Suria Residence Tawar Kejiranan Terbaharu Di Bukit Jelutong

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 1:01 PM

Suria Residence menawarkan lokasi kejiranan terbaharu di Bukit Jelutong, Shah Alam.

(Ubah saiz teks)

SELARI dengan perkembangan terkini, pelbagai faktor selain harga dan lokasi perlu dipertimbangkan oleh seseorang yang ingin melabur dalam bidang hartanah.

Apabila harga hartanah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini, golongan muda melihat mereka seakan tidak layak untuk memiliki hartanah di kawasan pusat bandar.

Sungguhpun demikian, golongan berkenaan sentiasa mengimpikan untuk memiliki kediaman yang mempunyai ruang tamu yang luas mengikut kemampuan kewangan mereka.

Lebih menarik jika kawasan kediaman itu terletak di kawasan strategi khususnya yang berdekatan dengan pusat kormesial dan beli-belah.

Justeru, pilihan itu kini terdapat berhampiran dengan kejiranan elit di Shah Alam iaitu Bukit Jelutung.

Suria Residence - merupakan projek kediaman terbaharu di kawasan kejiranan Bukit Jelutong.

Service residence  yang terletak di Pusat Komersial Bukit Jelutong ini bakal mengandungi pelbagai kemudahan, selain berdekatan dengan pusat beli-belah Tesco dan Giant.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai rangkaian jalan raya yang baik untuk ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang melalui Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Persekutuan.

Pastinya kemudahan jaringan perhubungan tersebut memudahkan orang ramai yang memilih untuk tinggal di kawasan kediaman ini untuk ke tempat kerja dan pusat beli-belah dalam masa yang singkat.

Pelabur hartanah di kawasan ini juga bakal menyaksikan transformasi Bukit Jelutung menjadi sebuah kejiranan eksklusif dan menguntungkan serta meningkatkan jumlah permintaan kerana terletak berhampiran Shah Alam yang menjadi hab perindustrian dan komersil di Selangor.

Suria Residence merupakan hartanah jenis pegangan bebas yang menawarkan harga bermula daripada RM466,000 ke atas antara saiz 600 ke 1,200 kaki persegi seunit.

Ia memiliki pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gimnasium dan dewan serba guna serta gelanggang badminton bagi memberikan peluang kepada penduduk melakukan aktiviti riadah.

Suria Residence terdiri daripada dua menara 17 dan 18 tingkat yang mengandungi 545 kediaman yang dijangka siap pada 2018.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Suria Residence, sila hubungi Vinnie Wong (+6012-6559726 / vinniewong@reapfield.com) atau Yvonne Tan (+6012-2778396 /yvonnetan@reapfield.com).






Tags / Kata Kunci: Suria Residence

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan