Pemenang SSP BSN Sangka Dihubungi Sindiket Penipuan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir pada mulanya menganggap panggilan telefon yang memberitahu dia memenangi sebuah kereta jenis Perodua Axia adalah daripada satu sindiket yang cuba menjadikannya sebagai mangsa mereka.

Dia tidak memperdulikan berita yang diterimanya itu. Tetapi apabila Zuraida Othman, 34, menerima sepucuk surat yang memaklumkan dia memenangi Cabutan Tempatan Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi bulan April anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) barulah dia percaya yang panggilan telefon yang dia terima itu bukan daripada sindiket tetapi benar-benar daripada BSN.

"Saya terima panggilan awal bulan ini dan mengatakan yang saya telah memenangi sebuah kereta. Ketika itu saya tidak memikirkannya kerana zaman sekarang ramai yang menggunakan skim penipuan seperti ini untuk mendapat keuntungan mudah.

"Tetapi tidak lama selepas itu, saya menerima sepucuk surat dari BSN yang memaklumkan saya telah memenangi sebuah kereta kerana terpilih sebagai pemenang SSP BSN," katanya sambil tersenyum ketika ditemui mStar Online pada Majlis Penyampaian Hadiah SSP BSN di sini, Jumaat.

Zuraida memberitahu, dia agak terkejut apabila berjaya memenangi kereta tersebut kerana kali terakhir dia membuat simpanan SSP adalah pada tahun 1997.

"Saya terkejut dan tak sangka langsung akan terpilih untuk memenangi cabutan tempatan bulan April kerana kali terakhir saya membuat simpanan adalah sebanyak RM100 iaitu semasa saya masih berada di tingkatan empat, 18 tahun lalu," katanya lagi.

Bercerita lanjut, Zuraida yang kini menetap di Jeli, Kelantan menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Saya bersyukur sangat kerana tahun ini dapat beraya bersama keluarga menggunakan kereta baharu," tambahnya.

Dalam pada itu, Pengarah Perniagaan BSN Kuala Lumpur, Noraini Mohd berkata, pembaharuan kepada jenis cabutan dan hadiah pada tahun ini merupakan komitmen BSN untuk menggalakkan orang ramai menyimpan bersama SSP.

"Hanya dengan penyimpanan wang bersama SSP sahaja pelanggan boleh memenangi dan mendapat ganjaran berlipat ganda," katanya. 


Tags / Kata Kunci: SSP BSN , Kuala Lumpur

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan