MB Selangor Ditembak Peluru Persepsi PKR

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 11:34 AM

Khalid berdepan saat getir dalam perang politik PKR

(Ubah saiz teks)

SEKALI imbas nampaknya sekarang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdepan cabaran sangat getir. Selepas melakukan pelbagai usaha untuk Selangor dan rakyatnya, kini ada pihak yang mahu menyingkirkannya.

Berdasarkan tindakan demi tindakan yang diambil terhadapnya, Khalid dilihat tidak lagi diyakini oleh parti dan pemimpin di mana kedua-duanya jugalah yang sama-sama merestui dia bertanding dalam dua pilihan raya umum mutakhir.

Kedegilan menteri besar itu memang diketahui ramai. Beliau degil bukan saja kepada parti malah pemimpin parti. Khalid pernah ditegur dengan keras dalam Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa tahun lalu. Dan diyakini dia menerima teguran demi teguran daripada partinya.

Seperti kedegilannya untuk melepaskan jawatan, Khalid terus dengan cara dan gayanya dalam melaksanakan tugasnya ketika ini. Sama ada setuju atau tidak, mahu atau tidak, sejak mengisi kerusi panas itu pada 2008 memang cara Khalid diterima ramai. Sokongan bertambah daripada pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu adalah bukti penerimaan dasar dilaksana Khalid.

Namun kini pemimpin kanan PKR tampil dengan ‘dalil’ mengapa Khalid perlu disingkirkan. Seperti selalu, seperti dalam 'perang' politik PKR sebelum ini,  pihak yang ada di belakang serangan itu ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan siapa lagi kalau bukan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Secara umum, puluhan halaman ‘dalil’ itu nampak membekas dan meyakinkan. Namun ia sepatutnya menjadi santapan orang kebanyakan atau rakyat peringkat akar umbi. Yang kurang disedari ialah, tuduhan demi tuduhan dilempar PKR itu sebenarnya lebih bersandarkan kepada persepsi.

Dalam politik memanglah persepsi itu sangat penting. Menarik dan mengolah sokongan rakyat adalah melalui persepsi. Sokongan PAS kepada Khalid juga melalui persepsi. Apa yang tidak boleh dinafikan ialah di sebalik persepsi, fakta dan kebenaran mesti dipertahankan. Dan tidak teragak-agak untuk dikatakan di sini bahawa setakat ini, PKR gagal dalam aspek itu.

Jika tidak tentunya Saifuddin akan menyahut cabaran Khalid untuk mengemukakan laporan berhubung salahguna kuasa dan kelemahan integriti menteri besar itu ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

* Pinjaman Bank Islam

Khalid dilaporkan bertemu dengan tokoh korporat yang rapat dengan UMNO untuk menyelesaikan isu tuntutan hutangnya. Namun setakat ini tiada butiran kukuh mengenai isi pertemuan itu. Apakah kesalahan bagi seorang menteri besar bertemu dengan tokoh korporat?

* Penjualan tanah

Ada beberapa sumber menyatakan isu itu turut membabitkan barisan kepemimpinan tertinggi PKR. Walaupun maklumat itu mungkin datang daripada kem Khalid, bagaimanapun, kebenaran dakwaan itu belum dibuktikan mana-mana pihak.

Malahan, di sebalik dakwaan bahawa orang kuat syarikat Tropicana Corp Berhad itu adalah saudara Tan Sri Vincent Tan, difahamkan tokoh korporat terkemuka itu bukanlah sekutu tetapi pesaing sihat dalam bidang perniagaan.

* Lebuh raya Kidex

Disedari atau tidak, isu lebuh raya berkenaan kini semakin dingin walaupun suatu ketika dulu ahli politik DAP dan PKR begitu tegas dan keras memprotes pelaksanaan projek berkenaan. Apa yang masih belum  disedari ialah projek berkenaan belum mendapat kelulusan sewajarnya daripada kerajaan. Memang benar pelaksanaannya sudah dibenarkan, namun kerajaan negeri masih memegang kuasa sehingga kebenaran untuk ia bermula diberikan.

Menurut sumber, ada beberapa peruntukan dalam undang-undang masih memberikan kuasa kepada kerajaan negeri menangguhkan projek berkenaan jika ia didapati merugikan rakyat.

Dalam isu ini Khalid juga tidak boleh disucikan. Sebagai menteri besar dia mungkin akan menggunakan peruntukan undang-undang itu namun dia terlupa bahawa dia juga adalah ahli politik. Khalid menjadi terlalu naif ketika menguruskan isu berkenaan.

PKR kini sebenarnya memperjudikan masa depan parti itu ketika menangani krisis kepemimpinan Selangor. PKR tidak bermain api, tetapi sedang bermain-main dengan bom. Pada masa sama, rakyat juga sedang menunggu-nunggu untuk menggunakan peluru yang ada pada mereka – secalit tanda ‘X’ di kertas undi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan