Liberty Tower_i-City Tawar Kediaman Menarik, Mewah Dan Selesa

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 7:34 PM

Liberty Tower menjadi mercu tanda terbaharu di tapak pembangunan i-City di Shah Alam.

(Ubah saiz teks)

IDAMKAN sebuah kediaman menarik dengan gaya mewah serta persekitaran yang selesa dan menyenangkan, Liberty Tower yang terletak di i-City, Shah Alam pasti menjadi pilihan tepat.

Terletak bersebelahan laluan LRT dan sebuah pusat beli-belah yang dikenali  sebagai Central Plaza Mall, kehidupan di Shah Alam kini tidak akan sama lagi.

Sejak pertama kali dilancarkan pada 13 September lalu, 70 peratus daripada 350 unit telah ditempah.

Bagaimanapun, orang ramai masih berpeluang untuk memiliki unit kediaman di Liberty Tower yang dijual bermula daripada harga RM360,000.

Lokasi Liberty Tower berhampiran dengan beberapa premis menarik bagi keselesaan pemilik.

Jualan pra pelancaran Liberty Tower akan diadakan pada 1 November di bilik pameran i-Gallery di i-City.

Liberty Tower @ i-City menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai berdasarkan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Central Plaza Mall yang berkeluasan 1.5 juta kaki persegi.

Dengan kemudahan laluan pejalan kaki khusus dari Liberty Tower ke Central Plaza Mall, penduduk di situ mempunyai akses secara langsung kepada lebih 450 kedai, ruang makan dan hiburan yang memberikan mereka kualiti gaya hidup yang tinggi.



Central Plaza Mall adalah projek usaha sama dengan operator pusat membeli-belah terbesar di Thailand - Central Pattana Group.

Jadi tidak mustahil tidak lama lagi suasana beli-belah di Central Plaza Mall akan hampir menyamai di di Bangkok.

Selain itu, Liberty Tower @ i-City juga mempunyai akses hubungan luar yang mudah dengan stesen i-City LRT Laluan 3 selain jaringan lebuh raya Lebuh Raya Persekutuan, New Klang Valley Expressway (NKVE), Guthrie Corridor Expressway dan Lebuhraya Pantai Barat yang dicadangkan.

Setiap unit dilengkapi sepenuhnya dan direka oleh sebuah firma reka bentuk dalaman yang terkenal dengan konsep moden New York.

Setiap unit akan dilengkapi kabinet dapur dengan hood & hob, almari, penghawa dingin, TV dan perabot dalaman yang lain.

Berdasarkan jadual, Liberty Tower @ i-City dijangka siap pada 2018.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan