Perbezaan Usahawan Dan Pemilik Perniagaan

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

BERDASARKAN perbincangan berhubung topik keusahawanan, saya mendapati keperluan untuk membezakan perniagaan dan keusahawanan, sekurang-kurangnya untuk pengetahuan saya sendiri.

Hari ini, dunia bekerja berbeza sama sekali berbanding situasi berpuluh-puluh tahun yang lalu. Pekerjaan bukan lagi untuk hidup: untuk generasi baharu, bertukar pekerjaan merupakan situasi normal yang baharu.

Secara puratanya di Amerika Syarikat, karier yang dikecapi hanya mampu bertahan kira-kira empat tahun sahaja, dan trend yang sama sedang berlaku di Asia Tenggara. Secara jelasnya, semakin ramai orang memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Bagaimanapun, ramai orang keliru mengendalikan perniagaan masing-masing pada permulaan proses perniagaan. Istilah usahawan menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja yang mahu memulakan atau mengendalikan perniagaan sendiri. Bagaimanapun, memulakan atau memiliki perniagaan tidak semestinya menjadikan anda sebagai usahawan. Pada pandangan saya, memulakan perniagaan secara tidak langsung menjadikan anda sebagai seorang pemilik perniagaan.

Pendapat saya tentang makna keusahawanan ialah, seorang usahawan mengenalpasti keperluan dan perbezaan dalam pasaran dan mewujudkan produk atau perkhidmatan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Memandangkan masalah ini perlu menjadi serius dan memberi kesan kepada ramai orang di seluruh dunia, hasrat untuk menjadi usahawan kebiasaannya melibatkan risiko yang besar. Itulah harapan mereka supaya penyelesaian baharu ini akan memberi keuntungan yang mampan.

Disebabkan itu, perbezaan utama antara seorang pemilik perniagaan dan usahawan perlu dinilai berdasarkan risiko, kadar perkembangan dan lebih penting lagi, sebab melibatkan diri dalam perniagaan.

Di bawah merupakan kategori perniagaan yang boleh dimulakan:

Perniagaan keluarga: Kebiasaannya, perniagaan keluarga sinonim dengan sistem “brick-and-mortar”, bermaksud melibatkan kehadiran fizikal sama ada kemudahan pengeluaran atau operasi kedai, dan memberi pengalaman untuk bersemuka dengan pelanggan. Konsep ini terdapat di seluruh dunia dan melibatkan 95 peratus syarikat di AS dan 97.3 peratus syarikat di Malaysia.

Pemilik perniagaan mengutamakan untuk mencari pendapatan bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Mereka kebiasaannya hanya membesarkan perniagaan jika mahu menjana pendapatan yang lebih tinggi. Mereka selalunya dibiayai melalui pinjaman mikro atau bank. Kebiasaannya mereka tidak mengambil Modal Teroka (VC) atau wang pelabur kerana mereka tidak menghasilkan pulangan dalam tempoh masa yang dijangka daripada VC.

Bagaimanapun, konsep perniagaan ini masih boleh berkembang dan bertukar menjadi syarikat yang besar.

Sebagai contoh bagi kategori ini termasuk perniagaan francais, restoran, kedai runcit, kedai pakaian terpakai, ladang pertanian dan seumpamanya.

Perniagaan gaya hidup atau bebas: Kategori ini sesuai untuk individu yang bekerja sendiri dan sama ada bekerja dalam projek tertentu di syarikat berbeza atau memiliki perniagaan yang membolehkan bekerja secara bersendirian.

Pekerja bebas selalunya tidak mengambil risiko kewangan yang besar kerana mereka mencari klien yang boleh membayar untuk hasil kerja mereka. Nilai paling berharga bagi golongan ini adalah kemahiran mereka. Berapa jumlah yang mereka peroleh secara langsung berkait dengan masa yang mereka habiskan untuk menyelesaikan tugasan.

Pekerja bebas bukan usahawan tetapi mereka menawarkan perkhidmatan dan masa ketika sedang bekerja sendiri. Mereka mempunyai gaya hidup yang fleksibel dan boleh menyesuaikan tugasan mengikut keadaan. Kategori ini melibatkan ahli muzik, artis, tukang kayu dan sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran tertentu.

Laman web pekerja bebas seperti Upworks dan Freelancer telah mewujudkan pasaran buruh yang fleksibel, di mana sesiapa sahaja boleh bekerja secara maya dari rumah.

Agensi berdasarkan perkhidmatan: Apabila seseorang mengembangkan perniagaan gaya hidup atau pekerjaan bebas orang lain dengan melibatkan rakan kongsi atau mengupah pekerja, ia akan membuka peluang kepada orang lain untuk mewujudkan agensi berdasarkan perkhidmatan kepada lebih ramai klien dan projek. Agensi perunding, agensi kreatif dan agensi digital (laman web atau mobil) sesuai dengan kategori ini.

Syarikat berteknologi tinggi: Syarikat ini menggunakan teknologi canggih dan kebiasaannya memerlukan banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan, begitu juga melibatkan modal pendahuluan yang tinggi bagi membangunkan harta intelek (IP).

Perniagaan ini meningkat mendadak di Silicon Valley dengan kewujudan syarikat Fairchild Semiconductor pada 1950-an. Pekerja yang meninggalkan syarikat tersebut memulakan syarikat inovatif. Disebabkan sektor teknologi tinggi mewujudkan teknologi baharu dan inovatif, ia sering dilihat sebagai potensi besar untuk perkembangan perniagaan, Pelaburan kebiasaannya datang dari institusi pelaburan yang besar dan VC.

Bagaimanapun, kategori ini dilihat sebagai berisiko tinggi kerana memerlukan modal yang besar dan mengambil masa yang lebih lama sebelum mendapatkan pulangan. Sebagai contoh sektor robotik , aeroangkasa, automotif dan bioteknologi.

Perniagaan pertumbuhan tinggi: Kategori perniagaan ini merupakan paling popular di Silicon Valley dan menjadi hab paling inovasi di dunia. Ia juga merupakan kategori usahawan yang sedang dibangunkan oleh MaGIC.

Kategori ini melibatkan penggunaan kaedah permulaan perniagaan bagi membangunkan perniagaan mereka menerusi prototaip pantas, mengulangi proses dengan pantas berdasarkan maklum-balas awal pelanggan dan pengesahan daripada pasaran melalui daya tarikan produk. Sebahagian besarnya memanfaatkan teknologi sama ada sebagai teras atau sebagai penggerak, kategori ini mempunyai potensi untuk berkembang dengan cepat.

Kategori ini juga dianggap oleh pelabur sebagai berisiko lebih rendah berbanding perniagaan tradisional atau teknologi tinggi kerana keperluan modal yang lebih rendah untuk mempromosikan produk pada peringkat awal.

Kebiasaannya kategori ini melibatkan bidang penyelesaian aplikasi tetapi baru-baru ini, perniagaan perkakasan komputer dan internet (IoT) membawa perubahan besar dalam dunia teknologi dan peralatan di rumah. VC dan pelabur melibatkan diri dalam banyak bidang ini sebagai pulangan terhadap pelaburan mereka dan menunggu hasil antara lima hingga 10 tahun.

Sebagai contoh, GrabTaxi, KFIT, iMoney, CatchThatBus, BloomThis dan seumpamanya.

Perusahaan Sosial: Keusahawanan sosial mempunyai kaitan dengan bentuk baharu keusahawanan, di mana misi sosial atau persekitaran sesebuah syarikat lebih tinggi atau menyamai kepada misi menjana keuntungan.

Usahawan sosial mementingkan ukuran terhadap kesan penyelesaian dengan memberi tekanan sosial dan masalah persekitaran, tetapi perlu mempunyai model perniagaan yang mampan.

Perusahaan sosial (SEs) semakin meningkat di Asia Tenggara, memandang orang ramai mengambil peduli tentang komuniti mereka dan mahu menyumbang semula. MaGIC berusaha untuk membangunkan sektor ini supaya SEs menjadi perniagaan yang mampan dan menguntungkan selain memberi pulangan kepada keperluan sosial. Sebagai contoh, Epic Homes, Biji Biji Initiative, The Batik Boutique, Arus Academy, Tonibung, Mabul Skills Project dan sebagainya.

Saya berharap enam kategori perniagaan ini dapat menjelaskan erti sebenar antara pemilik perniagaan dan usahawan.

Berdasarkan kemahiran, sumber dan skala yang berbeza mengikut keperluan perniagaan, anda boleh memilih sendiri kategori yang sesuai.

Tiada istilah betul atau salah. Setiap orang mempunyai impian karier yang berbeza tetapi apa yang paling penting adalah jenis perniagaan yang bersesuaian dengan matlamat hidup anda.

Cheryl Yeoh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Tags / Kata Kunci: MaGIC , Silicon Valey , Amerika Syarikat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan