Bijak Bahagi Masa Resipi Kejayaan Sazzy Falak

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 4:43 PM

Sazzy Falak banyak menghabiskan masa di butiknya, Street Fashion KL. - Foto Ihsan Fariz Fakri Fotografi.

(Ubah saiz teks)

JADUAL kehidupan seharian seseorang pasti berubah apabila sebaik sahaja dia bergelar seorang ibu. 

Perkara yang sama turut dilalui oleh pelakon dan pengacara versatil, Sazzy Falak sejak bergelar ibu kepada pasangan kembar, Iman Lily dan Tiara Rose, 3. 

"Keutamaan saya pada masa ini adalah suami dan anak-anak. Jika sebelum ini saya sibuk dengan kerja  tetapi kini semuanya berubah apabila saya mendapat anak.  

"Saya akui kerja adalah ialah minat utama saya, jika dahulu pada hujung minggu pun saya akan menerima tawaran, kini saya akan pilih, sama ada ia sesuai dengan masa saya dan adakah bayarannya berbaloi, jika tidak lebih baik saya habiskan masa dengan anak-anak," katanya kepada mStar Online di Publika baru-baru ini. 

Bercerita lanjut mengenai minatnya yang tidak pernah luntur dalam bidang pengacaraan, Sazzy yang juga isteri kepada usahawan dan jurulatih perniagaan terkenal, Nazril Idrus ini berkata dia pernah menerima tawaran mengacara sebuah program televisyen ketika dia sedang sarat mengandung. 
 
"Saya tidak pernah berhenti mengacara. Ketika saya mengandung 8 bulan saya masih lagi menerima tawaran mengacara hinggakan penerbit program tersebut sering pegang perut saya dan pujuk 'baby' supaya keluar selepas kami selesai buat rakaman program berkenaan.

"Apa yang menariknya selepas seminggu dia buat macam itu saya terus bersalin," katanya sambil ketawa.

Hadkan Berlakon

Sazzy berkata, dia jarang menerima tawaran berlakon kerana faktor masa penggambarannya yang tidak menentu. 

"Jika dulu selepas balik 'shooting' bolehlah saya sambung tidur hingga tengah hari tetapi sekarang ini keadaannya berbeza selepas mempunyai anak. 

"Anak-anak yang masih kecil mereka suka akan belaian dan perhatian. Mereka tak faham bila kita cakap kita penat, mungkin bila usia mereka 5 atau 6 tahun mereka akan faham. Bukan itu sahaja, bila berlakon pula banyak masa yang perlu dihabiskan dengan menunggu. 

"Sedangkan dengan mengacara saya mendapat bayaran yang lebih tanpa perlu membazirkan banyak masa. Namun saya tidak akan berhenti berlakon kerana saya minat dengannya," katanya.

Sazzy berkata dia bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang benar-benar menyangi dirinya. 

"Saya akui kadang-kadang letih untuk membahagikan masa dengan keluarga, perniagaan, berlakon dan mengacara. Sebab itu saya banyak bergantung kepada 'Google Calendar'

"Dalam bidang seni memang kita tidak dapat lari daripada jadual kerja yang sangat sibuk, tapi bila jadual saya jadi tidak teratur saya perlukan sesuatu untuk menyusun program dan aktiviti yang saya sepatutnya lakukan. 

"Saya perlu menulis apa yang akan saya lakukan pada setiap hari kerana bimbang terlupa mengenainya. Pada masa yang sama. Kita pun tidak mahu membazir masa orang lain dengan tidak menepati masa. Dengan menghargai masa anda sudah pasti kita boleh menghargai masa orang lain," katanya.


Tags / Kata Kunci: Sazzy Falak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan