Program Permata Seni Muzik Bentuk Disiplin Pelajar - Rencana | mStar

Program Permata Seni Muzik Bentuk Disiplin Pelajar

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Permata Seni Muzik (PSM) mampu menggalakkan pelajar yang cemerlang dalam bidang permainan alat muzik untuk berdisiplin dalam pelajaran dan muzik.

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada ibu bapa pelajar sendiri yang melihat perubahan anak mereka selepas menyertai PSM.

Ibu kepada salah seorang pemain cello PSM, Liew Wai Siong, 40, (gambar) berkata PSM banyak membantu dalam membina keyakinan anaknya untuk membuat persembahan di khalayak ramai.

"Saya lihat anak saya berubah kepada sikap positif. Anak saya juga bertambah yakin selepas setiap kali dia buat persembahan. Program ini membantu pelajar untuk berdisiplin dalam pelajaran dan juga ketika bermain alat muzik," katanya yang menetap di Negeri Sembilan.

Genesis Tan Mei Yee, 13, telah memperoleh 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lepas.

"Saya bangga dengan pencapaian cemerlang Genesis dalam pelajaran dan dia membuktikan kepada saya yang dia mampu untuk cemerlang dalam UPSR walaupun sibuk dengan aktiviti PSM" katanya kepada pemberita selepas Konsert Permata Seni Muzik.

Bagi Ngoh Pee Guan, 45, (gambar bawah) perubahan ketara anaknya, Ngoh Ea Son, 12 selepas menyertai PSM ini sangat membanggakan.

"Program ini membantu dari segi fokus kepada anak saya. Walaupun minatnya lebih menjurus kepada muzik, tetapi perlu seimbang supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Saya selalu ingatkan anak saya supaya seimbangkan masa untuk bermain alat muzik dan juga masa untuk belajar kerana pelajaran sangat penting," tambahnya lagi.

Ngoh bersetuju dengan usaha pihak PSM memantau pencapaian pelajar-pelajar ini supaya tidak hanya cemerlang dalam bidang permainan alat muzik sahaja namun dalam bidang akademik juga.

Seramai 65 ahli PSM berusia 8 hingga 16 tahun sertai Konsert Pemata Seni Muzik bagi memberi pendedahan kepada persembahan bertaraf antarabangsa di Pusat Pelancongan Malaysia Matic, pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: PSM , Program Permata Seni Muzik , Disiplin
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan