Pekerja Sambilan Perlu Memikirkan Mengenai Simpanan Selepas Bersara

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KERJA sambilan mungkin memberi kebebasan yang dihajati oleh generasi muda tetapi ada keburukan yang jarang difikirkan oleh mereka iaitu ketiadaan wang simpanan ketika umur bersara.

Menurut kajian yang di lakukan pada awal tahun ini, masa kerja bebas adalah sesuatu yang amat penting bagi orang muda di Malaysia yang sedang mencari pekerjaan.

Oleh karana peraturan buruh di Malaysia tidak mengizinkan kebebasan yang dihajati oleh muda mudi memungkinkan mereka memilih pekerjaan sambilan, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan (gambar).

Malangnya kita tidak memiliki skim persaran mandatori yang melindungi pekerja sambilan dan pekerja persendirian.

Ramai yang menjangka kerja sambilan mampu menandingi pekerjaan tetap, ketiadaan wang simpanan persaraan mungkin akan membawa padah masa depan. Mereka ini juga akan kehilangan duit pendapatan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Adrian Yap, yang memiliki syarikat produksi gembira apbila ramai rakyat Malaysia memilih pekerjaan sambilan, kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk mengejar cita-cita mereka.

Walaupun Yap berkata begitu, dia juga menyatakan ramai pekerja sambilan cuai dengan simpanan demi masa depan mereka khususnya simpanan ketika umur persaraan, hanya kerana mereka menjangka mereka tidak perlu melakukan sesuatu ketika ini.

"Gaji mereka di keluarkan tanpa matlamat ataupun tujuan. Tetapi ketika masa berlalu barulah mereka akan sedar bertapa pentingnya perancangan simpanan untuk masa depan adalah lebih memanfaatkan dari memiliki wang tunai ketika ini," kata Yap.

Yap bernasib baik kerana dia telah mulakan syarikat rekaan baju T, dia mengetahui bertapa pentingnya mempunyai wang simpanan KWSP dan bertapa pentingya mempunyai perancangan simpanan pada jangka masa panjang.

Walaupun ketika ini dia memiliki sebuah syarikat, tetapi dia masih mengagihkan pendapatan sebagai simpanan KWSP dan melaburkan simpanannya dengan memiliki harta benda.

Seorang pemilik kedai roti dan kek, Pang Su Li, 30, mengalami pengalaman yang sama dengan tidak pernah berfikir tentang kewangan ketika umur persaraan dan ketika dia berkerja dengan orang lain, apa yang dia mahu ialah memiliki syarikatnya sendiri pada suatu hari nanti.

"Saya telah bersemuka dengan ahli keluarga dan peniaga yang sudah berjaya. Mereka yang membuatkan berfikir tentang perancangan kewangan yang betul.

Hari ini, Pang memiliki pilihannya sendiri iaitu skim Perancangan Persaraan Satu Malaysia yang mana ia adalah untuk pemilik syarikat yang berkerja untuk diri sendiri, suri rumah tangga dan yang berkerja tanpa ada wang simpanan persaraan.

Kelebihan perancangan ini ialah anda sendiri akan akan menentukan berapa banyak yang akan disimpan setiap bulan asalkan bermula dari RM50 hingga RM60,000 sebulan.

Apa sahaja perancangan untuk skim ini, kata Pang, kesemua remaja perlu membuat keputusan secara persendirian. Menurut bancian pada 2015 mendapati hanya 56 peratus remaja sahaja merancang perbelanjaan bulanan mereka.

"Ketika ini kita muda kita berfikiran tidak ada masalah dan memiliki wang cukup untuk meneruskan sisa hidup kerana tanggapan ini kita tidak peduli tentang simpanan yang cukup. Kita sentiasa hidup demi masa ketika ini berjalan ke sana dan sini dan berbelnja untuk apa sahaja.

"Tapi apa yang akan berlaku kalau kita jatuh sakit dan kita tidak mempunyai perancangan kedua tidak mempunyai perlindungan insurans, simpanan ataupun KWSP? Mungkin ketika itu sudah terlambat," jelasnya.

Pekerja sambilan juga akan berasa sukar untuk membuat pinjaman rumah seperti yang dialami oleh Grim Film You Tuber, Jared Lee (gambar bawah).

Tiga percubaan untuk mendapatkan pinjaman perumahan, tiga permohonan kad kredit serta pinjaman untuk membeli kereta tidak berjaya.

"Selepas apa yang telah dilalui, baru saya sedar kenapa saya tidak berfikir mengenai simpanan sebelum memulakan syarikat ini, ramai daripada kita tidak pernah fikir mengenai KWSP. Penyata KWSP akan menjadi dokumen penting untuk mendapatkan pinjaman," ujarnya.

Ketika memulakan syarikatnya empat tahun lalu dia tidak terfikir mengenai simpanan KWSP tetapi selepas syarikatnya kukuh dan lebih stabil, kini dia sedang berusaha membuat simpanan KWSP untuk pekerjanya.

"Sesiapa sahaja berkerja secara bebas ataupun memiliki syarikatnya sendiri akan mengalami kesukaran yang sama seperti saya, kita tidak tahu bilakah kita akan menerima gaji kita dan inilah yang paling menakutkan saya," katanya.

"Kita perlu melakukan perancangan yang baik sebab hanya dengan melakukan kerja, majikan akan membayar upahnya dan kita perlu memastikan kewangan yang cukup untuk melakukan kerja seterusnya. Jadi memikirkan untuk mengenepikan sedikit wang sebagai simpanan adalah amat menakutkan tetapi saya mengetahui ini adalah berbaloi untuk saya berbuat demkian," menurut Lee.

Bagi pemuzik ini, Ryan Lee Bhaskaran,27, perancangan persaraan ataupun simpanan untuk hari tua adalah amat penting.

"Saya bermain drum yang memaksa saya menggunakan anggota badan, ketika berumur nanti mungkin saya tidak mampu melakukannya lagi, dari manakah sumber pendapatan akan datang? Ia pasti akan datang daripada simpanan dan perlindungan insurans yang saya miliki," kata pengajar dan juga pemain muzik sambilan itu.

Kalau anda fikir ada ramai pekerja sambilan di Malaysia anda belum lihat betul-betul lagi. 

Menurut Shamsuddin pekerjaan sambilan akan menjadi pilihan dengan keadaan ekonomi yang merosot ketika ini. Pemilik syarikat yang mengalami kesukaran mengekalkan syarikat mereka pada jangka masa panjang akan mengambil keputusan untuk mendapatkan pekerja sambilan daripada pekerja tetap.

Jangan lupa perkerjaan sambilan bukan sahaja anda tidak mempunyai KWSP malah anda akan kehilangan banyak bantuan kebajikan tanpa perlindungan Socso.

Selain itu, sebanyak 75 peratus daripada remaja Malaysia tidak memiliki perlindungan insurans menurut tinjauan.

Tidak kira sama ada anda pekerja sambilan ataupun tetap, Pengurus Besar Strategi KWSP, Faizan Kamaluddin dengan tegas menasihati remaja di Malaysia untuk mula berfikir tentang perancangan persaraan seawal mungkin kerana kos perbelanjaan harian dan juga kesihatan semakin meningkat.

"Simpanan KWSP akan menjadi sumber perbelanjaan anda ketika bersara, tetapi pencarum dinasihati jangan terlalu bergantung pada duit simpanan KWSP sahaja, mereka perlu memperbagaikan wang simpanan mereka menerusi pelbagai cara seperti pelaburan ataupun pemilikan harta benda.

"Pembelajaran mengenai perancangan simpanan akan memainkan peranan penting dan untuk ini kita mulakan belajar bagaimana untuk merancang kewangan kita. Ini perlu dilakukan ketika muda lagi bagi memastikan menabung menjadi satu tabiat  dan memberi pelajaran mengenai simpanan hari persaraan akan menepati sasaran kewangan mereka," jelas beliau.

Farizan juga berkata, mereka perlu memastikan simpanan mengikut keperluan jangka masa pendek atau panjang seperti simpanan untuk pelajaran, persaraan, perlindungan insurans untuk perubatan atau penyakit kronik atau pembelian rumah dan kewangan kecemasan.

Perancang Kewangan, Robert Foo pula bersetuju pelaburan perlu dimulakan seawal mungkin dan beliau menasihati remaja di Malaysia supaya jangan menggunakan insurans sebagai pelaburan.

Anda tidak boleh beli insurans semata-mata sebagai pelaburan ataupun pelaburan yang akan mengembalikan untung, polisi insurans sepatutnya adalah untuk perlindungan sahaja.

Foo juga menasihati remaja Malaysia untuk melakarkan graf rancangan kewangan mereka dan mereka perlu membuat perancangan jangka masa panjang bagi menentukan kedudukan mereka ketika umur persaraan.

Ia dapat mengenalpasti kedudukan mereka ketika ini bagi memastikan mereka mencapai matlamat pada masa depan.

Menurut seorang lagi Perancang Kewangan, Carol Yip, (gambar) remaja perlu belajar cara simpanan paksa yang akan membuatkan mereka menyimpan sebahagian daripada pendapatan setiap bulan.

"Ini adalah mudah untuk pekerja tetapi majikan hanya mampu menyimpan sebanyak mana kemampuan sahaja demi hari persaraan mereka," katanya.

TAHUKAH KAMU

Pengurus Strategi KWSP, Farizan Kamaluddin berkongsi apa yang anda boleh lakukan dengan simpanan KWSP dan cara mana lagi anda boleh menyediakan diri ketika persaraan.

Sebelum umur persaraan anda. Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada akaun 2 bagi memenuhi keperluan membeli rumah, pelajaran (untuk diri sendiri ataupun anak) dan juga pembayaran bagi merawat penyakit kronik.

Pencarum boleh melabur dalam Skim pelaburan (EPF- MIS) yang akan memudahkan mereka  mengeluarkan wang simpanan akaun 1 ke Unit Trust Fund yang diiktiraf oleh KWSP menerusi ejen  pengurusaan simpanan.

Pencarum disarankan untuk membuat keputusan secara peribadi dengan risiko yang bakal dihadapi bagi matlamat pelaburan dengan mengetahui bahaya bakal dihadapi dalam sesuatu pelaburan.

Tags / Kata Kunci: KWSP , Pekerja Sambilan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan