suria

Lexis Hibiscus PD Saji Percutian Lima Bintang

JIKA masa tak mengizinkan anda untuk bercuti di luar negara, usah risau.

Lexis Hibiscus Port Dickson antara resort bertaraf lima bintang yang pastinya menjanjikan 1,001 pengalaman percutian yang indah bersama insan tersayang.

Terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus merupakan pusat peranginan terapung yang kini menjadi mercu baharu kepada pelancong dengan konsep reka bentuk bunga raya.

Sebaik sahaja menjejak kaki ke pusat peranginan ini, anda akan disajikan dengan keindahan laut lepas selain disambut kelembutan angin sepoi-sepoi bahasanya.

Bagi anda yang gemarkan ketenangan sambil menikmati keindahan laut lepas, resort bertaraf lima bintang ini antara yang perlu anda terokai.

Walaupun baru sahaja dibuka pada April lalu, sambutan pengunjung amat luar biasa terutamanya di hujung minggu.

Lexis Hibiscus menawarkan 639 pool villa dengan tujuh jenis pilihan bilik iaitu executive pool villa, premium pool villa, panorama pool villa,  imperial suite,  presidential suite yang dibina mengikut susunan bunga raya di atas air manakala sky pool villa dan royal suite terletak di bangunan utama.

Namun buat masa ini, hanya executive pool villa, premium pool villa dan sky pool villa dibuka untuk tempahan manakala empat lagi akan dibuka dalam masa terdekat.

Executive pool villa yang terletak di bahagian daun bunga raya ditawarkan pada harga RM2,800 (semalam). 

Ia merupakan pilihan yang tepat bagi anda yang ingin dekat dengan bangunan utama.

Harga bagi premium pool villa yang terletak di bahagian kelopak pula ialah RM3,100 (semalam). 

Ia bersesuaian dengan lokasinya yang menghadap laut lepas, membolehkan anda menikmati pemandangan matahari terbenam.

Sky pool villa pula ditawarkan pada harga RM2,500 (semalam).

Menariknya, anda boleh melihat susunan resort umpama bunga raya dari atas bilik ini sambil menikmati keindahan Selat Melaka.

Setiap bilik dilengkapi dua katil besar, TV, almari pakaian, bilik mandi, tandas, kolam renang dan bilik sauna.

Walaupun baru sahaja dibuka pada April lalu, sambutan pengunjung dari dalam mahupun luar negara ke resort ini amat menggalakkan terutamanya pada hujung minggu. 

Justeru bagi anda yang gemarkan ketenangan sambil menikmati keindahan laut lepas, resort ini antara yang perlu anda terokai.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila layari laman sesawang www.lexishibiscuspd.com atau emel ke [email protected] atau hubungi talian 06 - 660 2626.

Artikel Sebelum

Apabila Guru Jadi Penyelidik?

Artikel Berikut

Artikel Lain