Pemenang Kempen Pelaburan Impian Tropicana Kongsi Hadiah Lebih RM2.3 Juta

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 10:12 AM

Enam pemenang bertuah Kempen Pelaburan Impian Tropicana.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas beberapa minggu membuat pemilihan, akhirnya pemaju hartanah, Tropicana Corp Bhd mengumumkan enam pemenang Kempen Pelaburan Impian Tropicana.

Ia bagaikan impian yang menjadi kenyataan khusus buat enam pemenang bertuah yang memperoleh lebih RM2.3 juta, sekali gus berpeluang memiliki hartanah utama Tropicana dan lebih istimewa mendapat potongan separuh harga.

Ketua Bahagian Penjualan dan Pemasarannya, Ung Lay Ting berkata, kempen yang lain dari yang lain ini adalah inisiatif terkini kumpulan syarikat berkenaan untuk mendekati pelanggan dan komuniti menerusi landasan digital dan dalam talian.

"Kami mengambil masa beberapa minggu untuk membuat keputusan dan sepanjang tempoh itu ia memberi peluang bagi memahami keperluan pelanggan serta kenapa mereka memilih melabur untuk hartanah Tropicana," katanya.

Kempen Impian Pelaburan ini dilancarkan pada 6 Mac dan berakhir 16 April 2015. Peraduan ini dianjurkan Tropicana Facebook.

Sepanjang tempoh enam minggu itu, pengikut Facebook Tropicana mendapat pelbagai maklumat yang boleh dianggap sebagai DNA Tropicana meliputi kemudahan, hubungan, konsep dan rekaan inovatif, ruang yang luas, kawalan keselamatan yang ketat dan berkualiti.

Peserta kemudiannya memilih hartanah Tropicana yang digemari dan berkongsi maklumat kempen di Facebook mereka. Sepanjang tempoh peraduan itu, Tropicana turut menghadiahkan mini iPad, iPad air, iMac, MacBook and Samsung Galaxy Note untuk pemenang kuiz mingguan dan peserta yang memperoleh jumlah pengikut sosial media paling ramai di Facebook.

Enam pemenang bertuah Impian Pelaburan Tropicana yang berpeluang memiliki hartanah Tropicana pada harga istimewa dengan potongan separuh daripada pasaran adalah seperti berikut:

Minggu 1 :  Lim Kean – Tropicana Gardens, Kota Damansara (RM739,000).

Minggu 2: Helen Lee – Tropicana Heights, Kajang (RM835,800).

Minggu 3: Narentharen A/L Selvarajah – Arena Mentari, Bandar Sunway (RM788,800).

Minggu 4: Vun Siew Fui – Tropicana Metropark, Subang Jaya. (RM561,000).

Minggu 5: Kelvin John Nathan – Tropicana Avenue, Petaling Jaya (RM959,900).

Minggu 6: Chiam Ah Moy – Tropicana Cheras, Cheras (RM747,520).

Tags / Kata Kunci: Tropicana , Ung Lay Ting

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan