Pesakit Ambil Masa Tujuh Tahun Cari Dr K

Diterbitkan: Rabu, 1 November 2017 9:17 AM

Pusat Perubatan Rampai Puteri mengadakan kempen kesedaran kepada ibu bapa supaya menggunakan kerusi khas untuk bayi dalam kereta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengalaman beliau dalam bidang obstetrik dan ginekologi (O&G) atau perbidanan dan sakit puan bukanlah setahun jagung tetapi lebih 30 tahun.

Selepas tiga dekad dan tiga hospital, anak kelahiran Pekan, Pahang ini kini menabur bakti di Pusat Perubatan Rampai Puteri di Kuala Lumpur sejak tahun lalu. 

Sebagai salah seorang daripada lima doktor O&G di pusat perubatan itu, Dr Kamaria Idris yang berusia 50an amat menitikberatkan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Dr Kamaria Idris.

Katanya, pesakit hari ini semakin bijak kerana kemudahan teknologi maklumat menyebabkan doktor perlu sentiasa bersedia dengan sebarang pertanyaan dan perkembangan terkini.

"Memang mencabar, pesakit semakin 'demand' kerana mereka mahu perkhidmatan yang terbaik, berbaloi dengan apa yang dibayar.

"Pendekatan saya bukan sekadar perkhidmatan tetapi menjaga hubungan saya bersama pesakit dengan baik, malah kebanyakannya sudah dianggap kawan," katanya kepada mStar Online dalam satu temuramah, baru-baru ini.

Dari awal perbualan dengan doktor yang juga ibu kepada dua anak ini, beliau tidak lekang dengan senyuman maka tidak hairanlah keramahannya disenangi pesakit.

Malahan, lebih 10 pesakit yang bersalin di bawah kelolaannya merupakan anak kepada pesakitnya sebelum ini.

Dr Kamaria menjaga hubungan baiknya dengan pesakit, malah kebanyakannya sudah dianggap kawan.

"Walaupun saya sudah bertugas di hospital lain, tetapi masih ada bekas pesakit yang sanggup dan sudi mencari saya.

"Pernah satu ketika, terjumpa bekas pesakit saya sambil berpelukan, dia meluahkan kegembiraannya selepas bertemu dengan saya sambil berkata 'puas saya mencari doktor'," katanya.

Anak ke-14 daripada 16 adik beradik ini turut berkongsi kesedihan apabila seorang pesakitnya datang kembali untuk kelahiran anaknya sekali lagi selepas tujuh tahun.

"Saya sedih sepanjang tempoh pencarian itu, wanita tersebut mengalami keguguran sebanyak tiga kali selepas anak yang pertama.

"Keadaan seperti ini benar-benar menyentuh jiwa saya. Rasa terharu sangat sehingga menitis air mata," katanya sambil menambah bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Selepas tiga dekad dan tiga hospital, Dr Kamaria kini berkhidmat Pusat Perubatan Rampai Puteri di Kuala Lumpur.

Tetapi selepas membesar dengan program-program televisyen yang memaparkan kisah perubatan telah menanam minat beliau untuk menjadi seorang doktor.

"Arwah bapa semasa hayatnya sering sakit memberi inspirasi untuk menjadi doktor yang memberi khidmat terbaik bukan sahaja kepada pesakit, tetapi juga keluarga mereka," katanya dengan nada sebak.

Sehubungan itu katanya, penekanan dititikberatkan terhadap pesakit supaya mengutamakan keselamatan anak mereka sepanjang masa.

"Pusat Perubatan Rampai Puteri mengadakan kempen 'Buckle up, Baby!' bermula 1 November ini bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai keselamatan bayi di dalam kereta," tambah Dr Kamaria.

Kempen tersebut menawarkan kerusi khas untuk bayi dalam kereta secara percuma kepada setiap bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Rampai Puteri sepanjang November.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan