Program Kenali Burung, Didik Kanak-Kanak Cintakan Haiwan

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 1:06 PM

(dari kiri) Juri pertandingan 'The Wings of KKB 2014: Selangor Bird Race, K.S. Durai berkongsi tips dengan tiga pelajar Management Science University (MSU), Mathew Raj, Krishna Rao dan Hari Haran.

(Ubah saiz teks)

MAJLIS Daerah Hulu Selangor (MDHS) baru-baru ini mengadakan program menjejaki burung, The Wings of KKB 2014: Selangor Bird Race.

Acara itu telah diadakan di Kuala Kubu Baru pada 26 hingga 27 April lalu. 

Program berkenaan dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Jabatan Pelancongan Selangor . 

Dalam program berkenaan peserta perlu mengenalpasti beberapa spesies burung. 



Perancang Bandar MDHS, Azlina Mokhtar berkata, pihaknya menjalankan program mesra alam itu khusus untuk kanak-kanak dalam mengenali habitat semulajadi yang unik di negara ini. 


"Setiap burung mempunyai habitat yang berbeza  dan kami berharap masyarakat akan mendapat pengetahuan baharu apabila mereka menyertai pertandingan ini.


"Apabila mereka dapat kenalpasti spesies burung ini, mereka akan lebih menghargai dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk melindungi burung tersebut," katanya. 



Peserta yang menyertai acara ini perlu menempuh 10 lokasi bermula dari bandar Kuala Kubu Bharu, melalui Kalumpang dan berakhir di Awana Resort Genting Highlands. 

Hapizah Juri, Mat Samadi Mat Shahir dan tiga anak mereka antara yang menyertai menyertai acara berkenaan pada setiap tahun. 


"Kami sangat seronok ketika menyertai acara ini buat kali pertama dan mahu mengambil bahagian sekali lagi pada tahun ini," kata Hapizah. 

Aktiviti ini termasuklah 'explorerace' untuk kanak-kanak sekolah, sesi khas bersama kanak-kanak kurang upaya, dan pertandingan fotografi burung.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan