Fikir Dahulu Sebelum Menerkam

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

MASALAH utama dengan ramai ahli politik adalah mereka tidak mempunyai keberanian untuk meminta maaf apabila mereka melakukan kesilapan.

Maaf adalah perkataan yang paling sukar bagi mereka untuk disebut dan mengakui kesilapan mungkin langsung mustahil.

Ini merumuskan sifat Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming. Jika niatnya adalah untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang Kristian yang alim, maka beliau harus tahu, seperti setiap pengikut setia, bahawa beliau tidak patut menggunakan nama Tuhan dengan sia-sia.

Tidak kira apa alasan beliau boleh katakan sekarang, setiap rakyat Malaysia yang berfikiran rasional tahu bahawa apa yang telah dilakukan adalah sangat tidak masuk akal atau dalam kata mudahnya, amat bodoh.

Beliau kini boleh menyalahkan orang lain, seperti sibertroper tetapi nadanya amat berbeza apabila kontroversi bermula. Beliau sebenarnya mempertahankan posting kontroversi pada malam Hari Raya, dengan mengatakan kegemparan itu "semuanya salah faham" dan bertanya kepada pengkritik beliau, "Apa yang salah dalam percaya kepada Tuhan?"

Beliau dilaporkan mendakwa poster yang dipaparkan dalam posting beliau bertujuan untuk menggalakkan prinsip Rukun Negara pertama iaitu, "Kepercayaan kepada Tuhan".

Posting beliau pada 5 Julai memapaparkan imej besar poster evangelis Kristian dengan slogan "In God We Trust", berlatarbelakangkan bendera Amerika, rumah api, imej tangan berdoa dan tajuk yang besar dengan berkata: "Lord, Guide Our Nation Back To You" di bawahnya.

Reka bentuk mesej visual "In God We Trust" telah diambil dari laman rasmi evangelis Kristian James Dobson.

Ia hanya dipadamkan selepas menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna Internet, dengan mereka menyebutnya sebagai "tidak sensitif" dan "bodoh".

Nga seterusnya berkata bahawa beliau kecewa dengan pengkritiknya kerana mengkritik tanpa menonton video yang disertakan di dalam posting tersebut, yang didakwanya bertujuan untuk memupuk perpaduan negara dan keharmonian agama.

Kemudian - permainan menyalahkan orang lain pun bermula. Pertama, beliau berkata, beliau bukan 'admin' laman peminat Facebook yang tiba-tiba dinyahaktifkan.

Beliau berkata, laman itu ditubuhkan dan diuruskan oleh penyokongnya, tetapi tidak menamakan mereka.

"Saya bukan admin, penyokong saya sedang menguruskannya. Pada asasnya, mereka membinanya sendiri tanpa bertanyakan saya, untuk menyokong pembaharuan politik.

"Sebelum ini, saya dapati ada 450,000 peminat. Itu sambutan yang agak baik, jadi saya biarkan mereka terus kendalikan tanpa mengambil tindakan," kata Pengerusi DAP Perak itu kepada Malaysiakini.

Dan kemudian pada 10 Julai, beliau mengeluarkan satu kenyataan untuk mengatakan, "Pada masa yang material ini diterbitkan saya tidak pernah memuatnaik dan/atau mengeluarkan kartun tersebut, sebaliknya saya adalah seorang mangsa sibertroper yang terlibat oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu dalam kempen memburuk-burukkan DAP".

Orang ini adalah luar biasa. Beliau malah tidak dapat konsisten dalam membela dirinya. Sangat teruk. Seterusnya, Nga berkongsi kartun mempersendakan adat memberi "duit raya" dengan "dedak" (makanan haiwan).

Pada tahun 2004, Nga juga menjerat dirinya apabila berulang kali menggunakan imej atau bahasa memprofail perkauman sama ada kumpulan etnik atau individu.

Beliau telah dilaporkan menerbitkan imej di Facebook seorang individu yang berkulit gelap tersenyum lebar, mendedahkan gigi dan perkataan "Ka ka ka...Minyak Hitam tarak Naik".

Posting itu menarik banyak respon marah dari pengguna internet yang membidas Nga kerana bersikap perkauman. Beliau kemudiannya memadam posting kontroversi itu, memetik bahawa ia telah disalah anggap.

Imej ini kelihatan seperti satu sindiran karikatur berkaitan kenaikan harga bahan api baru-baru ini dan dalam satu insiden pada tahun 2011, Nga telah dilaporkan menyifatkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai "metallic black bas***d".

Terdapat satu kata-kata Confucius - "Jangan lakukan kepada orang lain apa yang anda tidak mahu orang lain lakukan terhadap kamu."

Ini telah dikenali sebagai 'Golden Rule' dan muncul dalam versi yang berbeza, termasuk dalam konteks agama dan kita pasti Nga, seorang peguam terpelajar sebagaimana dia mahu jadi, pernah membacanya sebelum ini.

Ramai di antara kita akan menjadi sangat kecewa jika sesetengah ahli politik Muslim mengucap salam Krismas atau Tahun Baru Cina dengan slogan besar "Allahuakhbar" (Allah Maha Besar), menempek bendera Arab Saudi atau Iran. Dan apabila disoal, mereka hanya akan berkata, "apa yang salah dengan itu?"

Dan apabila orang Cina memberi angpau, soalan yang sama "pemberian dedak atau makanan haiwan" diajukan.

Yang salah tetap salah. Adalah menyedihkan bahawa kepimpinan DAP telah dilihat tidak langsung menegurnya. Adakah politik partisan telah tiba ke satu titik di mana pemimpin-pemimpin parti dan juga penyokong mereka, tidak lagi dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah?

Dan jika ia melibatkan seorang pemimpin pembangkang, gambaran yang diberikan adalah bahawa kita harus melihat cara yang lain. Itu adalah memalukan dan dahsyat.

Pastinya, parti mereka tidak membenarkan bahasa tidak senonoh dan kata-kata menyakitkan hati. Nga seolah-olah bersaing dengan rakannya, Hew Kuan Yau aka Superman, untuk melihat siapa pemimpin yang lebih bermulut kotor.

(Secara kebetulan, Superman sendiri telah terhempas ke bumi. Hew keluar parti awal minggu ini untuk mencegah serangan terhadap parti kerananya. Telatah terbaru beliau ialah posting Facebook di mana beliau menegaskan Laut China Selatan memang milik China, mengakibatkan kemarahan pengguna Internet.)

Kemudian terdapat bantahan Pemuda Umno "untuk memberi Nga pengajaran". 'Two wrongs don’t make a right', adakah mereka tidak pernah mendengarnya?

Jika kerajaan telah konsisten mengatakan ia tidak percaya dalam protes jalanan, sentiasa mendakwa ia bukan sebahagian daripada budaya politik Malaysia, maka mengapa penyokong Pemuda Umno membantah di jalan raya, di luar pejabat DAP di Kuala Lumpur?

Minggu lalu, beratus-ratus anggota Pemuda Umno turun ke depan ibu pejabat DAP untuk membantah Nga, menuntut permohonan maaf.

Tidak ada justifikasi untuk Pemuda Umno turun ke jalan raya tidak kira bagaimana tidak sensitifnya suatu artikel, ucapan atau imej itu.

Adakah permit polis dikeluarkan kepada penunjuk perasaan dan jika tidak ada, bukankah ia suatu kesalahan? Pastinya, sayap pemuda memahami bahawa terdapat undang-undang dan hukuman untuk dikenakan terhadap sebarang kesalahan berkaitan dengan bangsa dan agama.

Pemuda Umno mungkin sebahagian daripada parti pemerintah tetapi mereka tidak terkecuali daripada undang-undang. Cuba untuk mewajarkan tindakan mereka dengan menyatakan sebab-sebab agama atau kaum dan dalam proses itu melakukan satu kesalahan lagi, adalah tidak betul.

Malaysia tidak memerlukan mentaliti samseng - kita tidak patut cepat bertindak balas, atas alasan "ditekan" atau telah "dicabar dan dihina", kerana satu isu.

Dan sekali lagi, kita ingin bertanya mengapa Mohd Ali Baharom aka Ali Tinju, penghasut bersiri, dibiarkan bebas, sentiasa?

Malaysia tidak memerlukan ahli-ahli politik yang tidak sensitif dengan telatah perkauman kebudak-budakan mereka. Rakyat tidak geli hati dan pasti, terdapat isu-isu yang lebih besar dan lebih penting yang perlu diberi perhatian, terutamanya ekonomi negara, yang telah perlahan.

Kita perlu rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan adat, untuk bersama-sama, sebagai seorang rakyat Malaysia, menghadapi pelbagai cabaran di hadapan kita.

Posting komen bodoh di Facebook dan melontar cabaran di jalan raya tidak akan menolong kita walau sedikit pun. Terima kasih banyak untuk kekecohan tersebut.

Nga seolah-olah telah belajar frasa Melayu yang baru - makan dedak (makan makanan haiwan). Kita harap beliau akan diingatkan tentang nasihat Melayu yang lain - jangan cari fasal.

Tags / Kata Kunci: Nga Kor Ming , James Dobson , Kristian , DAP , makan dedak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan