Tragedi Satukan Kita Kerana Disini Lahirnya Sebuah Cinta...

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 10:16 AM

Rakyat Malaysia bersatu dalam sukan bolasepak dengan bertafakur seminit sebelum perlawanan antara Pahang dan Felda United bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17 di Stadium Darul Makmur di sini pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

HANYA beberapa hari lagi negara bakal menyambut kemerderkaan ke-57. Namun dalam usia matang ini, agak menyedihkan apabila masih ada di kalangan rakyat yang  memilih aura negatif dalam menilai segala hal.

Adalah nyata, tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 meruntun jiwa, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Al-fatihah dan takziah kepada 298 penumpang dan kru pesawat malang itu.



Tetapi, sesuatu yang mendukacitakan apabila Hari Perkabungan Negara yang baharu dilalui pada Jumaat ketika menerima 20 jenazah mangsa insiden itu dan seterusnya pada Ahad dengan ketibaan dua lagi jenazah, tiba-tiba ada pula suara-suara jelek yang mempertikaikan istiadat yang dirancang kerajaan itu.

Apakah perlu untuk berbuat demikian tatkala si ibu dan bapa kehilangan anak, isteri dan suami kini tiada lagi pasangan untuk bersama tika sakit, suka duka, dan si anak yang kini tiada lagi tempat bermanja kerana insan bergelar ibu, mama, mak, umi, papa, ayah, abah, daddy, babah itu pergi buat selama-lamanya.




Tambah jelek, apabila kritikan itu dengan lantang disuarakan di pentas politik sebuah parti pembangkang yang sedang gigih bersidang di Shah Alam, Selangor dengan tanggapan bahawa kerajaan mengamalkan sikap 'dua darjat' apabila melakukan sambutan secara berlebihan.




Fahamilah seketika jauh di sudut hati insan-insan yang menerima dugaan hebat ini. Jika ada di kalangan yang terkorban itu saudara mara dan kenalan kalian, bagaimana?

Yang pasti, bukan majoriti pembangkang berpendirian negatif sebegitu kerana masih ada yang bertafakur ketika van jenazah bergerak membawa mangsa MH17 untuk perjalanan akhir di alam nyata sebelum disemadikan. Untuk itu, terima kasih diucapkan.

Malahan, 30 juta rakyat Malaysia, menanti kepulangan setiap penumpang dan kru MH17 walaupun tiada pertalian darah, sebaliknya sama-sama bersatu menghadapi dugaan ini. Jadi, biarkan sahaja sipolan itu terus berkokok, sedangkan jutaan yang lain memberi takbik kepada usaha yang dilakukan.



Mungkin catatan ini penuh emosi, tetapi untuk membandingkan dengan insiden pencerobohan Lahad Datu apabila anggota pertahanan negara tewas di tangan pengganas, adalah berbeza situasinya.

Anggota tentera sememangnya bertugas untuk mempertahankan negara dan ketika insiden itu kerajaan turut memperingati jasa yang dicurahkan setiap seorang yang terkorban dalam insiden itu.

Malahan, pemimpin negara sendiri menemui ahli keluarga terbabit sebagai tanda penghormatan negara dan keranda setiap jenazah turut dibaluti Jalur Gemilang, selain majlis demi majlis, kutipan tabung bantuan dan sumbangan dihulurkan untuk memastikan ahli keluarga pejuang negara itu tidak terabai.

Tetapi, berkecainya MH17 bukan ketika kru atau penumpangnya bersedia menghadapi musuh, sebaliknya masing-masing membayangkan suasana indahnya kampung halaman apabila dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga tersayang, ada yang pulang selepas penat bertugas di perantauan dan saat kepulangan mereka pula amat dinanti-nantikan.




Bayangkan, apabila diulit mimpi saat bahagia itu, ketika mereka menghitung waktu untuk mengagih-agihkan ole-ole untuk setiap yang tersayang di tanah air, tiba-tiba semuanya gelap, hancur segala-galanya.

Walaupun dalangnya belum dihadapkan ke muka keadilan, namun perjuangan ke arah itu mesti diteruskan untuk memastikan hak setiap yang terkorban itu dituntut, begitu juga bagi ahli keluarga yang kini terpaksa meneruskan kehidupan dengan penuh keperitan akibat kehilangan insan tersayang.

Pastinya, setiap rakyat akan menerima tempias, kesan daripada tragedi demi tragedi yang menimpa negara. Walau apa keadaannya, bangkitlah, bersatulah demi anak cucu kita.


Jika sambutan kemerdekaan negara tahun lalu dipenuhi dengan luahan rasa dan penghormatan kepada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus mempertahankan negara di Lahad Datu. Kali ini, tragedi MH17 dan pastinya tidak dilupakan MH370 yang entah bila akan mencapai titik nokhtahnya tentu banyak mempengaruhi sambutan ulang tahun ke-57 negara.

'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' - memang benar, kerana dengan berputiknya cinta, sayang, rindu, kasih itulah setiap rakyat tanpa mengira usia dan latar belakang akan terus menghargai kehidupan di bumi bertuah bernama Malaysia ini.


 





Tags / Kata Kunci: MH17 , MH370

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan