Vampire Facial di Murall Beauty House PJ

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 10:51 AM

Teknik vampire facial disediakan di Murall Beauty House.

(Ubah saiz teks)

SETIAP wanita pasti inginkan kulit yang mulus. Bagaimanapun, kesibukan kerja dan tekanan sering menjadi penghalang untuk memperoleh kulit wajah idaman.



Murall Beauty House yang beroperasi sejak 30 tahun boleh merealisasikan impian bagi wanita yang mementingkan penjagaan kulit wajah.

Pusat kecantikan yang terletak di Petaling Jaya ini dimiliki graduan diploma kecantikan dari United Kingdom, Sharon Toh.

Ia menawarkan pelbagai rawatan muka seperti teknik vampire facial yang semakin mendapat tempat kebelakangan ini.



Teknik vampire facial atau MyCells ini dapat meremajakan semula kulit yang berusia dan lesu.

Bahan yang digunakan dalam rawatan MyCells ini dapat merangsang pengeluaran kolagen yang membantu pertumbuhan kulit baharu dan akhirnya meningkatkan keanjalan kulit.

MyCells juga dapat memberi perubahan pada kulit wajah yang dirawat, menjadikan anda kelihatan lebih cantik dan muda.

Selain itu, pusat kecantikan ini juga menawarkan pelbagai rawatan kecantikan komprehensif termasuk rawatan wajah, urutan badan, rawatan microlifting, krioterapi, microdermabration dan light heat energy hair removal (LHE).

Kos perkhidmatan kecantikan dan kosmetik yang ditawarkan di Murall Beauty House juga berpatutan.

Bukan itu sahaja, salun kecantikan ini hanya menggunakan produk kecantikan berkualiti tinggi, seperti Prestige dan Dalton Beaute De La Mer.

Ini bagi memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan dan rawatan yang terbaik.

Anda yang mempunyai masalah jerawat dan pigmentasi juga boleh berkunjung ke sini kerana ada tawaran pakej menarik yang disediakan.

Maklumat lanjut mengenai Murall Beauty House boleh diperolehi dengan melayari laman social Facebook, https://www.facebook.com/murallbeautyhouse atau hubungi talian 03-7955 2737 / 7957 0506.

Tags / Kata Kunci: Murall Beauty House , Sharon Toh

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan