Perjalanan Adalah Bentuk Pendidikan Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamalulail dan keluarganya bergambar di hadapan karavan mereka.
Jamalulail dan keluarganya bergambar di hadapan karavan mereka.

SHAH ALAM: Jamalulail Ismail meninggalkan pekerjaannya yang selesa di England dan mengambil keputusan untuk melakukan perjalanan merentasi benua bersama ahli keluarganya menggunakan karavan (kenderaan yang mempunyai tempat tinggal).

Perjalanan selama 155 hari itu telah membawa mereka merentasi 26 negara secara keseluruhannya sebelum tiba di Bukit Kayu Hitam bulan lepas.

Jurutera mekanikal berusia 45 tahun dari Perak ini berkata beliau mengikut gerak hati membuat keputusan menggunakan karavan dari Sunderland, England dan kembali ke Malaysia.

Beliau diiringi oleh isterinya Sofinee Harun, 38, dan anak-anak mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, di sepanjang perjalanan.

"Perjalanan adalah bentuk pendidikan yang terbaik. Selain itu, sebuah keluarga yang bercuti bersama-sama akan mempunyai hubungan lebih erat," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Beliau pergi ke England untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1999 dan memperolehi ijazah doktor falsafah sebelum menyertai sebuah syarikat kejuruteraan di sana.

Kemudian beliau berpindah ke syarikat lain sebelum meletakkan jawatan bagi mengejar impiannya untuk pulang ke Malaysia menggunakan karavan.

Jamalulail berkata, beliau dan isterinya menjalankan 'sekolah di rumah' untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka semasa perjalanan yang jauh menggunakan karavan jenis Mercedes Splinter keluaran tahun 1998.

"Kami juga mendapat tahu dengan lebih lanjut mengenai negara-negara yang kami lawati. Ada di antaranya adalah satu pengalaman yang tidak ternilai. Kami juga berjaya mempelajari beberapa bahasa asing sepanjang perjalanan," katanya.

Cabaran terbesar mereka ketika di dalam perjalanan merentasi benua apabila mereka perlu berkurung bersama-sama di dalam kabin dalam keadaan cuaca yang berbeza.

"Wang juga menjadi masalah kerana kami menghabiskan hampir £60,000 (RM330,000). Berdepan dengan cuaca adalah sesuatu yang benar-benar sukar," katanya.

Jamalulail berkata negara China memerlukan kos agak tinggi untuk perjalanan seperti mereka.

"Kami terpaksa mendapatkan lesen kenderaan dan lesen memandu baru apabila memasuki China.

"Harga petrol di sana pada masa itu ialah RM7 seliter dan kami menghabiskan hampir AS$1,000 (RM3,300) untuk tol," katanya.

Mengenai rancangan di Malaysia, Jamalulail berkata beliau masih belum melakukan perjalanan ke Sabah dan Sarawak yang mungkin akan dikunjunginya selepas ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan