Apakah Suu Kyi Dapat Bawa Perubahan Inklusif Kepada Myanmar?

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

PEMIMPIN de facto Myanmar Aung San Suu Kyi menjalani pembedahan katarak pada Sabtu lalu. Pembedahan itu adalah bagi mengeluarkan katarak daripada sebelah matanya, manakala pembedahan bagi sebelah mata lagi akan dilakukan pada penghujung bulan ini.

Suu Kyi, yang dihalang oleh pemimpin tentera daripada menjadi presiden, kini memegang jawatan ‘Kaunselor Negara’ selepas Parlimen yang dikuasai Parti Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) meluluskan usul jawatan baharu itu.

Peranan tersebut memberinya kuasa melebihi kuasa presiden yang dipegang pengikut setianya Htin Kyaw.

Mungkin juga dengan pembedahan katarak, Suu Kyi dapat ‘meihat’ dengan lebih jelas apa peranan yang patut dimainkan sebagai pemimpin di bawah bayangan presiden Myanmar itu.

Ini kerana negara tersebut sudah terlalu lama berada di dalam cengkaman pemerintahan tentera sehinggakan tiada kebebasan. Malah Suu Kyi juga seorang daripada mangsa yang ‘dikurung’ di rumahnya sendiri kerana memperjuangkan demokrasi.

Kini apa yang dihajatkannya sudah berada di dalam genggamannya sendiri, walaupun beliau bukan presiden sebenarnya.

Namun hakikatnya beliau masih tetap mempunyai kuasa untuk bersuara dan membuat perubahan dengan adanya jawatan sebagai Kaunselor Negara.

Memang benar perlembagaan yang dirangka tentera sebelum ini menghalang Suu Kyi menjadi presiden kerana kedua-dua anaknya adalah warga British, begitu juga mendiang suaminya. Tetapi melali pemerintahan NLD, parti pimpinannya, lambat laun Suu Kyi akan akhirnya mungkin dapat juga menjadi presiden.

Kedudukannya sebagai kaunselor kini membolehkannya menyelaraskan aktiviti Parlimen dan badan eksekutif negara berkenaan. Di samping jawatan tersebut, Suu Kyi adalah juga menteri di pejabat presiden dan menteri luar.

Sebelum ini beliau juga memegang dua jawatan menteri yang lain iaitu pendidikan dan tenaga tetapi melepaskannya setelah dilantik sebagai kaunselor.

Umumnya pemerhati melihat kombinasi tugas yang dipegangnya membolehkannya mengawasi pejabat presiden, menentukan dasar luar dan menyelaraskan keputusan yang dibuat oleh sayap eksekutif dan pemimpin Parlimen.

Sebaik sahaja dilantik sebagai Kaunselor, Suu Kyi membebaskan tahanan politik, termasuk pelajar keranan menganggapnya sebagai perkara utama pentadbiran partinya.

Lebih 500 orang aktivis termasuk pelajar ditahan oleh pemerintah Myanmar sebelum ini tanpa dibicarakan.

Persoalan sekarang ke manakah hala tuju Myanmar selepas ini? Apakah demokrasi akan subur semula berikutan kemenangan besar parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi itu?

Umumnya seluruh dunia tahu bahawa Suu Kyi dan NLD juga pernah menang besar pada pilihan raya pada 1990, namun ia tidak diiktiraf oleh pihak tentera. Sebaliknya Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah selama 20 tahun sehingga dibebaskan pada 2010.

Pada pilihan raya umum baru lalu, sebahagian besar pengundi golongan minoriti ini dinafikan hak mereka sebagai pengundi. Selain itu, beberapa orang pula diketepikan daripada menjadi calon.

Beratus-ratus orang maut dalam pertempuran di antara Rohingya dan penganut Buddhist Rakhine pada 2012. Kira-kira 140,000 masyarakat Rohingya pula tinggal dalam keadaan daif di khemah sementara, manakala beribu-ribu yang lain melarikan diri dengan bot, mengkibatkan krisis migrasi di negara serantau.

Sudah tentunya dalam keadaan tersebut, cabaran yang dihadapi Suu Kyi adalah nasib penduduk minoriti yang tertindas ini. Justeru adalah menjadi harapan semua pihak bahawa beliau dapat membawa perubahan secara inklusif dan dan memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi golongan minoriti.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon ketika mengucapkan tahniah kepada Suu Kyi berikutan kejayaan dalam pilihan raya itu, juga merakamkan kekesalannya kerana golongan minoriti termasuk Rohingya dinafikan hak untuk mengundi.

Justeru masih banyak lagi kerja perlu dilakukan dalam perjalanan Myanmar ke demokrasi dan ke arah memastikan pilihan raya masa hadapan lebih inklusif.


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan