Sebab Kelantan Dibelasah 5-0

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

Kelantan Gagal Tadbir Bahagian Tengah!

KELANTAN turun di Stadium Darul Aman dengan taktikal sama ketika melayan kunjungan Kedah di Kota Bahru sebelum ini yang menyaksikan mereka membenam Kedah 3-1.

Strategi sama digunapakai Zahasmi Ismail dalam perlawanan ini dengan meletakkan Abou Bakr Al Merl sebagai titik fokal manakala Margaro Gomis bertindak selaku playmaker membuka ruang-ruang di bahagian tengah bagi membebaskan Alesandro Padovani Celin bertindak selaku Goal Poacher.

Artikel ini ditulis bukan untuk menyentuh bagaimana Kelantan menyerang tetapi lebih menjurus kepada mengapa pasukan itu dibolosi sehingga 5 gol.


Dalam gambarajah di atas, dapat dilihat pemain-pemain Kelantan membiarkan pemain-pemain Kedah bergerak bebas di middle third.

Kelantan bermain dalam rigid formasi dan mereka juga bertahan secara rigid manakala Kedah bermain secara fleksible positioning dan pemain-pemain mereka saling bertukar-tukar posisi dalam melakukan serangan.

Apabila ruang yang terlalu luas diberikan kepada mereka di bahagian tengah, ianya bukanlah satu tindakan yang bijak. Kita imbas semula perlawanan di Kota Bahru tempoh hari, Gomis serta Mamadou Danso bebas merencanakan serangan dan mendominasi bahagian tengah kerana dalam perlawanan itu Kedah menggunakan Syazwan Tajuddin sebagai Lone Pivot berbeza dengan perlawanan kali ini.

Ini kerana, Nidzam Adha juga dilihat meletakkan Amirul Hisyam juga sebagai Lone Pivot , tetapi sememangnya Role Nombor (No) 6 itu adalah posisi yang tepat buat Amirul.

Dengan adanya Amirul, Baddrol Bakhtiar serta Rizal Ghazali di situ, Indra Putra, Qayyum serta Celin gagal untuk membentuk triangle 3 pemain dan gagal untuk bergerak dalam satu unit.

Ketika di Kota Bahru, kelihatan Indra gagal untuk memberi sokongan yang cukup kepada Qayyum dan Celin untuk membentuk shape pasukan dalam transisi menyerang. Lihat gambarajah di bawah menunjukkan support range yang terlalu jauh di antara pemain.


BAGAIMANA KELANTAN FA DIBOLOSI


Lihat gambarajah di atas, ini adalah salah satu bagaimana Kelantan dibolosi. Bermula dengan High pressing yang tinggi, kecergasan pemain pelawat menurun pada lewat perlawanan.

Kelantan cuba untuk melakukan serangan balas pantas tetapi DM serta Pivot mereka lambat untuk melakukan track back (turun semula mempertahankan kawasan gol) dan membolehkan pemain-pemain Kedah memecah masuk defensive block Kelantan.

Walaupun bertahan secara compact, Kedah adalah sebuah pasukan yang bermain dengan short passing system dan bermain dalam fluidity yang tinggi.

Dalam perlawanan ini, Kelantan hanya mengharapkan Mamadou Danso sebagai Lastman Standing dan ternyata dia seorang tidak mampu untuk mengekang asakan skuad hijau kuning.

Kegagalan di sistem pertahanan banyak tertumpu kepada Muhammad Fadhilah yang kerap kali melakukan "simple mistake" (bermula dari perlawanan di Kota Bahru tempohari lagi) dan ini membuatkan Backfour pasukan mereka mudah terdedah kepada ancaman.

Analisis Tangga Ayam Disediakan oleh Bvrd Ortega

Tags / Kata Kunci: Kedah , Kelantan , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan