Pameran Koleksi Antik, Moden Habib Jewel Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Diterbitkan: Rabu, 5 Mac 2014 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

PENGUNJUNG boleh menyaksikan rekaan koleksi barang kemas antik dan moden oleh syarikat barang kemas tempatan, Habib Jewel di pameran Habib Truly Malaysia yang diadakan di Suria KLCC sehingga 11 Mac ini. 

Habib mempamerkan beberapa koleksi barang kemas antik di ruang legar tengah pusat membeli-belah ternama itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pengarah Urusannya, Datuk Meer Sadik Habib berkata beberapa rekaan barang kemas itu berusia lebih 100 tahun dan dibawakan khas untuk pameran tersebut dari Galeri Warisan Habib di Jalan Mesjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang.

"Sebentuk cincin berlian berusia 200 tahun merupakan salah satu koleksi yang dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

"Duit syiling antik turut dipamerkan pada pameran tersebut," katanya.

Meer berkata, pengunjung juga boleh membeli emas 916, mutiara Laut Selatan dan Pandora charm di pameran itu.

Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya membeli barang kemas sekarang kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) belum dilaksanakan.

"Ambil peluang dan melabur melalui pembelian barang kemas," katanya.

Habib Truly Malaysia dirasmi dengan persembahan tarian pembukaan oleh kumpulan penari Sanggar Mustika yang mengetengahkan pelbagai etnik di negara ini.

Majlis itu dihangatkan lagi dengan persembahan instrumental oleh Simfoni Dram Tradisional Malaysia.

Turut diadakan pertunjukan fesyen oleh beberapa selebriti tanah air yang memakai barang kemas Habib.

Bertepatan dengan temanya, pengacara Hani Farhana Mohd Hatim yang dikenali sebagai Hunny Madu memakai baju songket tradisional berwarna hijau gelap selain menggayakanbarang kemas dari koleksi antik Warisan Habib.

Hani turut memakai cucuk sanggul dengan motif tangkai padai manakala kerongsang yang dipakainya, Kerongsang Ibu dan Anak, bertatahkan berlian.

Ratu cantik Miss World Malaysia 2012/2013, Lee Yvonne anggun memakai cheongsam dengan aksesori dari koleksi mutiara Laut Selatan Habib manakala ratu cantik Miss World Malaysia 2009/2010 Thanuja Ananthan bergaya dengan lhenga berkilauan dan koleksi Habib Oro Italia 916.

Selebriti Zara Zya juga memakai pakaian tradisional masyarakat Bidayuh dan kejelitaannya terserlah apabila memakai barang kemas Habib manakala aktresYasmin Hani mengenakan pakaian kaum Iban.

Gelang yang dipakainya merupakan dari koleksi Habib Oro Italia 916.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan