BSN Permudah Urusan Pembelian Kenderaan Pelanggan

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 8:00 AM

Auto Finance Center (AFC) BSN yang pertama terletak di Wisma RKT, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

MEMILIKI sebuah kereta semestinya menjadi impian setiap orang. Tidak kiralah kereta buatan tempatan atau luar negara.

Namun, hasrat untuk memiliki sesebuah kereta itu kadangkala terpaksa dipendam begitu sahaja disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya sukar untuk mendapatkan pinjaman atau pembiayaan daripada bank ataupun institusi kewangan.

Bagaimanapun, sesuai dengan perkembangan lanskap kewangan pada hari ini, pelbagai strategi telah dijalankan oleh pihak bank dan institusi kewangan bagi memberi akses atau memudahkan orang ramai mendapatkan kereta impian mereka dan dalam hal ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) juga tidak terkecuali.

Seperti perbankan yang lain, BSN juga kompetitif dalam menawarkan perkhidmatan sewa beli atau hire purchase kepada orang ramai tidak kira dari sektor awam atau swasta, malah merangkumi golongan professional yang layak. Fokus utama adalah untuk membantu pelanggan mendapatkan pembiayaan bagi kenderaan mereka.

BSN menawarkan perkhidmatan sewa beli yang efisyen setanding dengan bank dan institusi kewangan yang lain. Pelanggan boleh mendapatkan pembiayaan kereta idaman mereka dengan cara yang mudah dan cepat.

Kemudahan pinjaman ataupun pembiayaan sewa beli di BSN sedang rancak dipromosikan dan tidak mustahil satu hari nanti kemudahan ini akan menjadi salah satu fasiliti yang digemari ramai.

Bagi memastikan BSN terus kekal sebagai salah satu penyedia penyelesaian kewangan di kalangan rakyat Malaysia, BSN telah melancarkan Auto Finance Centre (AFC) untuk memudahkan lagi transaksi sewa beli kereta.

Kaunter perkhidmatan pelanggan yang disediakan di AFC BSN.

Pelanggan serta pihak pengedar kenderaan boleh menjalankan urusan pembiayaan sewa beli kenderaan dengan lebih cepat dan efektif kerana proses pembiayaan dan juga pengeluaran dikendalikan sepenuhnya di pusat ini. AFC BSN turut menawarkan pakej pembiayaan sewa beli konvensional dan islamik (HP-i).

Dengan kakitangan yang komited dalam membantu menyelesaikan proses pembiayaan kenderaan, AFC dilihat sebagai salah satu pusat sehenti bagi proses mendapatkan kemudahan pembiayaan kenderaan sehingga diluluskan dan dibayar kepada pengedar kereta yang berkenaan.

Kemudahan sewa beli BSN juga menawarkan kadar faedah yang kompetitif selain proses pembayaran yang mudah. Bagi kakitangan kerajaan, proses pembayaran boleh dilakukan melalui potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) dan (SKAP).

Pembayaran juga boleh dibuat di lebih 400 cawangan-cawangan BSN di seluruh negara, secara atas talian (online), di ATM/CDM BSN dan sebagainya.

Kemudahan ATM serta CDM juga turut disediakan di AFC BSN.

AFC BSN terletak di tengah kawasan bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Wisma RKT di Jalan Raja Abdullah. Ia mempunyai akses pengangkutan awam yang mudah untuk pelanggan dan pengedar kereta berurusan.

Selain itu, kakitangan terlatih juga sedia membantu pelanggan menjalankan urusan pembiayaan sewa beli untuk kenderaan mereka.

Jadi mulakan langkah untuk memiliki kenderaan impian anda bersama kami di BSN.

Tags / Kata Kunci: sewa beli , BSN , kereta , AFC , HP-i

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan