5 Tips Untuk Memulakan Pagi Ibu Bekerja

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

BAGI ibu-­ibu bekerjaya di seluruh negara, waktu pagi boleh menjadi satu cabaran untuk dilalui kerana selain menyiapkan diri untuk ke tempat kerja, menyiapkan beg sekolah anak-anak, selain perlu melayan pelbagai karenah anak-anak yang tidak menentu.

Tidak ketinggalan, sarapan juga perlu disediakan untuk keluarga dan sudah pasti setiap ibu bapa mahu anak-anak mereka menikmati hidangan yang berkhasiat dan sihat.

Bermulanya sesi persekolahan tidak lama lagi, beberapa tips berguna bagaimana ibu­ibu bekerja boleh mengisi masa setiap pagi untuk menyiapkan sarapan dan melaluinya dengan penuh keyakinan.

Siapkan pakaian anda dan anak 

Salah satu perkara yang benar­benar boleh membantu anda menghadapi setiap pagi adalah berfikiran terbuka dan  membuat keputusan mengenai apa yang patut dipakai. Rancanglah gaya penampilan anda dan seterika pakaian anda serta anak anda pada malam sebelumnya supaya mempunyai lebih masa pada waktu pagi untuk melakukan tugas­tugas lain.

ika anda mempunyai masa pada hujung minggu, ibu bekerja juga boleh menyediakan pakaian untuk seminggu kerana dengan melakukan sedemikian, ia dapat memberi anda lebih banyak masa membuat kerja lain.

Masa untuk diri sendiri

Bangun, mandi, dan menyediakan diri sebelum membangunkan anak­anak. Apabila anak­anak bangun, anda perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka, menyiapkan sarapan pagi, memastikan keperluan sekolah mereka tersedia dan mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku termasuk pergaduhan.

Mempunyai masa untuk diri sendiri pada waktu pagi dapat membantu melegakan fikiran dan seterusnya melalui hari-hari anda dengan tenang.

Rancang jadual pemakanan lebih awal

Kanak-­kanak yang cukup makan boleh memberi kesan baik kepada pencapaian diri mereka, sama ada daripada segi akademi atau kesihatan. 

Apa sahaja yang anda lakukan, jangan pernah terlepas pandang mengenai pentingnya sarapan untuk anak anda. Kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati kanak-­kanak yang memulakan hari mereka dengan sarapan berkhasiat dapat memberi tumpuan yang lebih berkesan dan prestasi akademik lebih baik berbanding kanak­-kanak yang memulakan hari tanpa sarapan.

Bagaimanapun, kita tahu kekangan masa membuatkan hampir mustahil untuk menyiapkan juadah kreatif setiap hari buat anak anda.

Cara terbaik adalah dengan merancang jadual sarapan untuk seminggu dengan memilih makanan yang ringkas. Contohnya, telur, roti bakar dan secawan panas MILO akan menambahkan khasiat sarapan anda.

Jika anda terlalu sibuk, pek sarapan boleh diisi dengan pisang serta MILO UHT untuk memulakan hari dengan makanan berkhasiat.

Bagi memudahkan anda, pastikan dapur anda mempunyai stok bahan-bahan penyediaan sarapan berkhasiat dan bagi mendapat lebih banyak idea, teliti pelbagai hidangan yang disediakan untuk tempoh kurang 10 minit seperti disiarkan sebelum ini.

Benarkan anak anda berdikari

Walaupun setiap ibu bapa mempunyai tanggungjawab tertentu untuk manfaat diri sendiri, bagaimanapun perkembangan diri dan minda anak anda tentu tidak dapat diabaikan.

Mungjin juga anda dapat menyerahkan tanggungjawab untuk dilakukan anak anda mengikut umur dan keupayaan, seperti memberus gigi, memakai kasut dan mengikat rambut.

Pada mulanya, anda mungkin perlu menghabiskan lima minit untuk memastikan segala­galanya siap sebelum keluar bekerja dan tentunya ia adalah tempoh singkat berbanding terpaksa mengawasi segalanya langkah demi langkah.

Sediakan senarai untuk disemak setiap ahli keluarga

Bagi memudahkan anak­anak dan anda sendiri menguruskan jadual harian dengan baik, penyediaan nota adalah langkah yang berkesan. Malahan, senarai mengingatkan setiap ahli keluarga apa yang perlu dilakukan setiap hari juga dapat membantu memastikan perjalanan hidup anda lebih teratur.

Misalnya, untuk anak anda, catatan pada senarai kekal termasuk botol air, ubat­ubatan dan menyiapkan kerja rumah), selain senarai yang mungkin berubah setiap hari.

Untuk mengurangkan pembaziran kertas, anda mungkin mahu memilih untuk meletakkan dan menggunakan papan putih sebagai ganti. Sebelum tidur pada malam sebelumnya, cuba fikirkan ada apa­apa yang perlu dicatat pada senarai harian anda dan keluarga.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.milo.com.my


Tags / Kata Kunci: Milo , sarapan , telur , pisang , roti bakar

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan