Hari Penyu Sedunia Mabul Tawar Pelbagai Aktiviti Berbaloi

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 11:30 PM

Orang ramai berpeluang menyertai acara tag penyu untuk mengetahui jumlah haiwan berkenaan di sekitar Pulau Mabul pada sambutan Hari Penyu Sedunia Mabul, bermula 18 Mei ini.

(Ubah saiz teks)

BAGI sesetengah pihak, meningkatkan kesedaran tentang penyu, ancaman yang dihadapi haiwan itu, selain menggalakkan manusia menjamin kelangsungan hidupan laut itu adalah suatu cabaran.

Dan jika apa yang dihajati itu mampu direalisasikan, terutama dengan melibatkan generasi muda, tentu sekali ia mendatangkan kepuasan tersendiri.

Bersandarkan matlamat itu, inisiatif bagi menjaga dan memelihara hidupan laut itu dirangka Borneo Divers & Sea Sports dengan  menganjurkan acara memasang tag pada penyu sebagai salah satu aktiviti untuk meraikan sambutan Hari Penyu Sedunia Mabul.

Tiada lain, kecuali ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman yang boleh mengorbankan penyu sekiranya kawasan pembiakan haiwan laut ini tidak dijaga.

Pengurus Besar syarikat tersebut, Luke J. Cox berkata, aktiviti pemburuan haram bagi mendapatkan telur serta daging penyu, selain sampah sarap yang terapung di laut mengancam kehidupan penyu di pulau itu.

"Acara ini mengetengahkan masalah yang mengancam kehidupan penyu dan kepentingan sistem eco marin untuk masa depan penyu itu.

"Ia juga untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam perlindungan dan pemeliharaan kawasan pembiakan penyu," kata Cox.

Kali ini, Borneo Divers and Sea Sports (Sabah) Sdn Bhd akan menjadi tuan rumah sambutan itu dari 18 hingga 21 Mei ini dan bakal dirasmikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Kamarlin Ombi.

Bancian susulan terhadap populasi penyu karah dan aktiviti menangkap, merakam gambar, mengukur dan memasang tag pada penyu ini juga akan diadakan, selain permainan pendidikan untuk kanak-kanak, pertandingan fotografi amatur, membersih pantai dan dasar laut serta demonstrasi cara mengukur dan memasang tag pada penyu.

Acara berkenaan diadakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah; Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI), Universiti Malaysia Sabah; The Borneo Connection Sdn Bhd, Sipadan Mabul Resort, Pejabat Daerah Semporna dan Jabatan Pendidikan Sabah.

Terdapat dua pilihan aktiviti bagi orang dewasa seperti menyelam untuk memasang tag pada penyu atau membantu untuk membuat rakaman aktiviti yang dijalankan dengan tawaran harga menarik.

"Tag akan dipasang pada penyu-penyu yang membiak di Mabul dengan tujuan untuk mengetahui jumlah penyu, selain mengumpul data.

"Apa yang menarik mengenai acara ini adalah kami sentiasa menemui penyu-penyu yang tidak bertanda," kata penyelam berpengalaman itu.

Dari segi pendidikan, program yang diadakan ini akan mendidik golongan belia serta kanak-kanak tentang penjagaan pulau tersebut melalui bengkel pendidikan yang sarat dengan aktiviti menyeronokkan.

Menurut Cox, ramai yang berminat untuk menyertai acara ini dan terdapat dua kumpulan dari dalam dan luar negara yang bersetuju mengambil bahagian sebagai penyelam dan sukarelawan.

"Pihak kami berjaya menarik perhatian orang ramai mengenai acara Tag Penyu ini melalui kempen menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter serta melalui pemasaran di beberapa pertunjukan menyelam di Singapura, Thailand, China, Hong Kong dan juga Malaysia.

Sementara itu, pensyarah kanan BMRI, Dr Pushpa Palaniappan berkata, sebahagian besar pembiayaan projek populasi penyu tamu di kepulauan Sipadan dan Mabul diperoleh daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Sejak 2010, sebanyak 228 penyu di Mabul sudah dipasang tag," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai acara ini boleh layari www.facebook.com/BorneoDiversMabulResort untuk keterangan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Borneo Divers , Mabul , penyu , Luke J. Cox

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan