suria

MyRentak Perkenal Seni Tari Irama Malaysia

KUALA LUMPUR: MyRentak memperkenalkan senam tari berirama Malaysia yang pertama kali dicipta bagi memberi kelainan kepada mereka yang gemar mengamalkan gaya hidup sihat dan dalam masa sama mengutamakan lagu-lagu tempatan.

Pengerusi dan Pengasas MyRentak, Farah Farina Abd Razak berkata, MyRentak diusahakan bagi menarik minat rakyat Malaysia untuk membudayakan amalan hidup sihat melalui senaman.

"Dalam usaha memperkenalkan MyRentak ke seluruh negara dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti ahli-ahlinya, pihaknya merancang untuk menjadikan MyRentak ini sebagai sebuah pertubuhan bagi memastikan setiap ahli yang berkebolehan akan diberi ruang yang seluas-luasnya untuk menyumbang idea dalam mempelbagaikan lagi senam tari dan lagu-lagu irama Malaysia yang diperkenalkan pada ketika ini. 

“Saya gembira pelancaran awal MyRentak ini mendapat sambutan memberangsangkan oleh kaum wanita bukan sahaja dari Lembah Klang malah ada yang datang dari Johor, Terengganu, Melaka serta Pahang. 

Penyanyi Fauziah Latiff (kiri) merasmikan MyRentak bersama Farah Farina.


“Walaupun masih baharu ditubuhkan pada penghujung 2014, saya yakin MyRentak ini akan menjadi satu trend terkini dalam senaman tari dan kami juga akan perkenalkannya ke setiap negeri melalui Jelajah MyRentak tidak lama lagi," jelasnya kepada mStar Online selepas Pelancaran MyRentak di Kelab Darul Ehsan pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Farah Farina berkata buat ketika ini MyRentak bekerjasama dengan koreogpaher yang berpengalaman, Zizah Aziz malah yang juga malah sebuah lagu senam tari MyRentak dicipta khas oleh komposer Aris Ariwatan.

"Saya percaya masyarakat sekarang amat peka dengan gaya hidup sihat dan objektif MyRentak ini amat bersesuaian dengan mereka yang berminat dengan senam tari kerana ia bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan serta minda malah dalam masa sama mengeratkan lagi hubungan sosial antara satu sama lain dengan menambah kenalan baharu," katanya.
MyRentak

Artikel Lain