Video 'Bison' Melarikan Diri Dari Taman Negara Yellowstone Tersebar, Bimbang Gunung Berapi Meletus

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 10:50 AM

Paparan skrin yang menunjukkan aksi sekumpulan bison melarikan diri dari Taman Negara Yellowstone menyebabkan orang awam panik kerana menyangka gunung berapi di situ akan meletus.

(Ubah saiz teks)

ORANG awam mula panik apabila tersebarnya rakaman video yang mendakwa gunung berapi di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat akan meletus.

Video itu memaparkan aksi sekumpulan bison melarikan diri daripada Taman Negara Yellowstone, iaitu lokasi sama berlakunya letusan gunung berapi dan gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda Norris Geyser Basin pada 30 Mac lalu. Sebelum ini semuanya sekadar spekulasi.

Kisah berkenaan bermula pada 20 Mac lalu apabila seorang pengguna Youtube, Zicutake memuatnaik rakaman video bertajuk 'Haiwan Melarikan Diri Daripada Kawasan Gunung Berapi Paling Aktif di Yellowstone?' 

 Satu lagi rakaman video bertajuk 'Haiwan Melarikan Diri Dari Yellowstone? Gempa bumi dan aktiviti gelombang seismos mula dilaporkan berlaku sejak 23 Mac lalu. 

Apabila video bison melarikan diri daripada taman negara itu tersebar dan dimuat naik di laman web berita alternatif Epoch Times, pelayar internet mulai panik, termasuk penjaga taman negara berkenaan. 

Dunia Belum Lagi Berakhir 

Pegawai Taman Negara Yellowstone, menerima ratusan panggilan telefon dan e-mel bertanyakan kesahihan penyebaran rakaman video itu. 

Berikutan itu, taman berkenaan memuat naik rakaman video yang menyangkal dakwaan berlakunya letusan gunung berapi. 

Menurut Pengarah Bersekutu Sains dan Teknologi di Pusat Kajian Sains Geologikal Gunung Berapi di California, Peter Cervelli, hakikatnya mungkin gegaran gempa itu berlaku berhampiran dengan pancuran air panas, kira-kira tujuh bulan lalu. 

"Peluang perkara seperti itu berlaku dalam kehidupan kita tidak penting," kata Cervelli, seorang saintis yang berkhidmat sebagai Pemantau Kawasan Gunung Berapi di Yellowstone. 

Walaupun pihak berkuasa di Yellowstone dan pakar geologi memberi jaminan bahawa  gunung berapi di taman negara itu tidak akan meletus dalam tempoh terdekat, namun ternyata beberapa rakaman video itu memberi kesan kepada orang awam.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan