Perkara Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Mengenai SSP BSN

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIJIL Simpanan Premium (SSP BSN) adalah salah satu skim simpanan yang telah diperkenalkan oleh BSN sejak 1978 iaitu selepas empat tahun penubuhannya.

Ia adalah produk yang sinonim dengan BSN, SSP BSN telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini.

Sempena ulangtahun BSN yang ke 40, BSN ingin berkongsi beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai SSP BSN.

Berikut adalah antara perkara-perkara tersebut:

1) Boleh Menang BMW atau Mercedes Benz Setiap Bulan?

Tahukah anda bahawa BSN menawarkan kereta mewah setiap bulan? Melalui Cabutan Bulanan SSP BSN, anda berpeluang untuk memenangi kereta mewah BMW atau Mercedes Benz ini.

2) Boleh Menang Perodua Axia setiap Bulan?

Tahukah anda bahawa pada setiap bulan, 13 pemenang bertuah dari setiap negeri akan dipilih untuk memenangi kereta Perodua Axia setiap seorang melalui Cabutan Tempatan SSP BSN.

3) Boleh Menang RM 1 juta?

Mahu jadi jutawan? Anda boleh menjadi jutawan melalui Cabutan Istimewa SSP BSN yang akan diadakan pada bulan Disember. Mulakan simpanan anda di SSP BSN sekarang. Anda mungkin pemenang RM 1 juta yang kami cari.

4) Satu-Satunya di Malaysia .

Produk SSP merupakan skim simpanan unik yang hanya ditawarkan di BSN sahaja. BSN telah diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk memperkenalkan skim SSP yang memberi peluang kepada para penyimpan untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan di samping menikmati pulangan dividen daripada simpanan mereka.

5) Peluang Menang Berganda.

Lebih awal menyimpan di SSP “Peluang Berganda” yang akan diberikan. Ini kerana nombor / unit SSP pelanggan sedia ada digandakan untuk memberi peluang yang lebih tinggi untuk menang dalam Cabutan Istimewa.

6) Sandaran SSP.

Selain membuat simpanan, pemegang SSP yang berumur 21 tahun ke atas dan warga negara Malaysia boleh melakukan Sandaran SSP untuk memohon Pembiayaan Peribadi & Pembiayaan Kad Kredit Al-Aiman sehingga 95% daripada jumlah SSP yang disimpan. Melalui pelan kemudahan sandaran ini juga pelanggan hanya perlu membuat bayaran balik pembiayaan dengan kadar yang minima berbanding pembiayaan lain yang ditawarkan.

7) Patuh Syariah.

SSP adalah produk simpanan patuh syariah yang menggunakan konsep Mudharabah iaitu perkongsian keuntungan.

8) Hadiah / Sumbangan / Cenderahati.

SSP juga boleh dijadikan sebagai satu bentuk pemberian hadiah, sumbangan atau cenderahati kepada seseorang individu dalam bentuk simpanan. Sebagai contoh ia boleh digunakan sebagai hadiah atau hantaran perkahwinan, hari ulang tahun kelahiran, hari perayaan, sumbangan untuk aktiviti kebajikan dan sebagainya.

Terdapat beberapa organisasi yang telah menjadikan SSP sebagai ganjaran kepada pekerja yang cemerlang dan kebanyakkan mereka menyimpan dan menambah simpanan untuk terus berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Tags / Kata Kunci: SSP BSN , cabutan istimewa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan