Pak Ya Pejuang Kemerdekaan Dengan Cara Tersendiri

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

TUGASNYA sebagai pemandu semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) puluhan tahun lepas menyebabkannya tidak banyak terlibat dalam operasi di hutan.

Namun, jasa pesara tentera, Yahaya Arshad, 79, kepada negara sangat besar kerana tanpa kudrat dan kemahirannya, mustahil anggota tentera lain dapat bergerak dari satu lokasi hitam ke lokasi lain.

Mengakui dirinya bernasib baik kerana tidak pernah diserbu musuh ketika bertugas, Yahaya tetap pilu apabila mengenangkan puluhan rakannya yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara.

Baginya yang terkenal di Sauk kerana semangat kemerdekaannya, Yahaya berkata, jerih perih pejuang terdahulu yang terdiri daripada rakannya membuatkan dia sangat menghargai erti kemerdekaan.

“Mula-mula saya bekerja dengan Tentera British dari 12 April 1956 hingga 13 April 1963. Masa itu, saya bertugas sebagai pemandu juga. Pada waktu itu tidak banyak sangat pertempuran berlaku.

“Kemudian saya sertai tentera pada 1 Mei 1964, sebagai pemandu juga. Menjadi sebahagian daripada anggota tentera, banyak cerita suka dan duka kami tempuhi.

“Saya tidak masuk ke hutan kerana saya pemandu namun cerita dalam hutan banyak saya tahu, kawan-kawan bercerita cuma bezanya mereka nampak depan mata dan saya tidak,” katanya kepada Sinar Harian.

Masih terbayang-bayang suasana di Kuala Kangsar

Tambah Yahaya, antara pengalaman tidak boleh dilupakan adalah melihat mayat dua orang komunis yang ditumpaskan tentera Malaysia semasa bertugas di Cameron Highland.

“Saya masih ingat kejadian itu. Saya diarahkan untuk mengambil anggota di Ringlet, Cameron Highland. Bila sampai di sana saya nampak anggota seakan keletihan dan keadaan seakan tidak terurus.

“Di sebalik anggota, saya ternampak dua mayat komunis berseragam lengkap dan dipenuhi darah. Bila saya tanya, mereka kata dua komunis itu ditembak mati ketika tentera melakukan rondaan.

“Tiada apa boleh dibuat. Tugas saya kemudiannya membawa anggota keluar dari situ menuju ke markas. Hanya beberapa minit saya lihat insiden itu, namun sehingga sekarang saya masih tidak dapat melupakannya,” katanya.

Selain insiden tersebut, lelaki yang mesra disapa Pak Ya ini juga masih terbayang-bayang suasana di Kuala Kangsar, tempatnya bertugas selepas Tragedi 13 Mei 1969.

“Pada 14 Mei 1969, saya bertugas seperti biasa dan meronda di Kuala Kangsar. Suasananya sungguh berbeza. Pekan Kuala Kangsar sangat sunyi, senyap, tidak seperti biasa namun semua terkawal.

“Sehari selepas tragedi, dah rasa lain bila bertembung dengan bangsa lain, tak harmoni macam sebelumnya. Selepas seminggu, keadaan semakin pulih, barulah lega sikit.

“Itu sebabnya kami masa muda-muda dulu memang tiada amalkan sifat perkauman. Sebab apa? Sebab kita tahu betapa seksanya apabila kaum-kaum dalam negara kita bergaduh,” tegasnya.

Hias rumah dengan ratusan Jalur Gemilang

Tatkala usianya akan mencecah 80 tahun pada September tahun depan, Yahaya kini menghabiskan usia tuanya dengan keluarga dan rakan-rakan.

Namun, apabila tibanya bulan kemerdekaan, dia akan meluangkan masa menghias rumahnya dengan ratusan Jalur Gemilang bagi menzahirkan kecintaan kepada negara.

Setiap kali bulan kemerdekaan, rumah Yahaya akan dihiasi ratusan Jalur Gemilang.

Tambahnya, dia memperuntukkan RM500 pada tahun ini dan koleksi benderanya semakin banyak selepas mula menghias rumahnya sedemikian rupa bermula tiga tahun lepas.

“Saya buat ini (hias rumah dengan Jalur Gemilang) sebab minat, isteri saya pun sama-sama berminat dan bantu saya.

“Ramai datang tengok, ambil gambar. Bila ada kesempatan, saya bercerita dengan mereka sejarah negara kita. Biar semua orang sayangkan Malaysia, tunjuk cinta mereka pada Malaysia,” katanya.




Tags / Kata Kunci: Yahaya , Sauk , Tentera British

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan