suria

Kenali Bandar Diraja Selangor

Bandar tersebut terbahagi kepada Klang Utara dan Klang Selatan yang dipisahkan oleh Sungai Klang. Foto IZZRAFIQ ALIAS

TIADA tempat yang sama seperti Klang, demikian kata-kata yang akan diungkapkan penduduk bandar diraja yang kaya dengan sejarah itu. Ia dahulunya adalah pusat tadbir sebelum Kuala Lumpur dan Shah Alam dikenali.

Bandar tersebut terbahagi kepada Klang Utara dan Klang Selatan yang dipisahkan oleh Sungai Klang.

Kebanyakan tempat yang menarik dan pusat perniagaan berada di Klang Selatan kerana perkembangan tempat baru seperti Bukit Tinggi dan Taman Botani.

Pusat perniagaan yang sebenar adalah di Klang Utara yang lebih dikenali sebagai bandar Klang yang lama.

Orang Besar Klang Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir berkata, bandar Klang suatu ketika dahulu bermula dari Bulatan Seratus ke Sekolah Menengah Tinggi Klang di utara hingga ke Simpang Lima di Klang Selatan.

Little India.

“Kawasan di luar perimeter itu dianggap sebagai pinggiran bandar.

“Dahulu, di Klang Selatan ada tanah perkuburan dan pusat tanaman selepas melalui Simpang Lima, tetapi dua dekad yang lalu ia berkembang dan sempadan itu lenyap dengan pembinaan kawasan perumahan baru dan pusat-pusat kejiranan.

“Pinggiran bandar Klang seperti Meru, Kapar dan Bukit Raja di Klang Utara kini sedang berkembang dan kawasan perumahan di Klang Selatan seperti Taman Andalas dan Bukit Tinggi sudah bertapak agak lama,” kata Abdul Ghani.

Katanya, Bukit Tinggi adalah mirip sebuah bandar dari pusat kejiranan kerana ukuran dan aktiviti perniagaan yang maju. 

Bagaimanapun, tarikan Klang dapat dilihat berdasarkan bangunan-bangunan bersejarah yang masih wujud di kawasan asal sekitar bandar Klang.

“Kawasan itu tidak banyak perubahan dan bangunan bersejarah Klang yang kekal hingga ke hari ini menyerlahkan tarikan bandar tersebut,” tambahnya.

Taman Pengkalan Batu.

Fakta:

Kawasan bersejarah dan tarikan pelancong di sekitar bandar Klang termasuk:

– Jambatan Connaught yang merupakan salah satu jambatan paling lama di Lembah Klang. Ia dibina pada 1948 oleh British dan terletak berdekatan Kampung Jawa. Jambatan kayu tersebut telah digantikan dengan jambatan konkrit pada  1995.

– Jambatan Kota, merupakan jambatan dua tingkat pertama di Malaysia yang menghubungkan Klang Utara dan Selatan. Bahagian bawah jambatan dahulunya adalah untuk pejalan kaki sementara aras pertama diperuntukkan kepada penunggang motor. Jambatan tersebut berdekatan dengan jalan raya, sementara lorong pejalan kaki dan jambatan moden telah dibina sebelah Jambatan Kota.

– Masjid Sultan Sulaiman yang telah dibuka sejak 1934 adalah masjid diraja di mana empat Sultan dan tiga permaisuri disemadikan di situ. Beberapa kerabat diraja Selangor juga telah ditanam di masjid yang sama. Dari aspek seni bina, Masjid Sultan Sulaiman adalah unik dan berlainan dari masjid lain.

– Masjid India Muslim Tengku Kelana adalah sebagai peringatan kepada seni bina Muslim di India Selatan. Struktur asli itu telah dibina pada 2010 tetapi masjid itu telah dibina semula dua kali sejak itu. Khutbahnya disampaikan dalam bahasa Tamil.

Masjid India Muslim Tengku Kelana.

– Tokong Kuan Im Teng didedikasikan untuk Dewi Rahmat dan dibina berdekatan Simpang Lima. Ia berusia 100 tahun dan telah dilakukan perubahan sepanjang tahun itu. Tokong itu dikunjungi oleh suku kaum Hokkien yang mengadakan pelbagai acara dalam komuniti sepanjang tahun.

– Tokong Kai Hong Hoo di Jalan Raya Barat adalah satu-satunya tokong di Malaysia yang mempunyai altar untuk Hakim Bao yang merupakan hakim yang dihormati ketika pemerintahan Dinasti Soong.

– Tokong Sri Sundararaja Perumal yang terletak di Persiaran Raja Muda Musa, juga dikenali sebagai Thirupathi Asia Tenggara dan merupakan tokong Vaishnavite paling lama, besar dan utama di seluruh Malaysia. 

– Gereja Our Lady of Lourdes, yang terletak di Jalan Tengku Kelana, adalah salah satu gereja katolik paling terkenal di Malaysia. Gereja tersebut, yang telah dibina pada 2008, adalah berdasarkan seni bina Gotik. Ia mempunyai panel kaca yang diambil dari Pusat Rawatan Subang Jaya, yang menyerupai Mother Mary.

Tarikan lain di gereja tersebut juga termasuk khutbah Tamil yang dijalankan oleh etnik Cina Padri Parisy Rev Fr Michael Chua apabila padri Tamil tidak boleh hadir pada hari Ahad petang.

Melihat pada bangunan bersejarah, tarikan menarik dan perkembangan yang maju, Klang adalah syurga bagi pelancong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain