Kunci: KWSP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan