suria

Peluang Kanak-Kanak Nomad Merasai Suasana Rumah Sendiri

Bagi kanak-kanak yang tinggal di rumah anak yatim Mae Hong Son dapat menikmati semangkuk mee sup untuk dirinya seorang cukup bermakna kerana selalunya dia terpaksa berkongsi dengan orang lain.
SIKAP suka membantu golongan kurang berkemampuan memang sebati dengan masyarakat Malaysia. Justeru usaha, Pertubuhan Dhammagiri membantu kanak-kanak nomad di pedalaman Thailand memang wajar diberikan pujian. 

Ajahn Cagino, seorang sami kelahiran Malaysia yang berkhidmat dengan Thai Forest Tradition membawa kanak-kanak daripada puak nomad ke sebuah restoran.

Bagaimanapun, sebaik sahaja makanan disediakan mereka pada mulanya hanya duduk dan melihat sahaja apa yang terdapat dihadapan mereka. Nampaknya mereka seperi mengalami kejutan budaya. 

Terdapat kawasan penanama herba dan sayuran di atas bumbung konkrit bangunan tempat golongan nomad ini tinggal. 

 

"Hakikatnya, mereka sangat miskin dan kira-kira empat hingga lima orang kanak-kanak berkongsi makanan dalam satu mangkuk. Kami perlu mengajar mereka makan dengan menggunakan peralatan dengan betul," kata Cagino. 

Kanak-kanak, yang berasal dari wilayah utara Thailand, di rumah anak yatim Mae Hong Son kanak-kanak nomad ini telah banyak mempelajari benda baharu sejak mereka berpindah ke rumah baru yang dibina khas hasil daripada kutipan derma. 


Menurut Cagino, kanak-kanak ini amat gembira dengan persekitaran baru mereka. 


"Mereka berkata, di sini mereka ada padang permainan, sawah padi yang menghijaui dan sungai yang mengalir. Sebelum ini kami tinggal dalam suasana penuh sesak hingga tiada ruang untuk bermain dan berlari." 

Bagi kanak-kanak lelaki di sini, dapat menikmati semangkuk mee sup untuk dirinya sendiri merupakan satu perkara yang mewah kerana sebelum ini dia biasanya berkongsi sepinggan mee dengan beberapa orang kanak-kanak. 

Mereka yang tinggal di sini terdiri daripada anak yatim, kanak-kanak terbiar, dan anak daripada ibu tunggal di mana pada kebiasaannya mereka dibiarkan tinggal sendiri di kawasan kampung yang berbukit," kata sami. 

Menurutnya, untuk mengajar nilai kehidupan seperti kaedah 'menggunakan tandas dengan betul dan tidak membuang sampah merata-rata' kepada kanak-kanak ini agak mengambil masa  

"Ada juga dikalangan kanak-kanak ini tidak mandi untuk tempoh masa yang lama. Mereka juga perlu diajar cara untuk mandi dan menukar pakaian.

"Terdapat kiga kes di mana dua adik beradik hanya mempunyai dua pasang baju. Apabila kami mengetahui mengenainya kami membawa mereka membeli pakaian baru." 

Pembinaan rumah baru bagi golongan nomad ini hasil usaha Cagino melalui, Pertubuhan Dhammagiri pada 2009.  

Pertubuhan ini bermula dengan kumpulan penganut Buddha meminta sekumpulan sami melalui kawasan tersebut untuk membantu komuniti nomad. 

Wilayah Mae Hong Son sering menjadi pilihan pelancong sejak beberapa tahun dan mereka mempunyai lapangan terbang sendiri, lokasinya juga terletak di kawasan gunung-ganang sekaligus menjadikan kanak-kanak ini terasing daripada dunia luar. 

Hakikatnya, terdapat lima orang kanak-kanak terpaksa dihantar pulang kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana rumah baru mereka. 

Tiga daripada mereka juga terpaksa dihantat pulang kerana mempunyai masalah kelakuan. 

Seramai 130 kanak-kanak mendaftar untuk tinggal di rumah baru tersebut namun tidak semua dapat diambil, hanya 41 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 21 tahun di bawa tinggal di rumah tersebut. 

"Kanak-kanak perempuan sering menangis kerana merasakan seperti orang asing apabila tinggal di tempat baru. Mereka berasa tidak selamat dan tiada biasa antara satu sama lain. Bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka dapat menyesuaikan diri," kata Cagino. 

Pada hari biasa, kanak-kanak ini dibawa pergi ke sekolah yang terletak kira-kira lima kilometer daripada tempat tinggal mereka. Mereka bertolak seawal pukul 7 pagi dan pulang kira-kira 4.45 petang. 

Dua kali setiap hari, antara pukul 5 pagi dan 5 petang kanak-kanak ini memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk bermeditasi. 

Cagino, 46, bekas jurugambar profesional turut mengadakan beberapa siri pameran yang memaparkan hasil kerja tangannya di Malaysia pada 2011. 

Beliau berharap dapat mengutip sumbangan hingga RM250, 000 untuk membina rumah yang selesa untuk golongan tersebut, bagaimanapun agak mengejutkan apabila dia berjaya mengumpul RM500,000. 

Sebanyak RM370,000 digunakan untuk membeli tanah seluas 3 hektar, dengan baki RM 130, 000 pula digunakan untuk membina rumah, kata Cagino dalam satu temubual baru-baru ini. 





Dia telah pulang ke Malaysia dengan beberapa sami daripada keturunan Ajahn Chah sempena sambutan Hari Wesak, Mei lalu. 

Ketika pameran, tersebut berlansung Cagino bertemu dengan beberapa orang teman kolejnya, yang merupakan pereka grafik daripada Malaysian Institute of Art. 

"Ada antara mereka telah menjadi bos di firma pengiklanan mereka sendiri dan mahu menolong golongan ini. 

Antara yang turut serta dalam sukarelawan ini adalah arkitek, Ng Sek San dan perek grafik, Ng Sek San. 

Cagino berkata: "Orang awam boleh melawat kanak-kanak kurang bernasib baik ini pada bila-bila masa." 






Beliau berharap penderma akan memberikan buku dalama bahasa Thai di perpustakaan mini yang terdapat di sini. 

Pakaian terpakai yang masih elok juga tidak salah untuk didermakan. 

Sumbangan dalam bentuk duit juga masih boleh dihulurkan bagi melancarkan operasi rumah berkenaan. 

"Kami masih memerlukan dana untuk membina jalan yang berturap. Jalan sedia ada sangat berhabuk dan berlumpur pada musim hujan." 

Cagino turut mendekati adiknya, Crystal Lau, 37, yang merupakan seorang pemaju, untuk membantu golongan nomad ini. 

Memang gemar menghulurkan bantuan, Lau pernah berikrar untuk memberikan sebahagian daripada gajinya untuk kerja-kerja amal.


kanak-kanak nomad, Mae Hong Son

Artikel Lain