Pulau Perak Syurga Kaki Pancing Pada Musim Monson Timur Laut

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 5:35 PM

Pemilik KKN Sea Hunt, Pak Ku (tengah) bersama dua pemancing menunjukkan hasil tangkapan mereka dari Pulau Perak, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PULAU PERAK - pulau yang unik yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia-Thailand adalah syurga kaki pancing.

Sejak Monsun Timur Laut mula bertiup Oktober lalu, perairan pulau ini menjadi tempat perlindungan pelbagai spesies ikan terutamanya spesies GT (Giant Trevally) atau dalam Bahasa Melayunya dikenali dengan nama Ikan Jemuduk. Ikan ini juga turut dikenali dengan pelbagai nama lain antaranya Ikan Turrum atau Ikan Ulua.

Ikan Jemuduk mudah dikenali kerana saiz kepalanya yang cembung besar. Warna ikan ini biasanya kelabu kebiru-biruan dengan warna coklat di belakang manakala bahagian perutnya pula berwarna keperak-perakan.

KKN Sea Hunt merupakan salah satu bot yang membawa para pemancing ke Pulau Perak.

Berat ikan ini sekitar 30-60kg. GT gemar bermain di tubir berbatu, batu karang dan dasar bercerun curam. Biasanya ditemui di sekitar pulau-pulau berbatu-batan terpencil sepertimana perairan Pulau Perak.

Jadi, bagi mereka yang mengambil peluang musim monson ini untuk turun ke perairan sepertimana Pulau Perak, mereka tidak akan menyesal kerana tidak akan pulang dengan tangan kosong. Pendek kata, hasilnya lumayan.

Terdapat beberapa operator trip memancing ke Pulau Perak yang beroperasi dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Trip yang popular ialah untuk pakej tiga hari dua malam.

Ikan spesis Giant Trevally (GT) atau ikan Jemuduk mudah dikenali kerana saiz kepalanya yang cembung besar.

Salah satu operator yang popular untuk trip memancing ke Pulau Perak ini ialah KKN Sea Hunt yang beroperasi dari Pulau Pinang.

Sebenarnya trip ke pulau ini bukanlah murah. Oleh yang demikian, kebanyakan pemancing akan berkongsi sumber untuk trip yang sebegini. Bot yang ditempah boleh mencecah antara RM7,000 hingga RM8,500 bergantung kepada saiz.

Biasanya, jumlah maksimum penumpang yang boleh dibawa dalam satu-satu bot ialah sekitar 10 orang pemancing.

Perjalanannya juga agak jauh iaitu 10 jam perjalanan dari Pulau Pinang manakala dari Kuala Perlis pula sekitar lapan jam kerana jaraknya yang lebih pendek.

GT menjadi daya tarikan utama kerana jenis spesies ini berada dalam kategori ikan yang kuat melawan ketika terkena umpan.

Oleh kerana Pulau Perak menjadi titik pertemuan di antara arus Selat Melaka dan Laut Andaman, ia juga menjadi titik pertemuan pelbagai spesies laut terutamanya ikan-ikan spesies besar seperti Ikan Aji-Aji Jalur Kuning (Amberjack), Tuna, GT. Makerel dan Jenahak Emas.

Ikan-ikan besar ini memasuki 'pintu' perairan Selat Melaka dari Laut Andaman yang dalam untuk memburu spesies ikan yang lebih kecil dan Pulau Perak menjadi tempat perlindungan semulajadi yang unik.

Kepada geng pemancing tegar, GT, Tuna dan juga Makerel Sepanyol menjadi daya tarikan utama kerana jenis spesies ini berada dalam kategori ikan yang kuat melawan ketika terkena umpan.

Untuk memancing di perairan Pulau Perak, kaki pancing memerlukan tali tangsi yang kuat dan panjang kerana arus yang deras serta kedalaman lautnya mencecah 50m hingga 100m.

Umpan Selar, Kembong dan Sardin adalah antara umpan yang sesuai digunakan dalam kaedah hanyut atau lepas dalam.

Untuk memancing di perairan Pulau Perak, kaki pancing memerlukan tali tangsi yang kuat dan panjang kerana arus yang deras serta kedalaman lautnya mencecah 50m hingga 100m.

Oleh hal yang demikian, penulis mengesyorkan rod graphite tujuh kaki dengan rating PE 6-10 untuk mereka yang ingin memancing menggunakan kaedah casting atau jigging manakala tali tangsi 50lb hingga 70lb menggunakan reel siri 4,500 adalah pasangan yang sesuai.

Pulau Perak yang dikawal oleh Unit Khas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah syurga memancing yang sesuai untuk kaki pancing dan bagi mereka yang belum pernah mencubanya, ini adalah masanya kerana angin monson akan tamat tidak lama lagi (hujung Mac).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan