Kisah Disebalik Poster Visit Happy Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 5:18 PM

Zaleha (kanan) dan Maniseh membaca artikel berita keluaran 1965 mengenai kejayaan mereka memenangi poster terbaik perlancongan antarabangsa pada tahun berkenaan.

(Ubah saiz teks)

LIMA puluh tahun lalu, Puan Sri Maniseh Adam dan Puan Sri Zaleha diminta bergaya untuk sebuah poster ketika masing-masing berusia 19 dan 23 tahun.

Pada 1964, sebuah poster bertajuk Visit Happy Malaysia disebarkan ke seluruh dunia dengan matlamat untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perlancongan.

Setahun selepas itu, gambar berwarna penuh ceria yang memaparkan dua wanita tersebut mengenakan kebaya tradisional dengan salah seorang daripada mereka duduk di atas sebuah beca manakala seorang lagi berdiri memegang payung di Jalan Kampun Attap memenangi Anugerah Poster Perlancongan Antarabangsa.

Anugerah bagi poster gambar terbaik itu disampaikan di hadapan deligasi perlancongan antarabangsa dari lebih 100 negara di Maxico.

Bekas penyambut tetamu di kaunter informasi Lapangan Terbang Subang, Maniseh yang kini berusia 71 tahun berkata, mereka terkejut namun gembira apabila mengetahui mengenai anugerah berkenaan.

Zaleha (kanan, duduk) dan Maniseh menjadi model dalam poster bertajuk Visit Happy Malaysia.

Mengenang kembali kenangan lama itu, kedua-dua mereka menceritakan kembali bagaimana semuanya bermula di unit Perlancongan Malaysia iaitu tempat mereka bekerja.

"Mereka mahu kakitangan tampil dengan sebuah poster untuk mempromosikan perlancongan di Malaysia dan secara tiba-tiba kami diminta untuk menjadi model kepada jurufoto terkenal, Charlie," cerita Maniseh.

Kedua-dua wanita itu yang sudah berkawan sejak lebih lima dekad lalu berkata, poster itu menunjukkan walaupun Malaysia merupakan sebuah negara membangun, namun ia dibina dalam suasana kampung.

Gurau Maniseh, jika ke lokasi itu sekarang, pastinya pokok kelapa sudah tidak ada lagi malah beca juga sukar didapati di Kuala Lumpur.

"Tiada sebarang penyuntingan dibuat ke atas gambar itu," tambah beliau.

Poster itu sememangnya berjaya mempromosikan Malaysia dengan baik dengan paparan pakaian tradisional, beca, payung dan pokok kelapa sebagai latar belakang.

Zaleha (kanan) dan Maniseh menunjukkan poster yang memenangi anugerah antarabangsa pada 1995 di mexico.

Melihat kembali poster itu dengan senyuman bermakna, Zaleha berharap Malaysia dapat menghasilkan lebih banyak poster sedemikian dengan memaparkan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

"Memandangkan kini kita sedang mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014, mungkin poster seumpama itu dapat dihasilkan semula," kata Zaleha.

Zaleha, 75, turut berkongsi kisah manis itu bersama tujuh orang anak dan 28 cucu.

"Saya jangkakan Perlancongan Malaysia juga tidak tahu mengenai poster dan anugerah ini," kata Maniseh yang mempunyai empat anak dan sembilan cucu.

Tambahnya adalah sukar untuk mendapatkan salinan poster itu dalam negara namun beliau begitu terkejut apabila mengetahui ia dijual di Internet.

Maniseh berkata beliau menjumpai laman web dari Australia yang menjual poster itu dengan harga ratusan dolar.

"Bagaimana mereka boleh ambil dan cetak semula serta jual di Internet?

"Bukankah ia sepatutnya menjadi hak cipta yang dilindungi?," soal beliau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan