Projek Perintis Burung Hantu Bantu Kawal Populasi Tikus Di Bandar

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

BURUNG hantu bukanlah sesuatu asing dalam kehidupan kita kerana dalam filem dan buku Harry Potter, haiwan ini dipelihara sebagai penghantar surat dan barangan.

Di Malaysia, burung pemangsa ini hidup di kawasan sawah padi dan pinggir bandar sejak tahun 1970-an.

Rantaian makanan di kawasan sawah padi menunjukkan burung hantu memainkan peranan sebagai pemangsa yang memburu tikus yang memakan hasil tanaman.

Bermula 23 Disember lalu, burung hantu jenis barn atau dikenali sebagai tyto alba memainkan peranan penting di kawasan bandar untuk memburu mangsa apabila sepasang burung hantu dilepaskan di kawasan SS15/2E.

Sepasang burung hantu itu merupakan yang pertama daripada 10 pasangan yang akan menjadikan Subang Jaya sebagai habitat baharu dalam tempoh enam bulan akan datang.

Setiap pasangan akan tinggal di sangkar khas yang dibina di atas pokok atau tiang tinggi di sekitar bandar.

Penempatan burung ini merupakan Projek Burung Hantu Barn yang diusahakan bersama antara Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Universiti Sains Malaysia (USM), SJ Echo dan Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan).

Dr. Hamdan Ahmad, Universiti Sains Malaysia, Pensyarah Sains Biologi, Prof Dr Abu Hassan Ahmad dan koordinator burung hantur Dr. Hasber Salim.

Kempen menangkap tikus telah lama dianjurkan oleh majlis perbandaran tempatan di Lembah Klang.

Terdapat majlis perbandaran yang menawarkan ganjaran kecil bagi setiap tikus yang ditangkap oleh penduduk dan terpaksa menggunakan racun tikus bagi mengawal populasi makhluk perosak itu.

Ahli MPSJ, Ken Chia tidak asing lagi dengan aktiviti penangkapan tikus dan telah mengetuai usaha tersebut di kawasan di bawak JKP Zon 1.

Beliau berkata kaedah baharu perlu dilaksanakan dan penggunaan burung hantu mungkin merupakan jalan penyelesaian.

“Kami mengadakan aktiviti penangkapan tikus setiap tiga bulan dan selepas tempoh tertentu, racun tidak lagi berkesan terhadap tikus.

“Bukan sahaja racun tikus tidak baik terhadap persekitaran, malah penduduk juga mengemukakan aduan terhadap kaedah itu,” katanya.

Menurut Chia, penggunaan burung hantu jenis barn, bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah tikus tetapi mendidik penduduk untuk menggunakan kaedah semula jadi bagi mengurangkan makhluk perosak.

Pada 26 Ogos, StarMetro melaporkan MPSJ merancang untuk memperkenalkan kaedah semula jadi bagi memburu tikus.

Presiden MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, seiring dengan matlamat menjadi bandar hijau, penggunaan racun tidak akan digunakan bagi membunuh tikus.

Projek Burung Hantu Barn

Idea untuk menggunakan burung hantu barn bagi mengurangkan populasi tikus di Subang Jaya telah diusahakan sejak dua tahun lalu.

Editor SJ Echo, Teoh Teik Hoong, yang bekerja dengan USM berhubung isu denggi di Subang Jaya, berkata, beliau membangkitkan persoalan tentang burung hantu apabila mengetahui idea pensyarah USM, Profesor Abu Hassan Ahmad untuk menggunakan burung hantu barn di sebuah ladang di Pahang.

“Saya bertanya kemungkinan menggunakan kaedah yang sama di kawasan bandar dan dimaklumkan bahasa USM telah melaksanakan ujian di kampus mereka,” katanya.

Kemudian, projek itu dilaporkan telah bersedian untuk dilaksanakan di kawasan bandar.

Pasukan penyelidik burung hantu barn dari USM memperoleh permit daripada Perhilitan bagi menempatkan burung hantu di kawasan bandar.

Selepas itu, pasukan penyelidik yang dianggotai oleh Dr. Hasber Salim, Dr. Hamdan Ahmad dan diketuai oleh Profesor Abu Hassan mula melaksanakan tugas dengan melatih burung hantu berusia dua bulan.

Pasangan burung hantu itu dilatih menghuni sarang tiruan yang diperbuat daripada kotak yang ditempatkan di ladang kelapa sawit di Felda Jengka 24, Pahang.

Berdasarkan penjelasan Profesor Abu Hassan, konsep penghapusan diamalkan, di mana hanya 30 hingga 40 peratus burung dibiakkan daripada induk untuk memastikan populasi burung hantu barn di kawasan ini seimbang.

Burung yang belum mencapai usia matang diletakkan secara berpasangan di dalam sangkar besar yang dilengkapi sarang.

Selepas enam bulan, burung terbabit akan dikekalkan dalam sangkar untuk tujuan penyesuaian dan berpasangan, mengembangkan kemahiran memburu dan diet yang bersesuaian termasuk mengubah diet burung hantu barn daripada memakan tikus pertanian kepada spesies bandar.

Setiap hari, burung hantu terbabit diberi makan seekor atau lebih tikus liar berdasarkan keperluan program latihan.

Prosedur pembelaan dilakukan mengikut panduan Jabatan Hidupan Liar.

Burung hantu barn di Malaysia gemar memakan makhluk perosak, 98 peratus daripadanya merupakan tikus.

Dianggarkan sepasang burung hantu barn dan anaknya memakan kira-kira 1,300 ekor tikus pada setiap tahun, sekali gus menjadikan haiwan tersebut sebagai senjata biologi yang paling ampuh untuk menangani pembiakan tikus yang tidak terkawal.

Burung hantu barn kebiasaannya menelan sepenuhnya mangsa yang kecil dan gemar memburu haiwan kecil.

Spesies pemburu ini turut memburu lebih banyak tikus pada musim mengawan.

Burung hantu barn memiliki tahap pendengaran yang sensitive dan mampu mengesan pergerakan dalam kegelapan, sekali gus membantu kumpulan pemangsa ini memburu pada waktu malam.

Spesies ini bukan burung yang ganas dan mempunyai toleransi dengan kehadiran manusia, bunyi rutin dan aktiviti di sekitar ladang atau bandar.

“Penggunaan burung hantu barn bagi mengawal populasi tikus merupakan kaedah kawalan biologi.

“Tidak seperti kawalan kimian, kawalan biologi mengambil masa untuk mengurangkan populasi tikus tetapi apabila situasi semakin kukuh, kaedah ini akan bertahan lama dan berpanjangan,” kata Profesor Abu Hassan.

Beliau menambah, kaedah ini telah dibuktikan oleh industri minyak sawit dan sawah padi sejak tahun 1970-an.

Pasangan burung hantu barn pertama tiba pada 15 Disember lalu dan tinggal di SS 15/2E sejak itu.

MPSJ menyediakan tikus bandar sebagai makanan kepada pasangan pemburu itu agar burung hantu terbabit menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Lapan lagi pasangan tambahan akan ditempatkan di sarang baharu di sekitar Subang Jaya dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Profesor Abu Hassan berkata, burung hantu barn akan dipasang dengan tag besi unik di bahagian kaki kiri bagi memudahkan proses pengenalan.

Sebaik-baik tiba di lokasi, setiap pasangan akan dibebaskan dalam sangkar kotak tetapi tidak dibenarkan terbang bebas selama dua hari.

Prosedur itu bagi memastikan burung hantu terbabit menyesuaikan diri dengan habitat yang  baharu.

Setiap burung hantu akan dipasang dengan pemancar isyarat radio sebelum dilepaskan.

Pemancar terbabit bagi memudahkan penyelidik mengesan pada setiap hari pada bulan pertama dibebaskan.

Usaha masyarakat

Chia menyarankan projek perintis yang menelan kos RM100,000 sebagai inisiatif masyarakat berpusat, dengan harapan penduduk akan memerhatikan burung hantu tersebut.

“Di setiap lokasi, kami akan memastikan persatuan pendudukan dan Rukun Tetangga menjaga burung hantu dan sarangnya,” kata Chia.

Lokasi sarang telah dikemukakan kepada MPSJ untuk kelulusan dan kawasan yang dicadangkan adalah SS15, USJ10 dan kawasan komersial Sunway Metro.

Perbincangan dan pertemuan secara tetap akan diadakan bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan burung hantu.

Chia berkata, dana untuk menyokong projek terbabit akan disumbangkan oleh JKP Zon Satu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Hannah Yeoh.

Bagi menambah dana, penduduk dan syarikat korporat di sekitar Subang Jaya digalakkan membela sepasang burung hantu barn.

Kadar bayaran pembelaan burung hantu adalah RM10,000 yang meliputi kos antara RM1,000 dan RM2,000 bagi tempoh dua tahun.

Bayaran itu termasuk kos pembiakan, latihan dan rawatan terhadap burung hantu.

Teoh berkata, syarikat yang mahu membela burung hantu boleh meletakkan logo syarikat pada kotak sarang yang diperbuat daripada kaca gentian.

Beberapa kotak sarang juga akan dilengkapi dnegan kamera bagi tujuan pemantauan.

Dana tambahan diperlukan bagi memasang kamera pada setiap kotak sarang.

Teoh, yang merupakan seorang peminat burung, berkata, burung hantu tidak mudah untuk ditangkap.

“Spesies burung ini sangat pemalu dan tidak akan membenarkan manusia mendekati.

“Di pusat penjagaan, penyelidik memainkan peranan sebagai pencari pasangan dan memastikan burung hantu mempunyai pasangan masing-masing untuk seumur hidup.

“Jika seekor daripadanya mati, pasangan burung hantu itu akan mengikut langkah yang sama,” katanya.

Nor Hisham berkata, MPSJ akan menyediakan RM50,000 untuk projek bagi tempoh enam bulan pertama.

“Kami berharap lebih banyak syarikat untuk tampil menampung kos projek ini,” katanya sambil menambah mereka masih belum meminta bantuan daripada kerajaan negeri.

“Kami mahu melihat dahulu pencapaian projek ini dan kemudian, kami akan meminta dana daripada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES),” katanya.

Selain itu, beliau berkata, jika projek ini berjaya, MPSJ akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan kaedah tersebut di kawasan lain di Selangor.

Sementara itu, USM kini menjalani projek lain bersama Feldo Global Venture dan Universiti Putra Malaysia di seluruh negara melibatkan burung hantu iaitu memperkenalkan kaedah biologi ini di Pulau Pinang, membiakkan burung hantu barn ke Sabah dan menambahkan populasi spesies pemburu ini di Jengka, Pahang.

Mereka mempertimbangkan untuk mengembangkan projek ini ke bahagian lain di Malaysia jika memperoleh sokongan kewangan daripada kerajaan dan sektor swasta.

Jika gagal, projek ini akan dihentikan serta-merta.

Tags / Kata Kunci: Burung Hantu , Subang Jaya , Sawah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan