Peluang Bergelar Jutawan Menerusi Cabutan Istimewa SSP

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 10:00 AM

Wajah ceria Wan Norisham Pa'wan (kanan) dan isteri, Rozita Said selepas memenangi Cabutan Istimewa SSP bernilai RM1 juta pada Disember 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) terus menawarkan peluang kepada orang ramai untuk bergelar jutawan menerusi cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) dengan hadiah RM1 juta menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Kanan/Ketua Perniagaan Runcit dan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah berkata, tahun 2015 menyaksikan BSN memperuntukkan lebih daripada 88,000 hadiah dengan nilai RM18 juta dan purata sebanyak 7,000 pemenang setiap bulan.

"Kita mahu memperkenalkan kepada masyarakat bahawa SSP merupakan satu produk perbankan yang unik dan bukan sekadar memberi kadar keuntungan kepada pelanggan. 

"SSP ini adalah mengenai sikap memupuk amalan bijak menyimpan dan kita menyimpan untuk kesejahteraan masa depan. Setiap hadiah yang ditawarkan hanyalah sebagai ganjaran," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Naib Presiden Kanan/ Ketua Perniagaan Runcit dan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah. 

Mearia berkata, BSN menawarkan hadiah-hadiah menarik menerusi pelbagai jenis cabutan iaitu pada setiap jam, mingguan, bulanan dan tempatan. 

Katanya, paling menjadi tumpuan adalah penyimpan yang mempunyai SSP dengan jumlah keseluruhan atau baki simpanan minimum RM3,000 dan ke atas, dua hari sebelum hari cabutan layak menyertai Cabutan Istimewa pada 30 Disember ini. 

“Penyimpan yang mempunyai SSP dalam satu sijil tunggal dengan minimum RM3,000 sebelum bulan Disember juga layak mendapat “Peluang Berganda” dalam Cabutan Istimewa. 

"Ini bermakna nombor atau unit SSP pelanggan sedia ada digandakan untuk memberi peluang yang lebih tinggi untuk menang dalam Cabutan Istimewa. Lebih awal SSP disimpan, lebih banyak “Peluang Berganda” yang akan diberikan," katanya.


Menurut Mearia, dengan simpanan permulaan serendah RM10 semua penyimpan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan setiap bulan sekiranya pelanggan komited membuat simpanan dalam SSP secara berterusan di samping mendapat kadar keuntungan sehingga 2.42 peratus bagi simpanan dalam SSP.

Tambahnya, SSP yang diperkenalkan sejak 1978 merupakan produk simpanan unik BSN dan patuh Syariah. 

Setakat ini terdapat lebih 2.3 juta penyimpan SSP di BSN dengan jumlah simpanan mencecah RM2.8 bilion.

Pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu boleh membuat simpanan SSP menerusi kaunter cawangan BSN, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan perbankan Internet di myBSN.

Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan saluran lain untuk membuat simpanan melalui ejen bank berdaftar (EB) BSN dan mesin deposit tunai (CDM).

Tags / Kata Kunci: BSN , SSP , Mearia Hamzah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan