Apabila Guru Jadi Penyelidik?

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANTARA resolusi Seminar Penyelidikan Memartabatkan Bahasa Melayu 2015 yang diadakan baru-baru ini telah menggariskan kajian tindakan hendaklah diwajibkan dalam kalangan guru bagi  meningkatkan amalan pedagogi  terbaik di abad ke 21.

Kerja-kerja penyelidikan, kajian kes dan kajian tindakan dalam pendidikan tentunya memberikan pelbagai strategi berasaskan bukti kepada guru-guru. Walau bagaimanapun, tidak banyak hasilan dapatan kajian dan penyelidikan digunakan dalam bilik darjah.

Namun mengapakah strategi-strategi yang dihasilkan tidak digunakan oleh para guru-guru di Malaysia? Ramai pendidik berpendapat dan  percaya bahawa ia mempunyai kaitan dengan kekurangan dan tiada usaha kesinambungan.

Kebanyakan kajian itu dilakukan oleh profesor universiti yang  pergi ke sekolah dan ke dalam bilik darjah, melakukan penyelidikan, mengatakan bahawa dapatan kajian boleh dilaksanakan, balik ke universiti dan menulis serta menerbitkan laporan.

Apabila penyelidik selesai dengan tugasan mereka,  guru-guru berada di dalam keadaan terpinga-pinga dan " kembali kepada cara-cara mereka sendiri". 

Strategi yang dimaksudkan bukanlah hasilan guru-guru sendiri dan tidak dilaksanakan oleh mereka ditempat kerja mereka terdahulu.

Kini guru-guru telah diarahkan, dimaklumkan dan diminta menjalankan penulisan dan penerbitan termasuk menjalankan kajian kes dan/atau juga kajian tindakan sebagai salah satu komponen dalam Sasaran Kerja Tahunan mereka.

Kini usaha untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melatih guru-guru untuk menjadi penyelidik di dalam kelas sendiri. Bukan sahaja guru- guru boleh meneruskan strategi yang ditinggalkan  penyelidik, mereka juga belajar untuk menilai keberkesanan amalan pengajaran mereka dengan cara yang berstruktur.

Ia adalah merupakan hubungan  koloboratif dan perundingan yang sangat bermakna. Ia adalah berasaskan keperluan, jadi penyelidik tentunya bukan hanya pergi membuat penyelidikan dan memberitahu guru untuk menggunakan Strategi A, B, atau C.

Ia akan lebih menjadi pendekatan penyelesaian masalah dan bukanlah hanya sekadar penyelidik pergi ke sekolah, bertanya pada guru.

'Adakah anda mempunyai sebarang masalah atau isu dengan pembelajaran pelajar anda?  Tentunya anda sudah mencuba yang terbaik namun masih belum dapat menyelesaikan masalah.'

"Pasukan penyelidik kemudiannya akan membantu melihat permasalahan dan mencari strategi penyelesaian yang sepadan dengan masalah."

Salah satu contoh kajian yang telah dijalankan adalah penggunaan bacaan dan kefahaman strategi dalam empat kelas utama di sebuah sekolah rendah tempatan.

Guru dilatih mengenai cara untuk menggunakan pendekatan membuat keputusan berasaskan data untuk mengajar.

Lapan belas daripada 38 murid-murid adalah pembaca  "berisiko" dengan kemahiran membaca yang lemah yang boleh menjejaskan pembelajaran mereka dalam semua murid secara berpasangan diminta untuk membaca dengan kuat dan membetulkan kesilapan masing-masing.

Mereka akan bergilir untuk mengenal pasti perkara utama dan parafrasa teks dalam perkataan mereka sendiri.

Berdasarkan skor bacaan mingguan murid, guru akan mengubah suai,  mempergiatkan,  atau membantu mengubah strategi yang di inginkan. Selepas hanya dua bulan, skor kefasihan lisan murid menunjukkan peningkatan yang ketara.

Bukan sahaja mereka boleh membaca dengan lebih baik, 91% mengatakan bahawa mereka belajar untuk menjadi lebih sabar dan bekerjasama dengan rakan-rakan mereka dan menjadi strategi seperti ini bukanlah boleh dihasilkan secara mendadak , tetapi pelaksanaannya memerlukan banyak masa dan persediaan.

Ramai guru tentunya sibuk dengan ‘tugasan perkeranian’. Walau bagaimanapun, jika mereka adalah rakan usaha sama dan bukan hanya penonton proses penyelidikan, mendapat latihan secukupnya, mendapat ganjaran yang sepatutnya, guru tentunya boleh melihat strategi itu berjalan dengan baik dan akan lebih cenderung untuk melibatkan diri.






iklan

Kolumnis

iklan

Iklan