10 'Artifak' Dari Zaman Silam

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 2:36 PM

Tiket bas lama dari sebuah syarikat bas di Pulau Pinang yang beroperasi selepas Perang Dunia.

(Ubah saiz teks)

SEMUA orang mempunyai pengalaman berbual dengan ibu bapa atau datuk dan nenek mereka yang melibatkan kata-kata seperti "bila saya muda", "waktu dahulu" atau "masa zaman saya".

Kebiasaan yang berlaku akan diikuti dengan bagaimana perkara-perkara yang berbeza ketika itu dan bagaimana beruntung generasi muda sekarang.

Metro Online pada minggu ini melihat beberapa barangan yang pernah digunakan suatu ketika dahulu di mana antaranya tidak lagi digunakan hari ini.

Kami menemui pengumpul barangan antik dan vintaj, Ismail Mohd Nor dan Jamil Hashim bagi mencari barangan menarik di rak dan sudut tersembunyi di kedai mereka.

1. Tiket bas lama:

Tiket bas bukan sesuatu yang luar biasa tetapi rupa tiket itu telah melalui perubahan sejak bertahun-tahun.

Hari ini kita membeli tiket bas di kaunter atau secara dalam talian.

Jamil berjaya menyimpan beberapa tiket bas lama dari sebuah syarikat di Pulau Pinang yang menjalankan operasi selepas zaman perang dunia dahulu. Dahulu, anda perlu menaiki bas dan konduktor akan datang kepada anda untuk bertanyakan destinasi yang ingin dituju sebelum mengoyakkan tiket dan mengambil tambang.

Tiket bas mempunyai pelbagai warna dan harga bergantung kepada destinasi.

Jukebox.

2. Jukebox:

Kini kita boleh memuat turun lagu ke dalam peranti muzik dan mendengarnya ke mana sahaja.

Kita boleh mendengar muzik atau cakera padat (CD) menerusi pemain muzik di komputer riba sama ada di bar atau atau restoran.

Dahulu, mesin jukebox digunakan.

Sudah tentu anda boleh melihatnya di sesetengah restoran atau bar yang mempunyai tema tertentu.

Anda hanya perlu memasukkan duit syiling 20 sen atau 50 sen untuk mendengar sebuah lagu, bergantung kepada peranti dan kemudian pilih lagu yang anda mahu dengan menekan nombor pilihan mewakili lagu berkenaan.

Mesin jukebox lama dari 1950-an boleh memainkan muzik menggunakan pemain piring hitam manakala yang lebih baharu menggunakan CD.

Kedua-dua jukebox di kedai Jamil masih boleh berfungsi di mana ia merupakan versi 1950-an yang ditemui dan dibeli dari sebuah kedai di Ipoh. 

Mesin taip.

3. Mesin taip

Saya masih ingat berjalan ke pejabat ibu saya pada 1990-an, apabila rakan sekerjanya akan menaip menggunakan mesin taip.

Ia merupakan alat yang masih lagi menarik digunakan untuk menulis.

Bagaimanapun, dengan kewujudan komputer, komputer riba dan kini tablet, mesin taip tidak lagi digunakan.

Hari ini ia berada di kedai barangan antik, hanya menunggu untuk dibeli sebagai kenangan masa lalu.

Bagi golongan penulis, saya pasti ia merupakan alat yang menarik untuk menulis. Pastinya tiada butang 'undur' (backspace) dan banyak kertas akan dibazirkan setiap kali kesilapan dibuat. Ciptaan ini membantu kita untuk menulis.

Mesin taip bukan perkara yang mudah untuk ditemui hari ini tetapi adakah anda pernah melihat mesin taip manual di mana anda perlu memusingkan bahagian atasnya kepada huruf yang anda mahukan.

Sebuah mesin taip mini ditemui di kedai Jamil yang memerlukan pengguna memusingkan bahagian atasnya kepada sebuah huruf sebelum meletakkannya ke atas kertas supaya huruf berkenaan dapat dicetakkan.

Ia seperti pendekatan 'ambil dan cop' tetapi tidak praktikal.

Pemasang penutup botol.

4. Pemasang penutup botol:

Banyak mesin membantu kita melakukan pelbagai perkara dari pembacaan pruf, mengambil barang sehinggalah meletakkan penutup di botol.

Penutup botol dahulunya dipasang secara manual menggunakan alat ini.

Kamera.

5. Kamera 1900

Sebelum kita menggunakan kamera yang dipegang dengan tangan, terdapat satu kotak kayu besar dengan alat berkaki tiga yang boleh dibawa ke mana-mana. 

Hari ini kita mengubahnya kepada kanta yang boleh membuat fokus pada imej.

Jarak fokus boleh diselaraskan dengan menarik papan kayu dengan me untuk ke depan atau belakang.

Jika melihat luaran, saya tertanya-tanya sekiranya Instagram mendapat rupa berinspirasikan daripada bentuk hadapan kamera.

Bagi mereka yang menggunakan video dan tripod, anda akan berasa kagum tentang bagaimana perubahan tripod. 

Fungsi dan tujuan penggunaannya adalah sama tetapi sudah tentu kita tidak lagi menggunakan kayu pada hari ini.

Cop kepala surat.

6. Cop kepala surat:

Dahulu, syarikat-syarikat akan menandakan dokumen atau surat mereka menggunakan logo atau nama syarikat menggunakan blok-blok kepala surat.

Ia diperbuat daripada tembaga atau loyang.

Cop tersebut mempunyai ukiran di bahagian bawah dengan rekaan yang dipilih, apa yang perlu dilakukan ialah dengan meletakkan dakwat sebelum mengecop pada sekeping kertas.

Telefon lama.


7. Telefon dan kunci:

Dari 1990-an sehingga awal 2000, nenek saya masih lagi menggunakan telefon lama di mana anda perlu mendail dengan meletakkan jari anda pada lubang di setiap nombor dan memusingkannya.

Tempoh untuk mendail itu mengambil masa tetapi keseluruhan proses agak terhibur terutama kalau anda seorang kanak-kanak.

Ismail Mohd Nor mengimbas kembali ketika dia menyimpan kunci pendua, dan berpura-pura tidak tahu ia berada di mana, jadi dia menggunakan telefon dan menguncikan semula sebelum ibu bapanya pulang ke rumah.

Bekas rokok.

8. Bekas rokok:

Hari ini rokok dibeli di kedai serbaneka dan restoran tetapi pada waktu dahulu penjual rokok akan mengelilingi kampung menggunakan basikal atau beca.

Sebuah bekas besi yang diisi dengan paket rokok, diletakkan di belakang basikal atau beca.

Mesin daftar tunai.

9. Mesin daftar tunai:

Anda mungkin menyedari segelintir kafe menggunakan tablet sebagai monitor untuk mendaftar tunai.

Terdapat pendaftar tunai elektronik dan jenis manual.

Mesin daftar tunai yang ditemui di kediaman Ismail ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu ratus, puluh, sa dan sen di mana tuil kecil diletakkan di setiap bahagian.

Untuk menggunakannya, anda perlu menarik tuil itu ke bawah ke digit yang menunjukkan jumlah yang perlu dibayar.

Untuk membuka peti tunai itu, anda hanya perlu menarik pemegang di bahagian tepi mesin daftar tunai.

Batu pengisar.

10. Batu pengisar:

Sebelum wujudnya pengisar, manusia menggunakan batu pengisar untuk mengisar dan menumbuk ramuan rempah.

Terdapat banyak jenis batu pengisar, antaranya yang lebih kecil, ada yang digunakan dengan cara menguli untuk mendapatkan yang lebih halus.

Ada yang mengatakan rasa makanan lebih enak menggunakan cara ini berbanding mesin pengisar makanan elektrik.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan