Aroma menarik Ayam Pasu Klasik - Rencana | mStar

Aroma menarik Ayam Pasu Klasik

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2018 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUNTU memikirkan apa menu pilihan untuk iftar hari ini?

Apa kata kali ini anda cuba menu paling ringkas dan sedap iaitu Ayam Pasu Klasik.

Mungkin sesetengah orang berpendapat rasanya seperti ayam golek atau ayam panggang lain, tetapi ternyata ia mempunyai kelainan tersendiri.

Menurut pengusaha francais Ayam Pasu Klasik ini, Divakar Subramaniam pada mulanya ramai pelanggan yang berfikir ayam ini sama dengan resepi lain.

]

"Sekali mereka datang, mesti beli lagi. Saya yakin kelainan rasa ayam ini berbeza kerana ramuan resepi yang digunakan. Ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat. 

"Antaranya seperti halia, bawang putih, kuyit dan lengkuas. Dan selepas itu perap lebih kurang dua jam sebelum diletakkan di atas pasu tanah liat.

"Keistimewaan rasa ini hasil gabungan rempah-rempah tersebut dan teknik membakarnya.

"Dengan api yang kecil dan tempoh membakarnya lebih kurang setengah jam, ayam ini akan masak sempurna. Baunya sangat menarik," ujarnya kepada mStar Online.



Menurut Divakar, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan stok ayam setiap hari.

"Bulan puasa ini lebih kurang 70 ekor ayam kami bakar dan tidak boleh lebih daripada itu kerana kesuntukan masa.

"Ini kerana kami mempunyai hanya 20 pasu sahaja untuk membakar setiap ayam ini.

"Selain itu, saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyediakan bekalan ayam dan sosnya kerana semua telah disediakan oleh pengedar Ayam Pasu Klasik," jelasnya yang bekerja sebagai Perunding Analisis Dan Membaiki Struktur Bangunan.


Tambah Divakar lagi, gerainya beroperasi setiap hari bermula pukul 2 hingga 7 malam di bulan Ramadan, manakala hari biasa sehingga 11 malam di Jalan Gombak (berhadapan Pasar Gombak).

Harga untuk seekor ayam dijual pada harga RM28, manakala bagi separuh pula hanya RM15.

Tags / Kata Kunci: Ayam Pasu Klasik , ringkas , sedap
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan