MaGIC Bakal Dirasmikan 27 April Ini

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 2:40 PM

MAGIC

Bangunan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya.

(Ubah saiz teks)

KERAJAAN sekali lagi menepati janjinya, kali ini khusus untuk kelompok usahawan apabila ia merealisasikan penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC).

Tanggal 27 April ini bakal menjadi saksi kepada lahirnya satu lagi landasan untuk memberi sokongan dan semangat kepada keusahawanan tempatan.

Selepas pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tahun lalu, kini MaGIC akan memulakan operasi.

Tentu sekali hasrat untuk menjadikan ia pusat sehenti kepada usahawan akan merancakkan kegiatan keusahawanan di negara ini.

‪Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Keusahawan Global kali keempat di Kuala Lumpur, Oktober lalu.

‪Berdasarkan perancangan, pusat tersebut berperanan membantu usahawan untuk memohon pembiayaan kewangan dari institusi perbankan dan menyalurkan modal teroka kepada syarikat inkubator serta syarikat baharu yang berdaya saing.‬

‪MAGIC turut akan menyediakan kemudahan latihan, bimbingan dan pementoran serta pendaftaran harta intelektual.

‪"Kewujudan pusat tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi Cyberjaya yang menempatkan syarikat yang berkecimpung dalam bidang multimedia kreatif, penyelidikan dan pembangunan, khidmat luaran serta pengurusan data," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

‪Kerajaan turut memperuntukkan modal pemula RM50 juta kepada MaGIC untuk melahirkan golongan usahawan yang lebih membangun terutama dari segi kualiti dan daya saing.‬

‪Bagi menjamin matlamat itu tercapai, usahawan muda, Cheryl Yeoh dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pusat tersebut yang akan dirasmikan pada Ahad depan.‬

‪Yeoh, 30, tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan kerana peranannya sebagai pengasas syarikat pemula atau 'startup' berasaskan teknologi, inovasi dan kreatif iaitu Reclip.It dan CityPockets.‬

Cheryl Yeoh. Foto MOHD SAHAR MISNI

‪Reclip.It merupakan syarikat yang menyenaraikan kupon digital dan iklan secara berkala dari jenama besar seperti Walmart, Macy’s, Target dan banyak lagi.‬

‪"Saya teruja untuk memberi sumbangan dan terlibat secara dekat dengan MaGIC. Ia adalah  peluang buat saya untuk membalas jasa baik kerajaan selepas memberi saya biasiswa penuh bagi melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat," katanya dalam laman blog Startup War Stories from Chery Yeoh, selepas dilantik memegang jawatan penting itu.

‪Yeoh turut memperoleh pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa antaranya ’44 Usahawanita Yang Anda Perlu Tahu’ oleh Mashable dan 10 Wanita Terkenal Dalam Dunia Digital oleh L’Oreal.‬

‪Pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan di Cornel University itu juga diberi penghormatan untuk berucap pada persidangan TEDxKLwomen 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur, Disember lalu.‬

Dalam persidangan itu, Yeoh berkongsi cerita mengenai pengalamannya dan pencapaian yang diperoleh untuk memberi inspirasi kepada usahawan wanita di negara ini.‬

Melihatkan latar belakang Yeoh, tentu khalayak ramai ternanti-nantikan apakah manfaat yang dapat diberikan MaGIC untuk semua yang terbabit.

Yang pasti, semua pihak mahukan janji yang dimeterai kerajaan ini menghasilkan sesuatu yang positif. Ia diharap menjadi kenyataan dengan kerjasama usahawan tempatan yang berpotensi berjaya, cekal dan mampu berdikari, sekali gus meletakkan MaGIC pada kedudukan yang disegani bukan saja di dalam negara, malah di persada dunia.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan