DiB Coffee of Hawaii Lubuk OKU

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 4:18 PM

(Ubah saiz teks)

PERSEPSI golongan kurang upaya tidak boleh berdikari dan hanya tahu meminta-minta perlu dibuang jauh sebaik menjejakkan kaki ke Deaf in Business (DiB) Coffee of Hawaii. 

  

Kedatangan penulis disambut dengan kakitangan premis berkenaan yang menggunakan bahasa isyarat dan sekali pandang, nyata mereka mempunyai gaya sebagai pekerja yang terlatih biarpun hampir 10 pekerja di DiB mempunyai masalah pendengaran. 

Pelanggan juga dilihat tidak kekok berurusan dengan mereka di kaunter, walaupun tiada bahasa dituturkan, pertanyaan yang diajukan sekiranya tidak difahami akan dijawab menggunakan pensil dan kertas. 

Dr Allen Teh memberikan penerangan kepada pekerja-pekerja di DiB.

Lebih membanggakan kafe yang dimiliki oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DiB, Dr Allen Teh ini menggunakan 100 peratus tenaga kerja tempatan yang terdiri daripada golongan kurang upaya (OKU). 

Bukan itu sahaja, menurut Allen mereka diambil bekerja tanpa pengalaman dan dibayar gaji setimpal kepakaran kerja tanpa ada diskriminasi sama seperti individu normal.

"Ada pekerja cacat pendengaran yang diambil tanpa pengalaman. Kami menyediakan latihan, asrama dan makanan kepada mereka. 

"Bukan itu sahaja, sebagai majikan saya membayar gaji mereka sama seperti di pasaran semasa iaitu daripada RM900 ke atas," katanya ketika ditemui mStar Online di DiB yang terletak di Menara Gamuda baru-baru ini. 

DiB menyediakan menu masakan barat.

Ditanya mengapa beliau memilih golongan kurang upaya cacat pendengaran, Allen berkata, beliau berpengalaman menguruskan pekerja cacat pendengaran ketika menjadi pengurus rangkaian makanan segera KFC, cawangan Jalan Imbi pada tahun 1985. 

"Ketika itu, saya masih muda. Apabila kita terlalu vokal, ramai yang tidak suka dengan kita. Sebagai hukuman saya ditukarkan ke cawangan lain dan perlu menyelia pekerja OKU.

"Pada mulanya, agak sukar namun semakin lama saya sangat senang dan berasa seronok kerja dengan mereka," katanya yang akan membuka kiosk baharu DiB di Kolej Taylor yang dijangka dibuka Oktober ini. 

Jelasnya, kiosk berkenaan akan diuruskan sepenuhnya oleh pekerja OKU  terlatih yang berkeupayaan melaksanakan tanggungjawab itu. 

"Pada masa sama, pihak pengurusan DiB akan memantau dari segi kualiti makanan yang dihasilkan, serta perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna," katanya sambil menambah DiB menawarkan makanan barat disamping pelbagai jenis kopi istimewa. 

Bercerita lanjut, Allen berkata, beliau membuka DiB untuk memberi pekerjaan kepada golongan OKU yang sering disisihkan golongan majikan. 

"Saya kasihan melihat mereka ini sukar mendapat kerja, justeru dengan pembukaan DiB dapat memberikan mereka kerja dan gaji supaya dapat menampung kehidupan. 

"Saya juga berharap satu hari nanti mereka dapat berdikari, dan membuka perniagaan sendiri," katanya yang mengakui DIB tidak menguntungkan sebaliknya beliau perlu menampung kos operasi melalui perniagaan latihan dan khidmat bimbingan  

Ditanya mengenai perancangannya pada masa hadapan, Allen berkata, beliau berharap untuk membuka cawangan DiB di Filipina sebelum penghujung tahun ini. 

"Kami akan membawa 10 pekerja OKU cacat pendengaran dari Filipina untuk dilatih di DiB, selepas tiga hingga enam bulan barulah kita akan membuka cawangan baru di Makati atau Manila. Pihak pengurusan DiB juga tidak mengambil sebarang keuntungan sebaliknya sedia berkongsi pengalaman dengan mereka. 

"Kita harap dengan pembukaan cawangan baharu itu nanti, dapat memberikan peluang pekerjaan kepada golongan OKU di Filipina," katanya. 

Lebih membanggakan perniagaan komuniti yang tidak menumpukan kepada aspek keuntungan semata-mata ini turut memenangi Anugerah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bagi kategori Entiti Perniagaan September lalu. 

Untuk maklumat lanjut mengenai DIB Coffee of Hawai, anda boleh melayari laman web, http://www.dibcoffeesofhawaii.org atau hubungi Allen di talian 019-3523082.

Tags / Kata Kunci: DiB , OKU , Dr Alleh Tey

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan