Resipi Terbaharu di Hotel Le Meridien

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 2:55 PM

Masakan barat turut disediakan di Hotel Le Meridien.

(Ubah saiz teks)

TAMPIL dengan imej yang baharu, hotel bertaraf lima bintang, Le Meridien Kuala Lumpur kini menyediakan sesuatu yang istimewa dengan memperkenalkan 'Resipi Terbaharu' (Latest Recipe) kepada para pengunjungnya.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dewan makan yang terletak di tingkat 5 hotel ini, sudah pasti pengunjung terpesona dengan dekorasinya yang direka khas seperti tempat menonton teater. 

Pelbagai hidangan tempatan Malaysia yang disediakan bagi memberikan pilihan kepada pengunjung. 

"Resipi Terbaharu' ini masih mengekalkan konsep lima hidangan utama yang disesuaikan dengan demografi dan kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini. 

"Kami juga akan menyediakan beberapa lagi menu terbaharu kepada pengujunjung agar mereka mempunyai lebih banyak pilihan," kata Pengurus Besar Le Meridien Kuala Lumpur, Harvey Thompson. 

Pengunjung pastinya rambang mata untuk membuat dengan pilihan dengan hidangan daripada barat mahupun timur yang disediakan di sini. Antaranya ialah masakan India, Cina, Melayu, Jepun serta barat. 

Masakan India seperti nasi beriani turut disediakan di sini. 

Ketika idea 'Resipi Terbaharu' ini diperkenalkan kira-kira lima tahun lalu, dengan memperkenalkan konsep masakan India sebagai menu bufet pertama di restoran ini.

Oleh kerana menu ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna, ia masih dikekalkan dengan menyediakan hidangan daripada Utara dan Selatan India.

Antara hidangan yang harus anda cuba ialah ketam yang dimasak dengan kuah rempah pedas, Ketam Kari Kakadai Hyderabab yang pastinya membuatkan sanggup menambah hidangan buat kali kedua.Menu lain yang turut disediakan ialah Beriani, Tandori, Kambing Masala, Kari Ayam serta banyak lagi.

Bagi mereka yang tidak makan daging usah risau, hidangan seperti terung yang dimasak dengan kari masala, kentang masala yang dimasak dengan jintan putih, kacang pis, bendi yang dimasak dengan kari tomato turut disediakan.

Penggemar masakan Cina juga tidak perlu khuatir kerana pelbagai jenis hidangan turut disediakan untuk mereka antaranya, masakan yang digoreng dalam kuali, stim, dumpling yang dibakar serta pelbagai jenis dim sum serta mee yang memberikan pelbagai pilihan kepada anda. 

Masakan Melayu yang eksotik juga boleh didapati di dapur terbuka hotel ini. Antaranya masakan menggunakan serai, daun pandan, santan serta halia. Masakan istimewa dari Kedah, Kelantan serta Terengganu merupakan menu utama yang disediakan di dapur masakan Melayu di sini. 

Untuk mereka yang menggemari masakan Jepun pasti tidak sabar untuk menikmati keenakan Sushi, Teppanyaki, Sashimi, Tempura dan Udon yang disediakan di dapur Jepun terbuka. 



Masakan barat juga tidak ketinggalan, antara menu yang disediakan ialah daging tulang rusuk, kaki kambing, ayam atau itik panggang serta pasta. 

Hidangan pencuci mulut yang merupakan menu wajib pula ialah seperti dispenser gula-gila, ais krim yogurt, 'chocolate fountain', wafel, pan kek dan banyak lagi. 

Resipi Terbaharu boleh didapati bermula dengan bufet sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam pada setiap hari kecuali pada waktu makan tengah hari Sabtu. 

Ruang dewan makan yang baharu diubah suai dengan dekorasi yang menarik pasti memberikan keselesaan kepada pengunjung. 

Harga yang ditawarkan bermula daripada RM108++ untuk makan tengah hari (Isnin hingga Jumaat) dan RM118++ untuk setiap seorang untuk makan malam (Isnin hingga Khamis). 

Bufet makan malam pada hari Jumaat hingga Ahad pula ditawarkan pada harga RM128++ setiap seorang sementara bufet panggang untuk makan tengah hari pada  Ahad pula ditawarkan pada harga RM118++ setiap seorang. 

Selain daripada masakan bufet restoran di hotel ini turut menyediakan menu ala carte, seperti mee, sayur-sayuran, daging serta makanan rendah kalori. 

'Resipi Terbaharu' terletak di tingkat 5, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, dibuka bermula pukul 6 pagi hingga 12 pagi. 

Tags / Kata Kunci: Le Meridien Hotel , Resipi Terbaharu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan