Taktikal Melaka Makan Diri?

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

DALAM pertembungan yang dijangka menjanjikan persaingan sengit di antara dua pasukan ini, ternyata Kedah bukan tandingan pasukan Melaka.

HIGH PRESSING MELAKA UNITED MEMAKAN DIRI

Pengendali pasukan Melaka Utd iaitu Eduardo Filipe Arroja Almeida sebenarnya telah merangka taktikal ampuh untuk memusnahkan taktikal percaturan Nidzam Adzha Yusof yang juga punyai kualiti yang tersendiri.

SEPAK MULA SEPARUH MASA PERTAMA MILIK ARROJA

Seawal sepak mula separuh masa yang pertama, Arroja memastikan Melaka bermain dalam intensiti yang tinggi untuk memecahkan defensive block pasukan Kedah.

Kedah kelihatan hanya menyerap tekanan pasukan lawan dan cuba melakukan serangan balas pantas tetapi Melaka begitu compact ketika bertahan dan mereka menutup keseluruhan ruang di Zone 14.


Kedua-dua pasukan bermain dalam pace permainan yang tinggi dan  gol yang terhasil dari kedua-dua pasukan juga dihasilkan dalam pace permainan yang tinggi. Ketika perlawanan terikat 1-1, Melaka menampakkan mereka bermain secara 'Cattenacio'.

Melaka memainkan taktikal ini dengan baik tetapi barisan pemain mereka masih lemah dalam aspek first touch.

Azinee Taib sememangnya lemah di sayap kiri kerana banyak peluang yang direncanakan dari bahagian tengah mencari Azinee dan kebanyakannya gagal menemui sasaran khususnya apabila Azinee gagal untuk menjadi rantaian kepada Simic.

Jika ability Azinee setanding Syazwan Zainon, nyata Kedah berdepan dengan ancaman daripada Marco  Simic.

NIDZAM DENGAN FLEXSIBLE POSITIONING

Inilah yang paling menarik untuk diperkatakan dalam perlawanan ini. Jika dilihat dari barisan pemain yang diturunkan mengikut posisi, Kedah dalam seperti biasa iaitu 4-2-3-1.

Apabila pemain mula beroperasi di atas padang, Kedah kelihatan umpama bermain dalam formasi yang berbeza-beza dalam setiap masa.

Menariknya dalam separuh masa yang kedua, Kedah beroperasi tanpa penyerang.

Ianya lebih kepada sistem False 10 (Inside Forward) tetapi barisan pemain saling bertukar- tukar posisi dan tugasan Inside Forward tidak hanya statik dimainkan oleh Baddrol Bakhtiar dan Fakri Saarani sahaja sebalinya slot itu kadangkala diisi oleh Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi.

Sandro dan Liridon juga saling bertukar-tukar peranan di antara Role No 10 dan Juga Role No 8. Fitri Omar sememangnya merupakan LB tetapi dalam perlawanan ini dia lebih cenderung kepada LW dan Krasniqi akan turun mengisi box yang ditinggalkan oleh Fitri dan Akram Mahinan yang berperanan sebagai Pivot dalam transisi bertahan.

Flexsible positioning inilah yang memusnahkan strategi awal perancangan Arroja.

MENGAPA MELAKA UTD GAGAL DALAM PENGHASILAN GOL DAN KEDAH BERPESTA

Melaka mempunyai banyak peluang untuk menghasilkan jaringan tetapi ianya banyak dinafikan oleh Farhan Abu Bakar. Jika dilihat dari sudut taktikal, Melaka mempunyai keupayaan dalam melakukan 'penetration' tetapi mereka tiada keupayaan dalam sokongan 'depth'.

Inilah yang membezakan di antara kedua-dua pasukan ini kerana Kedah mempunyai kedua-dua elemen penting ini dalam prinsip menyerang.

Ianya bukanlah kesilapan percaturan Arroja tetapi beliau masih dalam misi membawa pasukan Melaka ke tahap yang lebih tinggi dan beliau juga tidak mempunyai pemain yang berkualiti setanding barisan pemain pasukan Kedah.


KESIMPULAN

Melaka Utd adalah sebuah pasukan yang sememangnya mempunyai kualiti tetapi bukan masanya lagi untuk mereka menyaingi pasukan Kedah tetapi dalam pertembungan yang akan datang, Kelantan pasti tersungkur di laman sendiri.

Tags / Kata Kunci: Analisis , Kedah , Bolasepak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan