Empat Pakar Seni Landskap Pamer Karya Menakjubkan

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Karya Zainal Abidin Musa bertajuk 'The Harbour Sunset, Langkawi' berharga RM21,000.
Karya Zainal Abidin Musa bertajuk 'The Harbour Sunset, Langkawi' berharga RM21,000.

KARYA seni landskap sentiasa menjadi pilihan di kalangan pemilik kediaman yang mahu mencari idea untuk menghias.

Kehijauan hutan yang menyegarkan, lautan kebiruan menenangkan dan langit keemasan ketika matahari terbenam sering kali dipilih untuk menghiasi ruang kediaman, yang dilihat sebagai satu cara untuk menghargai alam semula jadi.

Galeri Artelier di Solaris Dutamas sedang mengadakan pameran seni bertajuk "Horizon: Satu Pameran Landskap Malaysia", yang menampilkan pakar-pakar dalam bidang seni landskap Malaysia.

Pameran ini mempamerkan koleksi yang belum pernah dilihat sebelum ini, yang merupakan hasil tangan empat pakar seni yang menonjolkan landskap Malaysia yang begitu menakjubkan.

Mereka telah mengembara ke seluruh negara untuk mencari inspirasi, sesiapa pun akan akan menghargai keindahan alam semula jadi di negara ini.

Setiap karya seni mempunyai makna tersendiri dan Fauzin Mustafa mempamerkan koleksi "Padang Permainan", yang merupakan sebuah koleksi nostalgia.

"Ia merupakan perkembangan dan beralih kepada generasi yang akan datang," katanya.

Johan Marjonid, yang merupakan pelukis landskap dengan gambar yang realistik mempamerkan karyanya berdasarkan lawatannya ke Sungai Tembeling di Pahang.

"Saya berada di sana untuk melihat bagaimana penduduk kampung menternak ikan air tawar dan saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan orang ramai," katanya.

Pencinta laut akan jatuh cinta dengan lukisan impresionis yang diilhamkan oleh Zainal Abidin Musa, yang merakamkan keindahan tabir pantai dan perairan Malaysia.

Penggunaan warna terang dan gelap dapat dilihat menerusi karyanya, bagi memberikan ketenangan kepada mereka yang melihatnya.

Kebanyakan lukisan beliau diilhamkan semasa musim tengkujuh dan pantai-pantai di pulau Langkawi.

Mereka yang berkunjung ke galeri seni ini juga akan dapat melihat pameran pertama hasil kerja Alan Ng di mana beliau mendedahkan gambar-gambar yang menakjubkan, yang dirakamkan semasa ekspedisi trekking hutannya.

Gambar-gambar itu membuat pengunjung akan merasa lebih dekat dengan sudut-sudut tersembunyi hutan yang begitu subur di Malaysia.

Hasil karya seni mereka turut dijual dan harga di antara RM1,500 hingga RM115,000.

Maklumat lanjut boleh menghubungi 03-6206 4703, emel ke info@artelier.my atau layari laman web http://artelier.my

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan