GST ‘Wake Up Call’ Bijak Berbelanja, Rancang Kewangan

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 5:26 PM

GST diibaratkan sebagai salah satu titik perubahan yang berlaku dalam sepanjang hayat manusia.

(Ubah saiz teks)

ISU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagaikan tidak berkesudahan selepas hampir tiga minggu sistem cukai itu dilaksanakan sejak 1 April lalu.

Pelbagai rungutan tanpa henti, malah bersilih ganti sama ada kenaikan harga barang mahupun soal caj perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran.

Dengan cukai enam peratus, GST dikatakan hanya mengecilkan poket pengguna dengan jumlah itu terutama dengan kos sara hidup hari ini yang semakin meningkat.

Perunding kewangan, Dr Niki Shuhada Shukor berkata, GST diibaratkan sebagai salah satu titik perubahan yang berlaku dalam sepanjang hayat manusia.

“Tiada perkara yang masih sama dan tiada perkara mengikut selera atau kehendak kita. Mungkin terpaksa menerima perubahan itu amat menyakitkan pada permulaan.

“Setiap perubahan sebenarnya untuk kebaikan. Saya percaya perubahan yang kita ambil dengan rela hati dan jika kita mahirkannya maka kita akan dapat manfaatnya,” katanya dalam satu temuramah bersama mStar Online.

Menurut Niki Shuhada, pada peringkat awal pengguna perlu memperkuatkan emosi dan mentalnya dalam menghadapi perubahan berdasarkan pelaksanaan GST.

Dr Niki Shuhada Shukor. Foto FAIHAN GHANI / THE STAR

Tambahnya, pengguna seharusnya berfikiran positif tanpa merungut atau melatah tetapi sebaliknya mendapatkan maklumat bagi memahami keadaan yang berlaku.

“Pengurusan emosi itu yang penting sebelum kita mahu menguruskan poket sendiri. Bila kita sudah bersedia baharulah kita boleh memperoleh sistem atau penyelesaian.

“Bagi memastikan pendapatan kita tidak kucar-kacir, kita perlu lebih berjimat dengan mengetepikan perbelanjaan yang kurang penting dan tidak penting,” katanya.

Sebagai permulaan, beliau berkata, perbelanjaan bulanan boleh dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak enam peratus ekoran pelaksanaan GST.

“Sebagai contoh, gaji bulanan RM2,000. Dengan gaji yang tak naik, kita perlu lihat apa yang boleh dikurangkan enam peratus iaitu RM120 dengan mengembalikan keadaan seperti biasa semula,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, walaupun GST mungkin tidak disenangi pengguna tetapi ia membantu membina kekuatan dalam merancang kewangan.

“Ada hikmah di sebalik pelaksanaan GST kerana ia merupakan ‘wake up call’ untuk pengguna supaya bijak berbelanja dan merancang kewangan secara terancang,” katanya.

"Setiap perubahan sebenarnya untuk kebaikan. Saya percaya perubahan yang kita ambil dengan rela hati dan jika kita mahirkannya maka kita akan dapat manfaatnya." - Niki Shuhada

Niki Shuhada menjelaskan bahawa langkah seterusnya adalah menguruskan produktiviti yang membantu untuk mempelbagai sumber dan menjana pendapatan.

“Produktiviti ini boleh dilakukan dengan pelaburan. Sama ada seseorang itu perlu mengurangkan perbelanjaan lebih enam peratus atau cari jalan tambah sumber pendapatan, untuk menampung GST dan mempunyai lebihan untuk simpanan.

“Jika wang ini dilaburkan, wang berkenaan dapat menampung perbelanjaan bulanan di hadapan. Pelaburan ini akan menghasilkan pendapatan pasif dengan bonus, faedah atau dividen yang diterima,” katanya.

Beliau menambah, pengguna boleh membuat kerja lebih masa (OT) bagi mereka yang bekerja makan gaji dengan pendapatan tetap bulanan.

“Jika dahulu dia mungkin tidak rajin atau tidak mahu kerja lebih masa, tetapi sekarang dia boleh bekerja lebih masa dengan membuat kerja yang produktif,” katanya.

Menurutnya, pengguna juga boleh memikirkan mengenai bagaimana untuk mencapai sasaran bagi mendapatkan lebih komisyen.

“Bagi yang kerja makan gaji, mereka boleh berjinak-jinak dengan pemasaran atau perniagaan secara online (dalam talian) atau melakukan kerja sambilan.

“Mereka juga boleh melakukan kerja separuh masa yang berlandaskan kerjaya seperti menjadi perunding kewangan,” katanya.

Niki Shuhada bersama suami, Amirul Shukri Kadri mengusahakan syarikat perunding kewangan Life Success Resources (LSR).

Beliau berkata, jika tidak dapat mengurangkan perbelanjaan, maka pengguna perlu memikirkan bagaimana untuk meningkatkan produktiviti.

“Bagi mereka yang mempunyai pendapatan lebih banyak, mereka perlu lebih banyak menyimpan dan mencari pilihan pelaburan yang memberikan lebih banyak pulangan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pengguna mempunyai pilihan untuk menjana pendapatan secara pasif mahupun aktif, kedua-duanya berkonsepkan ‘money make money’ iaitu menggunakan wang untuk mendapatkan pulangan wang.

“Apapun, pelaburan adalah kunci yang terbaik sama ada mengurangkan perbelanjaan untuk melabur atau mendapat lebihan pendapatan untuk melabur.

“Oleh itu, anggaplah masa sekarang (pelaksanaan GST) sebagai peluang untuk membiasakan diri dan ambil peluang ini untuk fikirkan cara terbaik menjana pendapatan lebih bijak,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Niki Shuhada bersama suami, Amirul Shukri Kadri mengusahakan syarikat perunding kewangan Life Success Resources (LSR) yang mengendalikan seminar dan latihan berkaitan kewangan serta motivasi bagi memantapkan pembangunan modal insan.

Perunding yang mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam industri kewangan ini telah melahirkan 5,000 usahawan kewangan secara persendirian dan berkumpulan dari perseorangan sehingga ke sektor korporat.

Beliau juga menerbitkan sebuah buku bertajuk 'Ambition, Aspiration & Achievement' yang memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. 

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nasihat kewangan atau menjadi perunding kewangan, boleh menghubungi LSR di talian 010-3819730 atau 03-41422911 atau emel ke recruitment@nsgpremier.com

Tags / Kata Kunci: GST , Dr Niki Shuhada Shukor

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan