Alami Dunia Magis TrikStars - Rencana | mStar

Alami Dunia Magis TrikStars

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Musim cuti persekolahan pada akhir tahun kini kembali lagi. Anda pastinya mahu mencari kelainan dalam mengisi aktiviti bersama keluarga.

Taman tema popular Sunway Lagoon memahami keinginan anda dengan menawarkan sesuatu yang mengujakan sehingga anda terhibur.

Sunway Lagoon menganjurkan pertunjukan silap mata TrikStars 'Masters of Trickery' di Amphitheatre di taman tema itu bermula dari 5 sehingga 20 Disember ini.

Pertunjukan ini dengan kerjasama Dion and Randall International yang didatangkan khas dari Belanda, di mana pertunjukan mereka dikenali di Las Vegas dan Eropah.

Alami dunia magis yang menghiburkan sesuai untuk semua lapisan umur dengan 14 persembahan selama dua jam.

Tiket berharga dari RM70 untuk kanak-kanak dan RM100 bagi dewasa. Tempahan tiket boleh dibuat di laman web ticketcharge.com.my.

Tags / Kata Kunci: Sunway Lagoon , TrikStars
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan