Menghidupkan Seni Fotografi

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 4:17 PM

Chin Koon Yik, pemilik kedai fotografi Bang Bang Geng.

(Ubah saiz teks)

MENJADIKAN hobi sebagai sumber pendapatan bukanlah perkara yang baru, namun apabila pencinta seni fotografi mengkhususkannya kepada fotografi analog sudah pasti ia menimbulkan sedikit cabaran. 

Bagi Chin Koon Yik, keputusan meletakkan jawatan sebagai eksekutif pemasaran dalam sebuah syarikat perisian, SAP Malaysia dibuat selepas beliau kecewa kerana tidak menjumpai kedai fotografi menjual filem untuk kamera analog. 

Oleh kerana minat yang mendalam terhadap kamera analog telah mendorongnya untuk membuka,  Bang Bang Geng sejak setahun yang lalu.  

"Saya mula membuat penggambaran filem sejak tiga tahun yang lalu," kata Chin, yang telah membelanjakan kira-kira RM700,00 untuk memulakan perniagaan berkenaan. 

Menurutnya kos pengubahsuaian rumah kedai yang terletak di Pusat Beli Belah Publika, sahaja menelan belanja RM200,000. 


Ia tidak termasuk kos membeli alat keperluan khas untuk membuat penggambaran filem fotografi, seperti mesin memproses filem, mesin pengimbas digital definisi tinggi serta bilik gelap bagi mereka yang mahu memproses filem. 

Jika dilihat dari luar, Bang Bang Geng tidak ubah seperti sebuah kedai kamera konvesional atau muzium kamera.

Bukan itu sahaja, Chin juga turut mempamerkan pelbagai jenis kamera termasuk kamera kompak dan Nikon F-series SLR serta Rolliflex twin-lens reflex, yang mana kebanyakannya merupakan milik peribadinya. 

"Ya, saya seorang yang sanggup berhabis demi minat dan cinta saya dalam bidang fotografi," kata Chin mengenai koleksi kamera peribadinya yang hampir mencecah 200 buah. 

"Hakikatnya, misi utama saya mempelopori perniagaan ini adalah untuk mempromosikan bidang fotografi  kepada mainstream," katanya. 

Selain daripada membuat penggambaran filem dan khidmat imbasan yang pada harga berpatutan, kedainya juga menjadi medan perkongsian ilmu bagi membantu mereka yang baru menggunakan peralatan berkenaan dan teknik fotografi. 

Chin turut menyediakan perpustakaan mini yang dilengkapi dengan majalah dan buku mengenai bidang fotografi mereka yang meminati bidang berkenaan.

"Untuk memperoleh keuntungan, anda juga perlu mempunyai strategi perniagaan untuk meluaskan pasaran anda. 

"Berdasarkan perkhidmatan yang ditawarkan, pulangannya sangat kompetitif, jadi kami dapat menjana pendapatan yang agak lumayan di sini. 

"Lebih ramai pencinta bidang fotografi menggunakan perkhidmatan kami, ia dapat menambah sumber pendapatan," kata Chin. 

Bang Bang Geng turut menjual set permulaan kepada mereka yang meminati fotografi analog. 

Dia mengusahakan perniagannya sendirian bagi mengurangkan kos pembayaran gaji. Hal ini menyebabkan Chin sibuk apabila stok barangan baru sampai. 

"Ia lebih kepada minat, kerana pasaran sangat khusus," katanya. 

Kebanyakan jurugambar yang menggunakan kaedah digital dan analog sangat gembira dengan adanya kedai Chin kerana ia memudahkan lagi profesyen mereka. 

Jurugambar fesyen dan seni halus  Nadhirah Zakariya, 29, berkata Bang Bang Geng merupakan sebuah tempat yang harus dikungjungi kerana tempat yang membekalkan barangan dan tips dalam bidang fotografi.

"Saya mula belajar membuat penggambaran filem, sejak di bangku sekolah. Selepas itu barulah bermula bekerja secara sambilan sebelum menceburi bidang fotografi digital.

"Selepas itu, saya mula merakam objek yang sama dalam bentuk filem dan digital, dan menunjukkannya kepada pelanggan bagi menunjukkan kepada mereka mengenai perbezaan dan tona warna," kata Nadhirah.

 

Muhamamd Zamir

Jurugambar sambilan, Muhammad Zamir (kanan) sangat menyukai teknik fotografi analog. 

Bagi Muhammad Zamir Hazadh, 28, seorang pendatang baru, dia sangat teruja menceburi bidang fotografi tempatan. 

"Saya mula belajar mengenai bidang fotografi daripada kedai ini, saya datang tiga atau empat kali seminggu untuk membaca buku dan mendapat maklumat yang lebih mendalam daripada pemiliknya. 

"Selepas itu, saya mula mendapat khidmat tempahan daripada pelanggan, terutamanya untuk merakam gambar pra-perkahwinan," kata Muhammad Zamir, yang menggunakan teknik digital dan filem. 


Tags / Kata Kunci: fotografi , Bang Bang Geng , filem analog

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan