Intervensi Awal Bantu Anak Autisme Berdikari

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 12:10 PM

(Ubah saiz teks)

PENGESANAN dan intervensi awal dapat membantu kanak-kanak autisme mencapai tahap perkembangan optimum dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Namun penjagaan kanak-kanak autisme memerlukan sokongan serta pembabitkan setiap ahli keluarga dalam proses membesarkan anak istimewa ini.

Daripada segi nisbah kanak-kanak yang dikesan menghidap autisme di seluruh dunia pula terus meningkat dan terkini adalah 1:68 dalam setiap kelahiran.

Justeru penganjuran Seminar Antarabangsa Autisme 2014 di Pusat Konvesnyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini memberi ilmu serta kaedah pembelajaran yang boleh diterapkan bagi membantu ibu bapa mendidik anak istimewa ini.



Sebahagian petugas Seminar Antarabangsa Autism Malaysia 2014 yang begitu komited.

Seminar bertemakan 'Autisme Is Not Tragedy, Ignorence Is', memberi tumpuan terhadap kepentingan pelaksanaan program intervensi berkualiti tinggi bagi kanak-kanak autistik dan disertai 1,500 peserta dalam negara dan 36 negara asing.


Pengerusi Inisiatif Global Autism Public Helath, Saima Wazed Hossain berkata sudah tiba masanya negara di Asia Tenggara memberi tumpuan kepada usaha membangunkan modul latihan baharu yang sesuai dengan budaya masyarakat setempat bagi kanak-kanak penghidap autisme.

"Modul sedia ada terlalu bergantung kepada modul dan terapi barat yang kadang kala tidak berkesan di peringkat setempat.

"Adalah lebih mudah apabila kita mempunyai satu modul sendiri di rantau ini kerana banyak persamaan dari aspek budaya, agama dan sosial yang lebih mudah diterjemahkan berbanding dengan mengambil modul negara barat," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.




Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) menerima kunjungan hormat Saima di Seri Perdana, baru-baru ini.


Saima yang juga anak Perdana Menteri Bangladesh dan ahli psikologi berkata, sudah tiba masanya negara Asia Tenggara menjalin kerjasama dalam perkongsian pengetahuan berkaitan program pendidikan tinggi yang dapat menyokong golongan austistik terutama untuk mendapat pekerjaan.


"Sebagai contoh, kami mempunyai program universiti yang sudah kukuh, jadi saya berharap lebih banyak perkara seperti ini diwujudkan untuk berkongsi pengalaman dengan Malaysia mengenai cara kami membangunkan perkhidmatan dan program di sini," katanya.

Menurut Profesor Universiti California, Amerika Syarikat, Dr Connie Kasari pula, rawatan betul sejak peringkat awal boleh mencatatkan perkembangan anak autisme yang lebih baik.

"Memahami tanda awal autisme dalam kalangan kanak-kanak membolehkan ibu bapa mendapat rawatan betul untuk anak autisme.

"Ini kerana intervensi awal kepada kanak-kanak autistik dapat memberi impak jangka panjang yang positif," katanya.

Beliau berkata, intervensi efektif dalam aspek kelakuan itu dapat meningkatkan kemahiran kognitif, penguasaan bahasa dan juga kemahiran bersosial.

Dr Kansari berkata, keperluan untuk membangunkan intervensi peringkat lebih awal patut dilakukan seawal usia setahun kerana ketika itu, bayi autisme mungkin sudah mula hilang kemahiran berkomunikasi atau gagal mencatatkan perkembangan sepatutnya.

"Lebih awal kanak-kanak didiagnosis, lebih besar peluang untuk mencapai perkembangan signifikan menerusi pelaksanaan intervensi positif.

"Intervensi kelakuan perlu dilakukan secara intensif, antara sesi lain dan memerlukan interaksi lebih 20 jam seminggu dan mesti dijalankan oleh profesional yang terlatih," katanya.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan akan mewujudkan modul bagi melatih jururawat bagi menggendalikan kanak-kanak autisme, iaitu antara pelan tindakan awal bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan intervensi awal kanak-kanak autisme.



Dr Connie Kasari

Penyediaan modul itu akan dibantu oleh 'Autisme Speaks' iaitu sebuah organisasi Autisme berpusat di New York berpengalaman membantu negara lain mengenai autisme.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) relevan dan ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk mencari mekanisme terbaik bagi membantu kanak-kanak autisme.

Ketika ini, seramai 8,493 kanak-kanak dikategorikan menghidap 'Autism Spectrum Disorder' (ASD) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Situasi ini mendorong kepada penubuhan Persatuan Autisme Muslim Malaysia pada 2012 yang menjadi platform untuk ibu bapa berhubung dan berkongsi masalah atau pendapat dalam membesarkan anak autisme.

Kumpulan ini turut mewujudkan Facebook Autisme Malaysia, sebagai medium komunikasi antara anggota persatuan dan sehingga kini ia disertai lebih 7,000 individu di seluruh negara termasuk pakar perubatan, guru, pensyarah dan pakar terapi.



iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan