Bubur Lambuk Ibunda semarak Ramadan Berjaya Waterfront JB - Rencana | mStar

Bubur Lambuk Ibunda semarak Ramadan Berjaya Waterfront JB

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2018 2:30 PM

Chef Ahmad Johari, Ricky Ho dan Akmal mengacau bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pengagihan kira-kira 1,000 bungkus bubur lambuk menyemarakkan Ramadan dan menceriakan jemaah Surau An-Nur, pemandu teksi serta masyarakat setempat.

Ia hasil usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru sempena bulan mulia ini.

Pengurus Besar Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, Ricky Ho berkata program CSR yang dianjurkan kakitangan hotel itu selari konsep Ramadan hotel berkenaan.

“Tahun ini, kami mengetengahkan Warisan Sajian Ibunda sebagai tema utama, dengan harapan untuk berkongsi kasih-sayang dan menjalinkan hubungan lebih rapat dengan orang ramai setempat dan kakitangan berbilang bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program pengagihan Bubur Lambuk Ibunda di Surau An-Nur, Stulang Laut Johor Bahru baru-baru ini.

Turut hadir sama, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, Penghulu Surau An-Nur, Md Yunus Omar, dan chef bertugas di hotel itu, Ahmad Johari Ishak.

Jelas Ricky Ho, sebanyak dua kawah bubur lambuk disediakan pihak kulinari hotel, dengan kerjasama kira-kira 50 kakitangan hotel untuk kerja membungkus serta mengagihkan juadah itu.

"Bubur lambuk dimasak seawal jam 10 pagi dan siap pada pukul 3 petang sebelum dibungkus dan diserahkan kepada orang ramai bermula pukul 4 petang,” ujarnya.

Tambah beliau, program komuniti yang merupakan acara tahunan Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru sejak 2015.


Tags / Kata Kunci: Berjaya Waterfront , bubur lambuk
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan