Kemeriahan Pameran Coca Cola Oleh Pengumpul

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 1:54 PM

Pengumpul barangan Coca Cola berkumpul dan mempamerkan barangan vintaj mereka baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

SEJUMLAH botol berusia 100 tahun dengan pelbagai bentuk serta saiz. Tin minuman edisit terhad. Miniatur. Permainan. Poster. Pembuka tin.

Senarai yang disebutkan di atas merupakan sebahagian barangan yang dipamerkan oleh kira-kira 60 pengumpul barangan berharga yang berhimpun di Berjaya Times Square sempena Pameran Pengumpul Coca Cola 2016.

Bagi meraikan ulang tahun ke-80 jenama minuman ringan itu di Malaysia, pengumpul dari luar negara termasuk Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia, Kong, China dan Sepanyol sanggup menyertainya.

Petani dari Filipina, Roselily Budan (gambar bawah) yang menyertai acara istimewa tersebut, mendedahkan, bukan perkara luar biasa bagi seorang pengumpul barangan lama mengembara ke seluruh dunia dan mengikut pameran yang mempunyai kaitan dengan jenama minuman ringan keluaran Amerika Syarikat (AS) itu.


Sebelum datang ke Malaysia, wanita tersebut mengambil bahagian di Foshan, China bersama sekumpulan kawan yang tergolong daripada rakyat Singapura, Thailand dan Malaysia. Mengulas tentang keuntungan yang diperoleh daripada pengembaran seumpaman itu, Budan berkata, dia lebih mementingkan keakraban dan menganggap aktiviti itu sebagai hobi.

"Pada pameran seperti ini, kebiasaannya anda hanya menjual barang dengan harga RM80 tetapi menghabiskan RM800 untuk membeli barangan lain," ujar Budan sambil ketawa.

Dia memiliki koleksi barangan Coca Cola yang memenuhi bilik di rumahnya di Lembah Kayan.

Hubungan persahabatan yang terjalin sejak empat tahun dulu antara Presiden Kelab Pengumpul Coca Cola Hong Kong, Ray Kwan dan pengumpul Indonesia, Herry Suryadi merupakan contoh terbaik semangat setiakawan menghidupkan hobi ini.


Kwan (kiri) dan sahabatnya Herry.

Kedua-dua sahabat itu berhubung secara dalam talian semasa menyertai acara mencari harta karun. Kwan dan Herry kemudiannya bertemu buat kali pertama apabila mereka berdua ke Taiwan untuk menyambung pengajian.

Hasil persahabatan itu, Kwan berjaya mengumpul keseluruhan set 47 tin minuman dengan bantuan Herry menerusi kempen “Kongsi Cola Cola”, yang diadakan di Indonesia pada tahun lalu. Kejayaan Kwan itu mencetuskan rasa cemburu dalam kalangan rakannnya di Hong Kong yang juga merupakan pengumpul.

Pengumpul barangan lama juga dikenali dengan sikap mereka yang suka berbelanja besar.

Pengumpul dari Malaysia, Paul dan Sherline Ann Velanganny (gambar bawah) menunjukkan koleksi lima botol klasik Coca Cola yang dihasilkan pada tahun 1886 ketika minuman itu dijual di Atlanta, Georgia buat pertama kali.


Pasangan tersebut membayar sehingga RM850 bagi setiap botol selepas berhubung dengan seorang pengumpul menerusi laman sosial Facebook.

Transaksi terakhir dilaksanakan di Atlanta, lokasi pengumpul itu beroperasi. Namun bagi penduduk Johor, Azmi Ismail yang memiliki botol Coca Cola satu liter edisi 1970-an, berasakan pembelianya sebagai berbaloi. Dia membayar RM300 untuk botol tersebut yang ditemukan di sebuah kedai pengumpul di Chinatown, Singapura pada tahun 2000. Dia menganggarkan harga botol tersebut meningkat sebanyak 65 peratus.

Bagi pengumpul baharu yang mahu mengesahkan keaslian barangan mereka, hanya The World of Coca Cola iaitu sebuah muzium di Pemberton Place, Atlanta memiliki sistem khas yang boleh melakukan pengesahan.


Pengarah Hal Ehwal Komunikasi dan Hubungan Awam Coca Cola Malaysia,  Mohamed Kadri Mohamed Taib berkata, di Malaysia, tahap sedemikian masih belum dicapai memandangan kebanyakan usaha mengumpul produk Coca Cola dilakukan secara sukarela.

Namun pengumpul berpengalaman memiliki keupayaan untuk mengenalpasti perbezaan produk yang tulen berbanding barangan palsu.

Pasangan Vellangany berkata, perkara tersebut boleh dinilai. Botol vintaj sepatutnya mempunyai bentuk buih yang boleh dilihat di dalam kaca dan ciri-ciri berkenaan sukar ditiru.

Namun Kan Yau Choy (gambar bawah), peniaga pasar tani dan pengumpul tegar sejak 18 tahun lalu, menyifatkan hobi tersebut  tidak memerlukan ketulenan barang. Baginya, persahabahan yang terjalin dengan pengumpul lain sudah cukup memberi motivasi yang tinggi untuk meneruskan hobi berkenaan.


"Jika saya suka sesuatu barangan, saya akan membeli atau melakukan pertukaran. Saya tidak suka berfikir terlalu banyak. Hobi ini membuatkan saya gembira. Itu yang lebih penting," katanya.

Acara tersebut juga menyaksikan Ketua Pegawa Eksekutif Syarikat Coca Cola Singapura-Malaysia-Brunei, Stephen Lusk melawat setiap gerai di pameran untuk berbual bersama peserta dan memberikan mereka botol edisi khas sebagai kenangan.


Lusk (kiri) memeggang botol Coca Cocla yang terdapat dalam pameran tersebut.

Tags / Kata Kunci: Coca Cola , Amerika Syarikat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan