Analisis: Kedah-Kelantan, Bosan Atau Menghiburkan

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 9:53 AM

(Ubah saiz teks)

EPISOD pertembungan di antara Kedah dan Kelantan pada Sabtu malam tidak seperti perlawanan sebelum ini kerana pada kebiasaannya pertembungan di antara kedua-dua pasukan pastinya menjanjikan sebuah perlawanan yang sengit dan menghiburkan. 

Perlawanan kali ini berlangsung sedikit hambar walaupun Kelantan seharusnya memanipulasi kekurangan tujuh tonggak utama pasukan Kedah bagi merebut slot ke pusingan seterusnya saingan Piala Malaysia, tetapi skuad bimbingan Zahasmi Ismail tidak mampu menyaingi barisan muda pasukan Kedah.

Separuh Masa Pertama Yang Hambar

Kedua-dua pasukan bermula dalam pace permainan yang sederhana dalam corak penguasaan bola yang baik ditunjukkan pemain-pemain.

Apa yang menariknya dalam perlawanan ini adalah, kedua-dua pasukan bermain dengan sistem hantaran pendek yang sangat baik membuatkan ia sangat menghiburkan pada 15 minit pertama permainan.

Berbeza dengan pasukan Kedah yang bermain dengan sistem hantaran pendek menggunakan Box-To-Box Midfielder sebagai ", Kelantan juga menggunakan sistem yang sama tetapi peranan Margaro Lima Gomis lebih cenderung kepada DMF yang mempunyai " yang agak aggresive (persis Kiko Insa di Pahang).

Gomis digunakan sebagai playmaker buat pasukan Kelantan dan general di bahagian tengah dalam formasi 4-4-2 untuk menjadi pencangkuk (hook) kepada 2 penyerang utama mereka .

Ianya tampak efektif diamalkan tetapi kegagalan Kelantan membentuk rantaian 3 pemain (triangle) ketika bergerak menyukarkan pemain mereka bergerak dalam satu unit dan mengakibatkan kebanyakan peluang yang dicetuskan oleh Gomis berakhir dengan sia-sia apabila mudah dirampas oleh "pivot" Kedah sebelum bola mampu mencecah lebih dalam di defensive third pasukan tuan rumah.

Dua pemain sayap mereka iaitu Mohd Nor Farhan dan Qayyum agak struggle di bahagian tepi padang apabila tidak mendapat support yang cukup ketika bola berada pada mereka dan mengakibatkan ianya mudah dirampas oleh pertahanan pasukan Kedah.

Kedah Bertahan Dengan Baik

Dalam perlawanan itu juga lebih menarik untuk memperkatakan tentang bagaimana Kedah bertahan. 

Skuad hijau kuning dengan garisan bertahan tinggi bagi memerangkap dua penyerang serta dua lagi pemain sayap pasukan Kelantan dalam situasi offside dan ternyata ianya dilakukan dengan sempurna apabila pemain Kelantan kerap diperangkap dalam situasi ini.

Tetapi yang lebih menarik adalah Kedah secara asasnya lebih banyak bertahan di middle third menggunakan pivot berkembar dalam formasi 4-2-3-1.

Dalam disiplin menyerang, Kedah membentuk 5 pemain di bahagian serangan untuk memberikan sokongan di depth yang kukuh dan meninggalkan dua pemain di tengah dan tiga lagi di bahagian pertahanan. 

Strategi ini secara dasarnya memerlukan pemain melakukan quick transision untuk membentuk semula chain of four di bahagian tengah apabila berada dalam situasi menerima serangan balas pasukan lawan dan pemain-pemain Kedah berjaya mengawal situasi ini dengan baik dan kebanyakan serangan balas pasukan Kelantan mudah dimatikan di kawasan middle third.

Liridon Krasniqi dan Amirul Hisyam merupakan pivot berkembar pasukan Kedah dan mereka berjaya membantu pertahanan berempat bagi mengawal zone 14 pasukan lawan yang merupakan pusat kreativiti dalam serangan.

Pivot berkembar ini berjaya mematikan ancaman daripada Gomis serta Rozaimi dan membuatkan rantaian daripada centre area kepada striker telah terputus. Ianya dapat dilihat bilamana Indra Putra Mahayuddin hilang dari radar dalam perlawanan itu.

Kedua-dua Pasukan Tidak Beraksi Dalam Kualiti Sebenar

Pada hakikatnya kedua-dua pasukan tidak menunjukkan kualiti sebenar pasukan masing-masing dan mengakibatkan perlawanan ini sedikit hambar.

Kelantan lemah di setiap posisi dan membuatkan terlalu banyak weakness area yang dapat dikesan oleh pasukan Kedah. 

Kelantan juga menggariskan garisan bertahan tinggi untuk memerangkap pemain Kedah dalam situasi offside tetapi Krasniqi, Sandro Mendonca dan Ilso Larsen mudah memanipulasi perangkap offside pasukan mereka.

Larsen merupakan seorang pemain yang bijak mencari ruang di belakang pertahanan terakhir pasukan Kelantan.

Beliau gemar berada di bahagian blind spot Mamadou M Danso bagi membolehkan Krasniqi melorongkan bola untuk menembusi perangkap offside pasukan Kelantan.

Ianya sangat efektif kerana Krasniqi menembusi perangkap offside pasukan Kelantan menggunakan groundball berbeza dengan Kelantan yang lebih gemar melambungkan bola melepasi pemain pertahanan pasukan Kedah bagi melepasi perangkap offside. 

Secara lazimnya, jika bola dilambungkan ianya mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk terperangkap dalam situasi offside berbanding menggunakan hantaran leret atau troughpass.

Inilah yang membezakan di antara kedua-dua pasukan ini dalam "mode" menyerang. 

Dalam perlawanan itu juga pemain-pemain Kelantan kelihatan sangat lemah dari sudut first touch yang membuatkan pasukan mereka kurang fluidity dalam permainan.

Bakat-bakat muda Kedah juga masih lemah dari sudut first touch dan sedikit mengganggu fluidity pasukan tetapi Kedah mempunyai sedikit kelebihan kerana mempunyai pemain seperti Liridon Krasniqi yang berperanan sebagai Box-To-Box Midfielder bagi menjadi "hook" kepada setiap sistem yang beroperasi di atas padang untuk memastikan mereka berupaya mengekalkan shape pasukan mereka sepanjang 90 minit perlawanan.

Kesimpulan

Perlawanan ini secara logiknya hanya memberikan kepuasan kepada penonton pada babak kedua sahaja kerana dalam separuh masa pertama kedua-dua pasukan tidak mempunyai fluidity dalam permainan masing-masing dan ia mungkin berpunca daripada faktor padang yang licin akibat hujan sebelum sepak mula berlangsung.

Bagaimanapun tahniah buat Kelantan kerana berjaya menidakkan Kedah untuk berpesta jaringan kerana skuad hajau kuning Kedah cukup bernafsu menceroboh Zone 14 pasukan mereka dan  mencipta begitu banyak peluang untuk menghasilkan jaringan dalam saingan separuh masa yang kedua.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Kelantan , ATA , Analisis

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan