Zakat Perniagaan Suburkan Harta

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

ZAKAT adalah ibadah yang memiliki dua dimensi iaitu sebagai bentuk ketaatan kepada Allah dan kewajiban kepada sesama manusia.

Dari sudut bahasa zakat bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.

Sementara itu dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Menjadi salah satu daripada rukun Islam kelima, komuniti perniagaan juga tidak ketinggalan daripada menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar zakat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Hakim Amir Osman berkata, zakat bertujuan menyuburkan dan membersihkan harta perniagaan daripada sebarang unsur salah timbang dan sebagainya.

Jelas beliau, zakat perniagaan dibayar apabila cukup syarat dan haul dengan kadar 2.5 peratus atau satu per 40 harta mengikut syarat tertentu.

"Syarat wajib zakat perniagaan ialah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab  dengan paras minima RM11,308, cukup haul iaitu genap setahun tempoh perniagaan dijalankan serta niat untuk berniaga,” katanya.


Selain itu Abdul Hakim berkata zakat perniagaan boleh dikenakan kepada beberapa jenis perniagaan seperti syarikat berhad, syarikat Sdn Bhd, koperasi, perusahaan, perbankan, perniagaan dalam talian, pasar malam mahupan peniaga gerai.

Terdapat tiga kaedah pengiraan zakat perniagaan secara praktikal iaitu melalui modal kerja, modal berkembang dan untung bersih bagi peniaga pasar malam atau gerai yang tidak mempunyai akaun perniagaan.

Sementara itu menurut Abdul Hakim, bagi syarikat atau koperasi yang membayar zakat, pemegang saham tidak perlu lagi membayar zakat atas saham dan dividen yang diterimanya.

Bagaimanapun jika syarikat atau ko­perasi tidak membayar zakat, maka pemegang saham muslim dalam institusi berkenaan wajib menunaikan zakat atas saham dan dividen mereka.

“Inisiatif mengira dan membayar zakat adalah terletak ke atas Lembaga Pengarah yang telah diamanahkan oleh pemegang saham dan ahli-ahli bagi menjalankan urusan perniagaan.

"Sekiranya Lembaga Pengarah tidak mendapat mandat bagi menggunakan wang syarikat atau koperasi untuk membayar zakat, maka usul hendaklah dibentangkan di dalam mesyuarat agung tahunan bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham atau ahli-ahli untuk membayar zakat.

"Jika usul membayar zakat tidak diluluskan, maka kewajipan berzakat akan menjadi tanggungjawab kepada pemegang-pemegang saham muslim itu sendiri,” katanya.

Katanya lagi, formula untuk mengira sama ada seseorang umat Islam di Wilayah Persekutuan layak untuk membayar zakat boleh diperoleh melalui laman web www.zakat.com.my atau dengan menghubungi talian zakat 1-300-88-5757.

Selain itu orang ramai boleh mempelajari pengiraan zakat perniagaan melalui tutorial di youtube.com/ppztv.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan